Minyak Herba Asmak Terbukti Mujarab

by - December 30, 2016

Greetings and Assalamualaikum to all

Minyak Herba Asmak Terbukti Mujarab. Muda sebelum Tua, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sempit, Sihat sebelum Sakit, Hidup sebelum Mati. Tiba-tiba teringat pula lagu Raihan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberikan peluang dan ruang buat kita untuk terus bernafas dan menjalankan aktiviti seharian. Sungguhpun ada di antara kita yang sedang diuji dengan ujian sakit, semoga diberikan kesembuhan, kesabaran dan ketabahan. Amin. Mudah-mudahan diperkenankan Allah.

Setiap penyakit itu ada penawarnya. Kita berusaha, ikhtiar, mencari penawar, berdoa dan seterusnya tawakkal. Kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu tanpa bersebab. “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Setiap benda yang diciptakan oleh Allah, pasti ada hikmahnya. Ada faedah dan kegunaannya. Dan di antara ciptaan Allah Maha Agung, ialah tumbuhan herba dan makhluk bergerak di muka bumi ini.

minyak herba asmak mujarab

Herba ialah tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba. (Sumber wikipedia). Tumbuhan herba yang mempunyai banyak kegunaan ini dimanfaatkan oleh manusia untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan dan penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


Dengan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, pastinya ramai di antara kita yang mudah jatuh sakit. Selesema, batuk, lelah, sakit kepala, migrain dan banyak lagi. Memahami keperluan pengguna, pihak Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan Minyak Herba Asmak sebagai alternatif untuk membantu merawat penyakit asma, semput, lelah, batuk, kahak dan selesema dengan cepat selain berkesan untuk melegakan pelbagai masalah lain.

Jika anda kerap mengalami sesak nafas atau anda mengalami pernafasan bersiul (wheezing) apabila anda bernafas, anda mungkin mempunyai asma. Astma - a respiratory condition marked by spasms in the bronchi of the lungs, causing difficulty in breathing. It usually results from an allergic reaction or other forms of hypersensitivity. (Info: http://acaai.org/asthma). Mencegah adalah lebih baik dari merawat dan yakinlah setiap penyakit itu ada penawarnya. Minyak Herba Asmak ini juga boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak selain orang dewasa bagi merawat penyakit asma dan lelah. 

minyak herba asmak

Bahan-bahan Minyak Herba Asmak:

○ Minyak Zaitun /Olive oil
Zaitun atau nama saintifiknya, Oleaeurofea merupakan sejenis spisis daripada tanaman yang tertua di dunia. Minyak zaitun atau Olive Oil merupakan minyak yang terkandung di dalam buah zaitun. Terbukti secara saintifik daun dan buahnya sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi yang bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Digunakan secara meluas dari turun-temurun lagi bagi menurunkan kadar kolestrol yang tinggi, mencegah terjadinya penyakit kanser, memelihara kesihatan jantung, mengurangkan sakit sendi dan banyak lagi manfaat lain. Sumber : https://wikipedia.org/Zaitun dan 30 Manfaat Minyak Zaitun

○ Minyak Kelapa Dara /Virgin Coconut Oil
Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Mempunyai banyak khasiat seperti melawaskan pembuangan air kecil dan besar, melancarkan kitaran haid dan mengurangkan rasa senggugut, menghilangkan batuk dan selsema dengan cepat, mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi dan banyak lagi. Credit info : Here and Here

minyak herba asmak original

○ Habbatus Sauda /Fennel flower
Habbatus Sauda (nama saintifik: Nigella Sativa) juga dikenali sebagai Jintan Hitam ialah sejenis tumbuhan berbunga tumbuh secara aslinya di bahagian selatan dan barat daya benua Asia. Buahnya mengandungi butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan. Minyak Habbatus Sauda diproses dan diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional digunakan secara meluas untuk merawat kencing manis secara tradisional. Manfaat Habbatus Sauda yang diketahui umum termasuklah dapat merawat batuk, selsema, kesukaran bernafas dan boleh membantu melancarkan peredaran darah. It cures cancerous disease, kidney failure, liver failure and strengthen the bodies immune system.  

○ Pati Gamat /Sea cucumber
Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat. Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu. (Sumber : https://wikipedia.org/Gamat)

○ Herba terpilih

Minyak Herba Asmak ini diperbuat daripada minyak zaitun, minyak kelapa dara, habatus sauda, pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat, bahkan suci. Penghasilan minyak ini telah melalui proses R&D (Research & Development) @ Penyelidikan dan Pembangunan dan menggunakan Teknologi Nano, jadi tidak perlu risau dan ragu-ragu. Ianya selamat digunakan.

kegunaan minyak herba asmak

Kebaikan dan Kegunaan Minyak Herba Asmak:

Boleh digunakan untuk melegakan
○ Asma. Semput. Lelah
○ Batuk dan Kahak
○ Selsema
○ Gigitan Serangga
○ Luka
○ Tergeliat dan Bengkak
○ Sakit Gigi
○ Sembelit dan Buasir
○ Senggugut
○ Sakit kepala dan Migrain
○ Resdung

Minyak Herba Asmak ini mampu menyembuhkan asma dan semput dengan cepat berdasarkan kebanyakan testimoni yang diterima dari pengguna. Dengan izin Allah. Selain itu, ia juga mampu menyembuhkan batuk dan selsema serta mencairkan kahak.

Kegunaan lain minyak ini ialah untuk gigitan serangga, luka, tergeliat, bengkak, lenguh dan sakit gigi. Juga boleh digunakan untuk melegakan senggugut, melancarkan darah, sembelit, buasir, strok, sakit kepala, migrain, resdung dan banyak lagi.

Isipadu Minyak Herba Asmak: 30ml
Harga: RM39/sebotol

Siapa yang sesuai menggunakannya?
Terbukti sesuai dan selamat untuk semua peringkat umur.

minyak herba asmak mujarab

Keistimewaan menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak (MHAM)

○Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat, lebih suci, tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
○Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.
○Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit, disebabkan itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh lebih cepat.
○ Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.
○Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.

Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID. Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

Info Produk dan Maklumat Tambahan

  • Minyak Herba Asmak edaran syarikat MHAMSB adalah minyak yang telah menjalani R&D dan dalam proses mendapatkan KKM. 
  • MHAMSB memberikan jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna.
  • Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu, anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.
  • Dapatkan minyak ini dari pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB. 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.
mham

Review Penggunaan Minyak Herba Asmak dari Shad: 

Pembungkusan/Packaging yang mesra pengguna dan mesra travel dengan botol saiz sederhana. Mempunyai bau yang best. Ada wangi wangi jugak. Kira kalau bau pun, memang sedap bau dia. Tak terlalu berminyak macam minyak angin yang pernah Shad guna sebelum ni. Which is I like it! Ada rasa berangin (macam mint sikit) selepas sapu/apply Minyak Herba Asmak ni. Part yang best minyak ni tak ada rasa panas, jadi sesuai untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. Rasa selesa jugak.

Memang mujarab dan berkesan merawat batuk dan selsema. Kebetulan semasa terima Minyak Herba Asmak ini, satu family diserang batuk dan selesema berjemaah. Hehe. Satu family Shad guna minyak ini dan memang berkesan tips dan cara guna yang diberikan. Macam tak percaya pulak, dalam dua tiga hari dah baik batuk. Selalu memang seminggu baru nak pulih. Alhamdulillah.

Perut kembung terasa lebih selesa selepas menyapu Minyak Herba Asmak. Bagi anda yang sering mengalami kembung perut yang kerap mungkin disebabkan pemakanan (makan makanan yang berangin seperti Mee, Ubi Keledek dan Nangka contohnya), Shad memang sangat syorkan untuk cuba minyak ini. Memang sangat berkesan untuk Shad yang memang setiap kali akan kembung perut apabila makan makanan berangin. Boleh nampak perbezaan ketara selepas menyapu Minyak Herba Asmak ni. Alhamdulillah.

100% to the max Shad ambil manfaat dari Minyak Herba Asmak ini. Luka sapu. Senggugut sapu. Jari terluka pun sapu minyak ni. Satu botol minyak herba dengan khasiat minyak zaitun, minyak kelapa dara, habatus sauda, pati gamat dan herba terpilih yang sangat berkesan dan mujarab untuk merawat pelbagai masalah. 

Cara Penggunaan Minyak Herba Asmak:

Cara ini adalah cara guna khusus Minyak Herba Asmak keluaran syarikat MHAMSB, minyak yang telah menjalani R&D khas formulasi baru dan menggunakan teknologi nano.
  • Tebuk lubang pada 'stopper' (penutup putih) di botol minyak supaya mudah digunakan dan lebih jimat dengan saiz tebukan sederhana.
  • Goncang sebelum guna.
  • Asasnya, sapukan dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang. Juga boleh disapu pada tapak kaki.
Cara menggunakan minyak ini sangat mudah. Hanya perlu sapu di leher hingga dada, dari tengkuk hingga ke belakang sekerap mungkin untuk permulaan dan boleh hentikan penggunaan apabila sudah sembuh. Kesan boleh dilihat seawal 1 hari -30 hari bergantung pada individu dan cara penggunaan. Yang penting mestilah rajin dan istiqamah. Cara guna minyak ini yang lebih terperinci beserta tip dan panduan akan diberikan oleh MHAMSB selepas pembelian dibuat, jadi jangan risau ya. Boleh merujuk pihak MHAMSB jika ada apa-apa persoalan.

bedak asma'

Bedak Asma'

Selain itu, syarikat juga ada mengeluarkan Bedak Asma', digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, panau dan lain-lain. Bedak Asma' diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Ianya selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Tahukah anda, tanah liat putih merupakan penawar zaman-berzaman yang terbaik untuk semua masalah kulit.

Selain merawat masalah kulit di atas, Bedak Asma' juga mampu menghilangkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit serta menjadikan kulit wajah licin dan lebih halus dengan penggunaan yang kerap. Istimewanya lagi, Bedak Asma' ini boleh dimakan untuk merawat masalah cirit-birit dan gout.

minyak herba asmak original

Kesimpulannya, dengan hanya sebotol Minyak Herba Asmak yang mempunyai pelbagai manfaat dan ternyata berkesan untuk membantu menyelesaikan banyak masalah, memang sangat disyorkan untuk memiliki sebotol minyak ini di rumah untuk kegunaan seharian. Tiada kesan sampingan. Very recommended. Harga yang sangat berpatutan untuk produk berkualiti premium. Mesti cuba.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang Minyak Herba Asmak dan boleh juga mengikuti laman sosial MHAM untuk lebih info dan update terkini. Sekiranya anda berminat hendak mencuba atau menjadi agen, boleh terus hubungi nombor di bawah. 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :

Ig : mham.sdnbhd

Fb Page :
Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak HQ

You May Also Like

4 Comment

  1. 3 Researches PROVE How Coconut Oil Kills Waist Fat.

    The meaning of this is that you literally kill fat by eating Coconut Fats (in addition to coconut milk, coconut cream and coconut oil).

    These 3 studies from large medicinal magazines are sure to turn the traditional nutrition world around!

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You