Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

by - April 12, 2015

Greeting and Assalamulaaikum to all.

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare. Baru-baru ini Shad berpeluang untuk mencuba produk kecantikan dari My Beauty Herbs (MBH) iaitu set penjagaan kulit wajah Whitening Intensive Booster yang diberikan melalui penyertaan Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare di mialiana.com. Setelah hampir sebulan menggunakan produk ini, tibalah masanya untuk kita review. Continue reading all. Read on.

MBH Whitening Intensive Booster Skincare

Sedikit informasi berkenaan MBH Whitening Intensive Booster skincare bagi yang baru pertama kali mendengarnya.

MBH Whitening Intensive Booster Skincare ini mampu menggalakkkan pertumbuhan sel kulit baru dan melindungi kulit dari ancaman benda asing hanya dalam 1 minggu, ini kerana ia diperkaya dengan Marine Plant Stem Cell, bahan berasal dari dari tumbuhan laut yang boleh memperbaharui sel sel kulit mati dan memperbanyakkan kolagen yang dapat membantu menegangkan kulit. Tumbuhan yang kaya dengan mineral, nutrisi dan asid amino ini boleh merangsang pembaharuan kulit dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas. Ia bukan sahaja merawat kulit wajah bermasalah, tetapi mampu menghapuskan parut, jerawat dan jeragat. Ia juga berfungsi sebagai anti penuaan.

Dengan penggunaan yang optimum, wajah yang gelap akan kembali cerah berseri seawal 3 hari!. Set MBH whitening Intensive Booster Skincare ini, dapat memberikan kesan pencerahan yang optimum dan menakjubkan! Tiada pengelupasan, merkuri, hydroquinone, paraben dan peluntur. Anda mampu merubah kecantikan, kecerahan dan kehalusan kulit anda kepada yang lebih optimum seperti kulit bayi. - sumber

MBH Whitening Intensive Booster Skincare

Kehebatan dan Keistimewaan MBH Whitening Booster Skincare:
  • Kombinasi hebat Vitamin C, E, Glutathione, Collagen, Argan Oil, Pearl Powder, Rice Extract, Arbutin, Beeswax, Titanium Dioxide dan Marine Plant Stemcell agar kulit bercahaya serta bersinar.
  • Mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.
  • Anti penuaan dan meremajakan kulit.
  • Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit.
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat tebal.
  • Pembaharuan sel kulit baru dalam 1 minggu.
  • Pencerahan seawal 3 hari.
Set ini terdiri daripada : 
  • MBH Whitening Booster Soap
  • MBH Whitening Booster Day Cream
  • MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

MBH Whitening Booster Soap

MBH Whitening Booster Soap

NOT 140405501K

Fungsi:
~Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
~Memperbaharui sel-sel kulit mati.
~Membantu menegangkan kulit.
~Mampu menghapuskan parut, jerawat dan jeragat.
~Membekalkan mineral , nutrisi dan asid amino.
~Merangsang pembaharuan dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas.
~Berfungsi sebagai anti penuaan.

Cara Penggunaan

Basahkan muka, campurkan pembersih dengan air sehingga berbuih, kemudian basuh muka dan leher secara urutan putaran dari bawah keatas. Bilas muka sehingga bersih dengan air. Disyorkan 2 kali sehari, pagi dan malam.

MBH Whitening Booster Soap

Review dari Shad

Buka ja pembalut sabun ni, Shad dan senyum dah. Rupanya macam sabun beras jika ada yang pernah guna. Dan Shad memang suka sabun beras. Extract beras memang bagus untuk menghapuskan parut, jerawat di kulit wajah. Selama sebulan Shad guna MBH Whitening Booster Soap ni, Shad memang happy sebabnya sabun ni melembabkan kulit muka Shad. Tidak membuatkan kulit Shad kering dan mengelupas. Shad memang tak boleh kalau sabun atau cleanser yang bagi kulit muka kering. Pernah dulu, shad try satu produk ni, memang kulit muka terus jadi kering sangat-sangat. Pakai seminggu lepas tu, tak pakai dah, walaupun harga dia RM70app and above. Murah tak semestinya tak bagus, dan mahal tak semestinya berkesan kan. Dan lagi satu, sabun ni buih banyak. Best!

Apa yang tak bestnya tentang sabun ni, satu je. Dia cepat mencair. Bila cepat mencair, makanya sabun ni akan cepat habis. Seketul MBH Whitening Booster Soap Shad anggarkan boleh tahan sampai 2 bulan lebih. Ok la tu kan seketul tahan 2 bulan.

MBH Whitening Booster Cream

MBH Whitening Booster Cream

MBH Whitening Booster Day Cream

Kuantiti : 5gm
NOT 140405503K

Fungsi:
~Melindungi daripada sinaran  UV.
~Kulit Nampak cerah dan licin.
~Menegangkan  kulit wajah.
~menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
~Melembut dan melicinkan kulit wajah.
~Menganjal dan menghaluskan kulit.
~Menyerikan waja kusam
~Wajah lebih sihat dan lebih muda.

Cara Penggunaan

Sapukan dengan lembut keseluruh kulit muka dan leher selepas membersihkan kulit wajah.

Review dari Shad

Perkataan pertama selepas cukup sebulan menggunakan day cream ni adalah, Wow!! dan Wow!! Perbezaan sebelum dan selepas penggunaan day cream ni memang sangat ketara. Ternyata kulit wajah tamapak lebih cerah. Mungkin dua tona lebih cerah. Memang ternyata boleh cantik berseri dengan MBH Whitening Intensive Booster Skincare ni. Apa yang bestnya lagi krim siang MBH Whitening Booster ni, ianya agak menjimatkan. Hanya dengan penggunaan yang sedikit sahaja dan boleh cover keseluruhan kulit wajah. Dan it blend well, sekata sahaja bila apply dekat kulit muka.

MBH Whitening Booster Day Cream

Dan yang penting day cream ni tak bertompok-tompok dekat muka kita. Bagi Shad, ini sangat penting tau dalam pemilihan krim siang. Selain itu, krim siang ini tak berminyak, walaupun in a sunny day dengan terik matahari. Dan part yang lagi best adalah bila time kita berpeluh tu, rasa macam lagi cantik, macam more glowing macam tu.

Apa yang Shad kurang suka dengan day cream ni satu sahaja, iaitu warna krim ni. Bila mula-mula apply dekat kulit muka, memang nampak ketara putihnya. Mungkin cream ni sesuai untuk yang dah memang kulit cerah. Kalau kulit yang kurang cerah macam Shad ni, memang orang akan perasan yang kita pakai cream muka. Mungkin sebab Shad lebih suka kepada natural look kot. Itu yang bila cerah luar biasa tu, jadi macam tak biasa pulak. Tapi beza putih luar biasa tu tak adalah macam tepek bedak sejuk ke muka. Yang tu memang obvious pakai bedak sejuk kan. Tapi Shad perasan yang selepas 15-20 minit apply dekat kulit muka, it slowly blend well dengan kulit muka kita.

 MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

Kuantiti : 5gm
NOT 140405502K

Fungsi :
~Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan.
~Menghilangkan parut jerawat dan jeragat yg tebal.
~Melembabkan dan menyegarkan wajah perbaiki tekstur kulit.
~Menjadikan tona lebih sekata, lembut dan berkilau.

Cara Penggunaan

Sapukan dengan lembut keseluruhan kulit muka dan leher selepas membersihakn kulit wajah di waktu malam.

Review dari Shad

Untuk pengetahuan semua, krim malam ni bewarna hijau. Dan bau dia wangi. Bila pakai sebelum nak tidur tu, rasa macam aroma terapi pulak, cepat je tidurnya. Dan semestinya rasa segar-bugar macam tu lepas apply krim malam ni. Tu yang Shad suka tentang krim malam MBH ni. Yang Shad kurang suka dengan krim malam ni satu je, bila pakai tu dia terasa macam agak melekit sedikit di kulit wajah. Rasa tak selesa dan macam ada benda kat muka. Hehe. Overall, memang best sebab nampak parut jerawat makin pudar.

Review Sebelum dan Selepas penggunaan MBH Whitening Intensive Booster Skincare

Pemilihan suatu produk yang selamat dan bebas dari bahan kimia merupakan faktor penting bagi Shad dalam membuat pilihan. Dan MBH Whitening Intensive Booster Skincare ini membuatkan Shad tidak ragu-ragu lagi untuk mencubanyak kerana ia ternyata selamat untuk digunakan. Tiada pengelupasan, merkuri, hydroquinone, paraben dan peluntur.

review MBH Whitening Intensive Booster Skincare

Ternyata perbezaan sebelum dan selepas penggunaan MBH Whitening Intensive Booster Skincare ini memang menakjubkan. Dan ini sudah semestinya kerana bahan-bahan yang digunakan sangat berkualiti dan mempunyai khasiat yang menakjubkan. Kombinasi hebat Vitamin C, E, Glutathione, Collagen, Argan Oil, Pearl Powder, Rice Extract, Arbutin, Beeswax, Titanium Dioxide dan Marine Plant Stemcell ini ternyata memberi sinar baru kepada kulit wajah agar ianya lebih sihat, cantik, berseri dan bebas cela. Wajah lebih sihat dan lebih muda.

Kesan yang paling ketara adalah kulit wajah Shad kelihatan lebih cerah dua tona. Seriously teruja sangat-sangat. Kulit nampak cerah dan licin. Kulit wajah juga semakin sekata, lembut dan berkilau. Dan yang paling Shad suka ialah, parut jerawat Shad makin pudar. Yeay, I'm happy. Jika diamati gambar sebelum dan selepas di bawah ni, memang nampak ketara bezanya kan. Sebelum ni memang muka agak kusam. Ternyata penggunaan Whitening Intensive Booster Skincare ini mampu menyerikan wajah kusam.


Close up sikit gambar sebelum dan selepas. Gambar NO EDIT ya. Nampak tak kulit yang selepas tu, berseri-seri kan. Sebab tu senyum tu. Hehe. Terus rasa rajin nak selfie.

Dari segi harga, pada Shad, harga MBH Whitening Intensive Booster Skincare ni sangat berpatutan. Boleh dikatakan agak murah juga untuk kombinasi bahan-bahan yang hebat yang terkandung di dalam set ini. Overall, Shad memang puas hati dengan  MBH Whitening Intensive Booster Skincare ni. Dan ianya selamat digunakan dan suci. Produk buatan Muslim(Malaysia) dan bertaraf GMP.


Maklumat Produk

Nama/Name : MBH Whitening Intensive Booster Skincare
Harga/Price : RM69.90 (WM) | RM79.00 (EM)
Facebook : My Beauty Herbs
============================================

Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI. Terima Kasih.

You May Also Like

40 Comment

  1. sblm tu nampak kusam je muka.berbeza dgn slpa..lbh ceria.gudluck

    ReplyDelete
  2. sblm tu nampak kusam je muka.berbeza dgn slpa..lbh ceria.gudluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. haah, nampak lagi ceria kan.. :D

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe.. pinky kan.. tapi parut jerawat tu masih nampak lagi.. tak pulih sepenuhnya lagi.. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. tu la, dah makin giat duk selfie skrg ni taw.. hehe..

      Delete
  5. tahniah dah berjaya menyiapkan review nih.. akak masih terkial2 nak siapkan review nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. all the best untuk kak eyda juga.. :D

      Delete
  6. Kulit Shad nampak jadi lagi pinkish-pinkish seri gitu.. Wah wah wah. Macam best nak try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannn, shad lagi tekejut sis, kulit kusam dulu terus jadi berseri-seri.. hehe

      Delete
    2. Alhamdulillah, testimoni berjaya ni. Berseri-seri tuuu :)

      Delete
  7. wah makin berseri-seri kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. seri sebab senyum terlebih sesudu gula kot.. hehe :D

      Delete
  8. macam2 sungguh produk2 terbaru di kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. soooo true.. macam cendawan tumbuh selepas hujan.. hehe

      Delete
  9. WAH .. PERUBAHAN YG KETARA LA :)

    GUDLUCK

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. tu lah.. hepy sgt dpt perubahan mcm ni.. produk kat pasaran mmg bnyak, just kena try yg mna yg sesuai dgn kita ja.. itu ja tipsnyee.. hehe

      Delete
  11. Replies
    1. terima kasih jemput shad, will terjah.. :D

      Delete
  12. muka lebih berseri lepas guna
    x pernah lg guna sabun beras, adik akak ada guna sabun tu
    wah hebat jugak penangan produk ni, kulit nampak cerah

    ReplyDelete
    Replies
    1. keserian terserlah gitu kan.. hehe.. shad mmg dari dulu suka sabun beras.. hehe :D

      Delete
  13. Wahhh berseri2 wajah shad...tahniah ya

    ReplyDelete
  14. Kau pakai ni putih putih putih makin putih laa kan.... ehh... dah mcm iklan sabun fab plak... he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. putih makin putih.. haha.. kak nam, iklan sabun fab yang diingatnya.. :D

      Delete
  15. terima kasih atas kunjungannya.. shad dah terjah entry sis juga.. :D

    ReplyDelete
  16. SHADDDDDDDD !!! muka shad macam kawan azney lah. tempat kerja lama dulu tapi dye orang melaka. hihihi

    ReplyDelete
  17. waaaaaaaaaaaa... ya ka.. teruja ni.. nama apa kawan sis azney tu.. hehehe.. :D shad kat kedah ni.. hehehe :D

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum thank you kerana sudi singgah...good luck with the review entry contest :)

    ReplyDelete
  19. Review yang baik. Goodluck and all the best! :)

    ReplyDelete
  20. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster.html

    Entri ini layak untuk ke peringkat seterusnya di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster_27.html

    Keputusan akan diumumkan pada 11 Mei 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  21. tahniah ya...

    http://www.mialiana.com/2015/05/pengumuman-pemenang-giveaway-whitening.html

    ReplyDelete
  22. PERHATIAN!!!!! PERHATIAN!!!!!!!
    nak kulit GLOWING dan PUTIH GEBU seluruh badan?
    nak jadi yang paling MENAWAN di kalangan kawan dan rakan sekerja?
    nak produk yang JANJI BERKESAN tanpa kesan sampingan?

    cubalah zettawhite whitening kapsul dari Taiwan!!
    inilah rahsia kulit artis Taiwan begitu putih dan cerah!!!
    inilah peluang anda memiliki kulit yang serupa artis!!

    Mengapa zettawhite?
    <3 capros dari Phyllanthus emblica (US whitening Patent 6124268、6290996、6235721、6362167、6649150、8206757、EP 1465589 B1) : sudah ada research paper mengesah ia ada whitening effect . Memutihkan badan dengan mengurangkan melanin
    <3 revasterol: anti-penuaan
    <3 ceramide: membaiki cell, mengurangkan flek hitam, melembapkan kulit
    <3 l-cysteine:mengambil tempat dlm proses pembentukan l-glutathione. Ia juga mengurangkan jeragat, pigmentasi
    <3 coq10 (US7910340、DE60225478、EP1466983、RU2298035、AU2002357526、CA2471763、JP5074287、CN100523205、I349039 skin patent): dari kilang kanebo, japan yang adalah kilang penghasilan coq10 terbesar di dunia dan mempunyai pengalaman dlm hasilan coq10 selama 40 tahun yang menghasil 100% natural coq10, bukan sintetik. Sudah ada research ia dpt mengurangkan kedut.
    <3 bioperine (US Patent 5536506 ; 5744161; 5972382 ; 6054585;、JP3953513、CA224746,EP0810868): meninggikan absorption semua content lain, biar semua yang dimakan berefektif & X dibazir!!

    nak order?
    pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
    >> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
    atau whatsapp 010-840 9080
    >>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
    atau wechat: zaqueno

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You