Punca dan Penyebab Jerawat

by - October 24, 2017

Greetings

Punca dan Penyebab Jerawat. 20th October passed and happy belated birthday to me. Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal birthday, tapi nak story random thing about acne, benda yang tak disukai semua. I am 26 and I still have acne here and there on my face. Selalu orang cakap, umur belia remaja je ada jerawat, tapi ketahuilah jerawat tak mengenal usia, jantina dan warna kulit. And I am super duper jealous dengan anda yang punyai kulit wajah yang clean and clear tanpa jerawat, jenis kulit yang susah nak naik jerawat. Okey fine, bersyukurlah. Daripada kita mengeluh, adalah lebih baik kita selidik punca dan cari jalan penyelesaian. 

Type of acne jenis jerawat
Jenis Jerawat/ Acne Types (Image from acne.com)

Sebelum tu, jom kita kenali jenis-jenis jerawat. Yes, ada banyak jenis jerawat termasuklah blackheads, whiteheads, papules, pustules, nodules dan cysts. Blackheads dan whiteheads tergolong dalam kategori noninflammatory (tidak radang) dan yang selebihnya tergolong dalam inflammatory (radang). Jerawat yang merah dan bengkak tergolong di dalam jerawat radang.

Secara ringkasnya blackheads dan whiteheads berlaku apabila liang pori tersumbat dengan sebum dan sel kulit mati. Blackheads mempunyai bahagian atas liang yang terbuka dan menghasilkan warna hitam yang kelihatan di permukaan manakala whiteheads mempunyai bahagian atas liang menutup. Ia kelihatan seperti benjolan kecil yang menonjol dari kulit.

Papules (Papula) berlaku apabila liang kulit muka dan sekitar yang tersumbat telah dijangkiti kuman dan bakteria seterusnya berlaku radang. Kulit di sekeliling liang ini biasanya bewarna pink. Jerawat jenis Pustules (Pustula) pula merupakan peringkat yang lebih teruk daripada papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang dan mengeluarkan nanah. Gumpalan ini keluar dari kulit dan biasanya berwarna merah. Selalunya ia mempunyai kepala kuning atau putih di atas.

Manakala jerawat jenis Nodules (Nodul) berlaku apabila liang tersumbat dan membengkak. Sakit bila disentuh, kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Tidak seperti pustules dan papules, nodul lebih mendalam di bawah kulit. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

Cysts (Sista) boleh berkembang apabila liang-liang tersumbat oleh gabungan bakteria, sebum, dan sel-sel kulit mati. Cysts berlaku jauh di dalam kulit dan jauh di bawah permukaan daripada nodul dan sangat menyakitkan. Gabungan nodul-nodul membentuk cysts. Dinasihatkan agar tidak memicit jerawat ini kerana ia boleh merebak dan akan meninggalkan parut. 

Untuk bacaan yang lebih terperinci, boleh layari laman berikut, www.acne.com dan www.healthline.com

Kulit wajah kita berkemungkinan dan boleh ditumbuhi banyak jenis jerawat pada satu-satu masa. Jika kita dapat mengenalpasti jenis jerawat yang tumbuh, ia merupakan satu bonus untuk mengetahui rawatan yang bersesuaian. Successful probability will rise surely. Selain mengenalpasti jenis jerawat, faktor yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat juga perlu diketahui untuk tindakan mengatasi masalah ini. 

Food Pyramid
The Food Pyramid (Credit Google)

20 Faktor Terjadinya Jerawat

1. Pemakanan
Pernah dengar pepatah mengatakan, 'Apa yang kita makan itulah kita'? Dan Shad yakin dan percaya, ramai yang akan bersetuju. Pola pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, berminyak dan terlalu masin dan manis boleh menyumbang kepada terjadinya jerawat. Intai-intai piramid makanan ye, manage kuantiti.

2. Kulit Berminyak
Mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak lebih mudah untuk ditumbuhi jerawat. Ini kerana kulit berminyak menyebabkan bakteria mudah melekat pada kulit. Jika tidak dibersihkan selalu, bakteria ini akan menyebabkan kulit Kotor dan berjerawat.

3. Pencemaran Udara
Setiap hari kulit kita terdedah dengan udara dan persekitaran. Umum mengetahui, di dalam udara ada pelbagai bakteria. Jika terlalu terdedah dengan radikal bebas tanpa perlindungan sempurna, kulit muka cenderung untuk dinaiki jerawat.

4. Alergi/ Iritasi
Selalu terjadi pada kulit wajah yang mempunyai masalah resdung, salah makan atau berada di tempat berhabuk. Kesan daripada alergi ini boleh mengundang jerawat pada wajah. 

5. Pengambilan Pil Perancang @Hormon
Pengambilan pil perancang @hormon juga boleh menyebabkan gangguan hormon Dan kulit berjerawat.


6. Kurang Air Putih
Badan yang kurang air akan menyebabkan metabolisma menurun. Toksin di dalam badan tidak dapat dikeluarkan kerana proses respirasi tidak berjalan lancar dan menyebabkan naiknya jerawat di wajah. Dalam erti kata lain, toksin di dalam badan keluar melalui jerawat. Pentingnya air putih supaya proses respirasi berjalan lancar dan toksin dapat dikeluarkan melalui peluh, air kencing dll. 

Tips Minum Air

  • 2 gelas air selepas bangun tidur - membantu menguatkan organ dalaman
  • 1 gelas air 30 minit sebelum makan - membantu penghadaman
  • 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah
  • 1 gelas air sebelum tidur - mengelakjan angin ahmar & serangan jantung. Sumber Dianz Legacy
7. Penggunaan kosmetik
Pemilihan kosmetik yang betul sangat penting kerana kosmetik boleh menyebabkan liang pori tersumbat jika tidak dicuci bersih selepas penggunaan. Pori yang tersumbat boleh mengundang jerawat. Elakkan kosmetik tiruan ya.


8. Matahari
Pancaran matahari secara langsung setiap hari boleh menyebabkan kulit rosak akibat uvA & uvB. Dinasihatkan supaya memakai pelindung wajah seperti sunblock, sunscreen atau yang mempunyai fungsi yang sama setiap kali keluar rumah pada siang hari. 

9. Tangan Kotor
Elakkan tangan supaya tidak selalu menyentuh muka. Tahukah anda, tangan adalah anggota badan yang paling terdedah dengan pelbagai kotoran dan bakteria. 

10. Rambut Kotor
Biar betul? Yes! Rambut kotor juga antara penyebab jerawat. Selain rutin skincare setiap hari, pastikan juga rambut dicuci bersih. 

11. Jarang Membersihkan Muka
Setiap hari mesti bersihkan muka. Sama ada anda memakai make-up atau tidak, sebelum tidur biasakan diri untuk cuci muka, barulah kulit boleh bernafas dengan baik. Paling bagus cuci muka 2 kali sehari. Depends pada kulit anda.

Rokok
Credit image goes to Google

12. Rokok
Sama ada anda merokok atau anda terdedah dengan asap rokok juga boleh menyebabkan jerawat. Kita tahu asap rokok sangat beracun. Maka hindarilah diri dan kulit anda dari rokok.

13. Minuman Alkohol
Kandungan alkohol boleh menyebabkan sel kulit rosak seterusnya menyebabkan kulit menjadi sensitif dan ditumbuhi jerawat. 

14. Kurang Rehat/ Tidur
Pola tidur yang tidak menentu, kurang Rehat dan kurang tidur boleh mengganggu daya tahan tubuh dan hormon. Jika berterusan, kulit akan kelihatan kusam dan berjerawat.

15. Makanan Berlemak
Suka makan makanan berlemak? Tahukah anda, pengambilan makanan berlemak yang kerap akan menyebabkan stok lemak berlebihan dalam kulit. Proses semulajadi tubuh untuk mengeluarkan lemak ini antaranya keluar melalui kulit muka dan badan. Yes, jerawat! 

16. Tidak Peduli Perubahan Kulit
Kulit selalunya akan bertindak balas dan menunjukkan perubahan apabila berlaku iritasi. Sebagai contoh, kulit menjadi kemerahan, mengalami kegatalan dan kekeringan. Kita mesti 'alert' dengan perubahan ini supaya ia tidak merebak dengan lebih teruk. Dapatkan khidmat nasihat dari pakar jika ia berlarutan. 

17. Perubahan Hormon
Adalah perkara biasa jika jerawat tumbuh sebelum/ ketika datang bulan atau dalam tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Jerawat jenis ini akan beransur pulih selepas haid habis atau apabila hormon kembali stabil.

18. Genetik/ Keturunan
Jerawat juga boleh berpunca daripada genetik. Contohnya ahli keluarga ada keturunan penyakit kulit, resdung berkemungkinan kita juga akan hadapi masalah yang sama. 

19. Emosi terganggu/ Stress
Ketika stress, tubuh akan merembeskan lebih banyak hormon adrenalin. Hormon ini bagus untuk menurunkan stress, tetapi jika berlebihan boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat.

20. Kurang Vitamin & Rendah Antibodi
Kekurangan zat vitamin menyebabkan badan tidak boleh melawan bakteria dan virus, sekaligus sukar melawan radikal bebas. Kekurangan antibodi menyebabkan jerawat boleh naik dengan cepat. 

20 penyebab terjadinya jerawat dah pun Shad senaraikan di atas. Ada tak di antara 20 sebab tu terjadi pada anda? Kalau ada, mana yang boleh kita ubah, kita try ubah. Contohnya kurang minum air dan kurang tidur. Try lebihkan air dan dapatkan Rehat secukupnya. Check balik rutin harian kita. Bila naik jerawat, jangan hanya salahkan skincare semata, tetapi ambil peduli dengan perubahan yang berlaku pada kulit dan persekitaran juga. Kenal pasti punca dan cuba cari jalan penyelesaian. Hehe. #selfreminder

Dianz Vitamin

Jom dapatkan Dianz Vitamin untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat kita. Dianz Vitamin yang kaya dengan Vitamin C (dari buah Oren) dan Vitamin E (dari Acai Berry) mampu untuk menyelesaikan masalah jeragat, jerawat dan mengawal minyak berlebihan pada kulit. Umum mengetahui, Vitamin C sangat bagus untuk mempercepatkan pertumbuhan sel kulit disamping merawat kulit kusam, mencerah dan menegangkan kulit dan mampu memudarkan parut. Vitamin E pula memberi kelembapan pada kulit disamping mencantikkan kulit. Kulit kelihatan lebih bermaya, glowing dan berseri. Wasap Angah (013-5266765) untuk dapatkan Dianz Vitamin (RM50 sebotol). Shad pun amalkan Dianz Vitamin juga. I pun nak kulit cantikks jugak uolls. 

Desclaimer:
Thank you for reading. I am not a makeup artist nor a beauty expert. Sorry for the incorrect terms used if any (please correct me). Segala maklumat dan pandangan adalah dari pembacaan dan pengalaman peribadi Shad. I am not paid to write this article. I am not liable for any problems that might arise from trying out the tips and product I mention in this article.

You May Also Like

4 Comment

  1. Tq tips ni shad.. Ada yg akak alami

    ReplyDelete
  2. Sama2 kak. Semoga bermanfaat.💕

    ReplyDelete
  3. Stress even 1 jerawat yang tumbuh..

    ReplyDelete
  4. stress kan jerawat. blackhead and whitehead lagi stress hehe.. lepas pakai mekap kena wajiiib cuci muka bersih2. takleh tinggal mekap kat muka..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You