MyKad : Sistem Akaun Diri

by - February 20, 2013


Assalamualaikum semua. Ada lagi kah yang tak lelapkan mata. Buat assigment? Layan twitter/fb?, blogjogging? Pause kejap boleh. Meh usha apa yang dhira copy-paste dari artikel Fokus SPM tahun bila entah + maklumat-maklumat latest yang dhira masukkan.

Iklan kejap : Maybank ada buat offer sekarang ni. just MyKad + RM10 with Maybank = BENEFIT. Nak tau lebih lanjut boleh klik SINI ataupun http://www.maybank2u.com.my .


MyKad : Sistem Akaun Diri 



MyKad pintar atau lebih dikenali sebagai MyKad tak pun Kad Pengenalan adalah sebahagian daripada inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC). My dalam perkataan MyKad merupakan alamat internet Malaysia manakala kad ialah singkatan kepada kad akaun diri yang bermaksud kad. (Oooo.. baru tahu. Ceteknya pengetahuan am kau shad ooii, geleng kepala). Sapa kat sini tak gelabah kalau hilang MyKad, nak2 kat dlm kad yang sekeping tu, macam-macam maklumat ada. MyKad mempunyai pelbagai aspek keselamatan dan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping Kad Pintar untuk pelbagai aplikasi yang dapat menghubungkan dengan jabatan kerajaan dan sektor swasta dalam satu kad.


Apa ciri-ciri keselamatan yang ada pada MyKad? 

MyKad telah dilengkapi dengan cirri-ciri fizikal dan keselamatan yang canggih untuk menghalang daripada penggunaan tanpa keizinan dan perubahan terhadap maklumat tersimpan. Melalui cirri-ciri pengesahan kad kunci Krigtografi yang Simetrik, system pengendalian pelbagai aplikasi dengan firewall dan platform cip yang selamat. 

Antara ciri-ciri keselamatan terbaru yang ada pada Mykad termasuklah Imej turisan laser, No, MyKad turisan laser dan banyak lagi. Boleh view gambar kat bawah ni ye.


Sebagai sebuah Komputer Mikro, MyKad memerlukan penjagaan yang teliti. Pendedahan kepada elemen cuaca yang terlampau dan penggunaan keterlaluan boleh merosakkan MyKad. Ciri-ciri binaan MyKad yang berlapis-lapis pula merupakan satu langkah keselamatan dan untuk memastikan Cip MyKad dapat berpegang dengan sempurna kepada kad. 


Siapa yang layak memohon MyKad dan apakah dokumen yang diperlukan? 

Semua warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas layak memohon MyKad. Semasa permohonan dibuat dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan lessen memandu (jika ada), sijil lahir kanak-kanak serta kad pengenalan ibu bapa atau penjaga untuk permohonan kanak-kanak serta kad pengenalan ibu bapa atau penjaga untuk permohonan kanak-kanak berumur 12 tahun dan passport (jika ada). Permohonan ini haruslah dibuat di Pusat Perkhidmatan MyKad dan cawangan-cawangannya. 


Sekiranya sudah mempunyai MyKad, bagaimana cara untuk mengaplikasi sepenuhnya MyKad? 

Untuk mengaplikasikan MyKad ini seseorang itu haruslah mengunjungi mana-mana Pusat Perkhidmatan MyKad. Bagi yang ingin memeriksa status permohonan MyKad boleh menghubungi mana-mana Pusat Perkhidmatan MyKad, membuat semakan internet melalui laman web JPN dan juga melalui perkhidmatan SMS. 


Sekiranya kehilangan MyKad, adakah anda akan kehilangan segalanya? 

Maklumat di dalam MyKad tidak akan hilang kerana maklumat turut disimpan dalam pengkalan data kerajaan dan anda hanya mempunyai aplikasi yang berkenaan (kecuali MEPS Cash). Laporan kehilangan haruslah dibuat di cawangan JPN, bank berkaitan sekiranya anda telah mengaktifkan penggunaan ATM dalam MyKad dan Rangkaian Segar sekiranya anda menggunakan Touch’n Go. 


Siapa yang boleh membaca maklumat di dalam MyKad? 

Orang awam boleh membaca “maklumat terbuka” yang dibenarkan dalam MyKad dengan menggunakan Key Ring Reader (KRR). Penguatkuasa JPJ dan PDRM boleh membaca “maklumat terbuka” yang dibenarkan pemegang MyKad serta lessen memandu dengan menggunakan Key Ring Reader (KRR) atau pembaca kad mudah alih. 

Pembaca Kad Mudah Alih(MCAD) berupaya membaca maklumat pemegang MyKad serta membuat pengesahan cap jari. Ia dihunakan oleh pegawai penguatkuasa dari JPJ, PDRM dan KMM untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan masing-masing. 

Bank hanya dapat membaca maklumat berkaitan akaun pemegang MyKad. Rangkaian Segar Sendirian Berhad(RSSB) dan MEPS hanya boleh memasukkan nilai wang ke dalam MyKad bagi Touch’nGo dan MEPS cash. 


Bank manakah yang mengambil bahagian dalam ATM MyKad? 

Setakat ini bank-bank yang telah mengaktifkan aplikasi ATM dalam MyKad ialah BCB, Mybank, Public Bank, Bank Islam, Citibank, anda dinasihatkan untuk menghubungi bank-bank tersebut sebelum pergi ke bank-bank berkenaan. 


Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter perkhidmatan MyKad?

- Permohonan/penukaran MyKad

- Penggantian MyKad

- Memasukkan maklumat lessen memandu ke dalam MyKad

- Mengemaskini maklumat-maklumat tertentu yang terdapat dalam MyKad

- Memasukkan maklumat passport.


You May Also Like

1 Comment

  1. seribupilihan baru tukar mykad yg umur 12 tahun dulu..hehe..:-)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You