Kulit Badan Gojes dengan Sabun SSBB

by - November 15, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all.

Kulit Badan Gojes dengan Sabun SSBB. Hari ni Shad nak bercerita lagi dengan semua tentang sabun badan paling gojes di abad ini. Ok, hiperbola! Tapi sabun ni memang the best ever sabun yang pernah Shad guna setakat ini. Shad dah dekat setengah tahun dah guna sabun badan ni. Memang dah tak cari sabun lain dah. Terasa rugi sangat kalau tak share dengan anda semua betapa bestnya sabun badan Scar Solution Body Bar (SSBB) ini. 

Scar Solution Body Bar

Kalau ada yang perasan, Shad memang selalu up info, maklumat dan testimoni pasal sabun ni dekat blog dengan facebook Shad. Ya, saya jual sabun. Dan saya happy untuk itu. Shad guna dan shad jual. Bukan nak canang pasal sabun ni best sangat-sangat hanya semata sebab Shad jual, tapi nak bagi tau dekat satu dunia (hiperbola lagi!) yang sabun ni memang the best giler. Nak share dengan anda betapa bestnya sabun ni sebab Shad sendiri pakai dan sangat berpuas hati dengan kesannya dan besarlah harapannya kalau anda juga teringin nak cuba dan dapat menyelesaikan masalah kulit badan anda juga. InsyaAllah.

Scar Solution Body Bar

Apa yang best sangat pasal sabun Scar Solution Body Bar(SSBB) ini? 

Produk Halal dan Suci.
Bagi pengguna Muslim khasnya, status halal dan suci ini sangat penting dalam pemilihan sesuatu produk. Dari makanan, minuman, pakaian sehinggalah kepada barangan kosmetik. Scar Solution Body Bar (SSBB), ini merupakan produk Muslim oleh WR Empire Resources. Kesemua produk WR Empire dari Tomato Clear Skin, Corrector Cream Oil, Scar Solution Body Bar, Papaya Perfect Hair dan yang terbaru, Calendula Skin Juice adalah Halal dan Suci.  

Tanpa Bahan Kimia.
Sabun Scar Solution Body Bar (SSBB) ini dikilangkan dari Homelab, sebuah kilang bertaraf GMP dan mendapat penganugerahan ISO. Produk dijamin halal, suci dan selamat. Kesemua produk WR Empire dikilangkan di HOMEOLAB (M) SDN.BHD,

  • kilang pertama di Malaysia serta Asia Tenggara yang berkonsepkan Homeopati.
  • mendapat lesen dari Biro Kawalan Farmasi Nasional oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Kilang mendapat pengiktirafan bertaraf GMP.
  • Paling penting, HOMEOLAB tidak terlibat langsung dalam mengeluarkan produk yang mengandungi Kimia.
  • Semua bahan mentah dijamin Halal dan Suci.
  • Selain Kosmetik, kilang juga mengeluarkan produk Homeopati, Herbalisme, Makanan, Minuman serta Biokimia. 
  • Maklumat Lanjut boleh dilayari di website kilang: www.homeolab.com.my
Produk buatan Malaysia. 
Satu saja nak cakap dekat sini. Janganlah kita underestimate produk tempatan. Orang cakap, belum cuba belum tahu kan. Dah cuba, mesti tak boleh berpisah punya!! Jom support produk tempatan. Produk orang melayu Islam kita. Dah tentu-tentulah status halal itu tak ragu dah. Bukan nak menghalang. Bukan nak melarang anda beli dan guna produk obersea. Terpulang. Terserah kepada anda. Sebab anda yang keluar modal. Tapi, kalau ada produk tempatan yang kualiti sangat bagus dengan harga yang sangat mampu milik, terjamin suci dan halalnya, terbukti selamat. Mana satu yang anda nak pilih? Buatlah pilihan yang bijak uolls. Hehe.

Scar Solution Body Bar

Harga yang Sangat Berpatutan.
Setiap hari kita mesti mandi untuk memberikan kesegaran kepada tubuh badan. Dan bila mandi mesti lah nak kena sabun kan. Tujuan sabun badan? Menghilangkan bau badan, bagi lebih wangi-wangi, segar dan bersihkan diri dari kotoran. Kalau tak sabun, orang cakap mandi kerbau pulak kan. Pemilihan sabun badan pulak? Ada macam-macam jenama dan pelbagai jenis dekat pasaran sekarang ni. Pergi supermarket, ambil dan bayar, balik rumah mandi, sabun-sabun siap. Sabun sekadar sabun membersihkan diri dan bagi wangi-wangi.

Tapi dengan Scar Solution Body Bar, bukan sekadar sabun, tapi sabun nak cantik kulit. Lembut kulit. Cerah kulit. Sabun nak bagi sihat kulit badan. Sebab dengan hanya dua ketul sabun putih dan sabun hitam ini, anda dapat menyelesaikan masalah kulit badan dengan harga yang berpatutan. Bayangkan anda pergi ke spa setiap bulan nak buat rawatan badan, lulur, scrub badan, mandi susu semua-semua tu. Agak-agak berapa anda keluar duit untuk rawatan tu? RM50? RM80? RM100? Atau lebih untuk satu sesi rawatan sahaja?

Cuba bandingkan pula dengan sabun Scar Solution Body Bar. Satu set sabun SSBB ini hanya RM40, boleh diguna setiap hari dan tahan sehingga sebulan penggunaan (minimum). Mana yang lebih jimat. Dah tentulah dengan SSBB gojes ni. Hehe. Terasa sangat ber'spa' di rumah. Hari-hari pulak tu. 

Scar Solution Body Bar

Apa yang sabun Scar Solution Body Bar (SSBB) boleh bantu anda? Kombinasi 2 jenis sabun yang dirumus khas dengan ekstraks biji kopi dan vitamin E memberi kesan seawal 7 hari. Kulit lebih cerah dan lembut halus licin.

❤ Coffee Soap ( sabun hitam)
- diperbuat dari ektraks kopi berkualiti tinggi
- kaya dengan anti oksidan ( anti ageing).
- meningkatkan keanjalan kulit. 
- mencerahkan kulit dan lebih bersinar
- menghilangkan strechmarks baru dan lama
- pudarkan parut pada badan
- menghilangkan selulite dengan berkesan
- tanggal daki dan sel kulit mati
- dapat sekatakan warna kulit akibat sinaran uv/ sunburn
- menghaluskan tekstur kulit
- kecutkan jerawat pada badan
- biji biji kopi dalam sabun bertindak sebagai scrub badan tanpa mencalarkan kulit
- boleh mencerahkan dan memutihkan kulit
- mampu menghilangkan gatal-gatal kulit

Cara Guna: 
- guna setiap malam / mandi petang
- sabun seperti biasa
- biarkan buih di badan selama 5minit untuk kesan lebih optimum
- gosok dalam bentuk bulatan untuk tanggalkan sel kulit mati
- kulit akan tegang, bersinar dan halus serta merta

**********************************************
❤Moist Vit E Soap (sabun putih)
- organik soap / vege oil
- kaya dengan vitamin E
- bertindak seperti losyen 
- memutihkan kulit secara semulajadi
- kulit cerah bersinar 
- menghaluskan tekstur kulit
- mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari
- kulit menjadi lembut dan anjal kekal remaja
- kulit sihat berseri
- memudarkan parut
- menghapuskan kulit kusam
- wangi

Cara Guna:
- guna setiap hari ( pada waktu siang)
- gosok seperti biasa
- kulit lebih lembut dan lembab dengan penggunaan yang konsisten

Scar Solution Body Bar

Tips kalau anda nak kesan turbo. Kesan maksimum. Boleh ikut langkah seperti dalam gambar di atas. Potong sabun SSBB kepada tiga bahagian. Kemudian ambil 1 sabun hitam dan 1 sabun putih, basahkan dan gabungkan. Setiap kali mandi, pagi dan petang anda sabunlah dengan sabun ini. InsyaAllah, result yang sangat best! Jangan tak tau, bakal-bakal pengantin yang nak kawin lagi 2-3 bulan pun pakat beli sabun ni, sental hari-hari nak bagi kulit badan gojes. Spa di rumah sahaja uollss. Yang dah berumah tangga pun pakat beli sabun ni taw. Boleh hilangkan stretchmarks!! InsyaAllah. Yang penting kena konsisten dan sabar. 

***********************************************
* produk halal n suci
* tanpa bahan kimia
* keluaran Homeolab
**********************************************
More testimoni : KLIK KLIK

SSBB / Scar Solution Body Bar
Harga 1set ( Lotion Bar + Coffee Bar) : RM40 *exc postage
Berat: 75gram setiap 1
Berminat boleh sms/whatsapp shad di 013-408 9328
Boleh jalan-jalan kat wall fb shad juga : https://www.facebook.com/Shadhira91

You May Also Like

6 Comment

  1. mcm bestt je.. mcm boleh bau wangiii tuuu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. weeeewit.. memang kita kena pakai dulu la kan baru boleh promote..
    skarang guna sabun garam.. nanti insyallah nak try la Shad.. tunggu dalam wallet ada duit whahaha..

    ReplyDelete
  3. 3 perkara yang penting untuk pilih sabun ini halal, bebas bahan kimia dan buatan malaysia

    ReplyDelete
  4. Your article is very informative and has a lot of information. I really like your effort, keep posting.
    Custom Logo Design

    ReplyDelete
  5. This is great, thank you to you for sharing it. Also, visit our website if you are looking to purchase logo:

    Purchase Logo

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You