Pokok Mertajam | Petua Hilangkan Jerawat dan Parut

by - April 22, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

Pokok Mertajam | Petua Hilangkan Jerawat dan Parut. Anyone, ada yang pernah dengar tak nama pokok ni. Shad pun baru tahu. Dan baru perasan yang pokok ni ada tertanam dekat laman rumah. Baru perasan sebab ternampak ada buah yang lebat kat pokok tu. Kenapa baru perasan eh? 4 tahun merantau nun jauh dari family, balik kampung pun 3-4 kali setahun, anda rasa anda perasan tak ada pokok ni. Kalau pokok yang kita kenal tu maybe la perasan kan, ni memang jarang-jarang jumpa dan jarang-jarang orang kenal. Generasi Baby-boomer dengan Generasi X rasanya tahu kot pokok ni.

pokok mertajam

Pokok Mertajam atau nama saintifiknya (Erioglossum rubiginosum) mempunyai buah yang kecil, berwarna kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah dan kundang gelap bila matang. [sumber] And YES, buah ni boleh dimakan. Rasanya kelat-kelat masam macam tu. Pokok Mertajam ni tumbuh meliar di sekitar kampung. That's why lah ada dekat rumah Shad kan. Rumah kampung yang nyaman. Hehe.

pokok mertajam

Tadi Shad google nak cari nama saitifiknya, terjumpa pulak petua berkenaan dengan daun Mertajam ni. Daun mertajam ni dikatakan boleh hilangkan jerawat dan tidak meninggalkan sebarang kesan parut. Petua yang perlu anda ikuti adalah seperti berikut;

  1. Ambil beberapa helai daun mertajam dan bersihkannya.
  2. Kemudian, anda tumbukkan atau gilingkan daun mertajam tadi serta campurkannya dengan kemenyan (kira-kira sebesar ibu jari). Tujuan disarankan mencampurkan kemenyan adalah untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat serta menjaga kulit muka.
  3. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sampai halus.
  4. Setelah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Tujuan mencampurkan bedak sejuk ni pula supaya kulit muka anda tak terasa panas nanti. :)
  5. Seterusnya, sapukan saja campuran itu ke muka anda seperti memakai masker (topeng muka).
  6. Anda boleh sapu masker jerawat ni pada waktu malam dan cuci pada keesokan paginya ya.

Amalkanlah petua di atas setiap hari untuk hilangkan jerawat dan parut di muka anda. Mudah-mudahan selepas ini, ada bebas daripada jerawat dan tiada lagi kesan parut di muka. Sumber petua [petua hilangkan jerawat dan parut]

Tapi apa-apa pun ianya bergantung juga dengan kulit seseorang individu dan keserasian juga. Kalau serasi, InsyaAllah ia boleh berkurangan dan hilang bukan. Belum cuba belum tahu kan. Mana tauhu, mujarab. Selamat mencuba.

You May Also Like

11 Comment

  1. macam pernah dgr kot . hmm , boleh la cuba pasni . hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah eh dengar,, hehee.. boleh la cuba kan.. tapi mohon cari dulu di mana nak dapatkan pokok tu yea.. haha.. :D

      Delete
  2. Wahhh! Great! Boleh la cuba pasni. Tp mana nak cari pokok niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mai singgah rumah shad mai.. hehe.. tu lah, dekat kg2 ada la pokok ni.. :D

      Delete
  3. first time tau dan tengok pokok nih.. apapun nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. thank you for dropping by kak eyda.. :D

      Delete
  4. Try sental pakai berus dawai.. Bukan jerawat je ilang... Muka pon tanggal... He He He...

    ReplyDelete
  5. Xpernah dengar n tengok... pos daun n buah ni ke kak ekin

    ReplyDelete
  6. Nice sharing Shad..xtau pulak pokok ni wujud..hehe

    ReplyDelete
  7. Saya membaca dalam talian pasca-komen seorang Wartawan Berbasis Los Angeles Mengumumkan Bagaimana dia secara kekal sembuh Ejakulasi & Ejakulasi Pantas 2 bulan selepas isterinya Kiri dia, juga isterinya pulang ke rumah. Saya menghubungi penyembuh rohani Oduduwa yang sama kerana saya mempunyai niat yang kuat ini akan bekerja untuk saya, saya percaya dalam kesaksian adalah bukti nyata. Saya sedar ini akan menjadi baik untuk berkongsi di sini kerana saya tahu ia akan memberi inspirasi kepada orang lain juga. Saya sangat bernasib baik untuk mencari alamat e-mel hubungan peribadi Love-Spell Caster {dr.oduduwaspellcaster@gmail.com}
    Saya tidak pasti saya boleh melakukannya tanpa anda. Saya akan berputus asa dan percaya bahawa kerana suami saya melihat orang lain dan dia berkata kita sudah selesai. Selepas Dr.oduduwa melancarkan Magic Love-mantra, suami saya menghubungi saya di telefon bimbit dan dia pulang ke rumah.
    Terima kasih banyak untuk membawa pulang rumah suami saya selepas 3 tahun pemisahan. Kami kekal terhutang budi.
    hari ini saya bersaksi dengan kegembiraan dan kebahagiaan kepada dunia ...
    juga anda boleh dia dengan alamat e-mel di sini: jadi anda akan mencari penyelesaian kekal untuk masalah perkahwinan berikut; -
    * Jampi Cinta Win-Back Ex kekasih
    * Kejayaan sihir kejayaan & promosi
    * daya tarikan bertuah - STAR PERNIAGAAN
    * wad - PROTECTIVE HOOK
    * penyelesaian kutukan
    * Pembersihan rohani
    * Sihir kesuburan - BUAH WANITA
    * dekrit sihir, SPELL LOTTERY & WIN-GAMES SPELL
    Internet sangat membantu dalam memberikan penyelesaian yang cepat dan segera kepada masalah kehidupan.
    Tel: +13019658857 Nombor WhatsApp: +2348109844548

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You