Perkara Yang Perlu Kita Tahu tentang Bab Puasa

by - June 17, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all.

Perkara Yang Perlu Kita Tahu tentang Bab Puasa. Hari ini 17 Jun 2015 bersamaan dengan 30 Syaaban 1436H. Esok (18 Jun 2015) masuk 1 Ramadhan 1436H, bulan umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat seluruh umat Islam.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Makna PUASA dari segi istilah syara` ialah  menahan diri daripada nafsu syahwat dan nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari beserta dengan niat untuk berpuasa. Antara perkara yang perlu kita tahu tentang bab puasa ialah seperti berikut;

Perkara Yang Perlu Kita Tahu tentang Bab Puasa :-

Niat Puasa :- 

Niat puasa merupakan salah satu rukun puasa. Klaau tak niat, maka sia-sialah puasa itu. Dan niat puasa hendaklah bersamaan dengan puasa apa yang kita nak berpuasa. Contoh nak puasa sunat, kenalah niat puasa sunat. Nak berpuasa bulan ramadhan, kenalah niat puasa bulan ramadhan. Niat Puasa Ramadhan - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala". 

Syarat Wajib Puasa :-

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermukim (Tidak Musafir)
  6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

  1. Islam
  2. Berakal & Mumayyiz
  3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
  4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

  1. Orang yang puasa
  2. Berniat
  3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Keluar haid & nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar mani dengan dengaja
  8. Bersetubuh di siang hari
perkara sunat ketika puasa


Perkara Sunat Ketika Puasa :-

  1. Segera berbuka puasa
  2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
  3. Baca doa
  4. Melambatkan bersahur
  5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  6. Sentiasa bersedekah
  7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa :-

  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-kumur
  4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
  5. Mandi yang berlebihan
  6. Rasa makanan di hujung lidah

Bab Puasa :-
Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

  1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
  2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
  3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
  4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
  5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
  6. Orang Yang Pitam/Mabuk
  7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-
  1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk ramadhan kali kedua - (Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada' Puasa) bagi setahun tertinggal. Kalau tidak di Qada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 Cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (Tiada tambahan).
  2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
  3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa.
  4. Orang yang ada Qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Dibuat oleh kerabat si mati/diambil daripada harta pusakanya).
  5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar Fidyah 1 Cupak Beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada' puasanya.

Bab Puasa :-
Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

* Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar Kifarat (Denda) seperti :-
  1. Memerdekakan seorang hamba mukmin L/P
    (Sekiranya tidak mampu)
  2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus
    (Kalau tidak berdaya)
  3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Walau bagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/ dipaksa ke atasnya tidaklah wajib Kifarat.

selamat menyambut ramadhan 1436H

Bab Puasa :-
Tingkatan Puasa:-
  1. Puasa Umum - Sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
  2. Puasa Khusus - Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
  3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-
  1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
  2. Orang Musafir
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
  4. Orang yang tersangat Lapar dan dahaga
  5. Perempuan hamil/ menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/ anak yang disusui itu.

# Selamat menjalani ibadah puasa kepada Umat Islam Mukminin dan Mukminat. Semoga puasa pada tahun ini memberi manfaat kepada kita. Semoga puasa pada tahun ini lebih mudah daripada tahun sebelumnya dan membanyakkan kita membuat Amal Ja'riah.. InsyaAllah..

You May Also Like

7 Comment

  1. Ok dulu zaman sekolah agama semua dah belajar...Ada juga yg dah lupa...
    Tq Sharing...

    Jemput join :

    http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, betul tu.. self reminding juga buat shad.. wah giveaway raya lah.. thank you for the invitation.. :D

      Delete
  2. alaa...masjid Seoul dan Sakura...RINDU kampung sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Masjid Itaewon always in our heart.. cewaahh, kak jay m, untunglaaa, korea jadi kg halaman kan, nanti raya balik kampung tak.. hehe

      Delete
  3. terima kasih Shad kongsi info nih

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat kita merasai ramadhan tahun ni..semoga segala amalan kita menjadi saham di akhirat nnt.insyAllah...

    salam ramadhan shad...singgah blogwalking :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You