Tasneem Naturel Baby Balm Untuk Kegunaan Seharian

by - December 20, 2017

Greetings and Assalamualaikum. 

Tasneem Naturel Baby Balm Untuk Kegunaan Seharian. Selamat petang semua, macam dah lama Shad tak update blog kan. Shad sekarang baru start a new job. Agak sibuk and take time untuk blend with the new routine. Kadang-kadang tu rehat tak cukup, sakit demam batuk selesema, tidur pun tak menentu. Tapi Alhamdulillah sejak dah ada Tasneem Naturel Baby Balm ni, banyak perubahan positif yang Shad dapat.


Tasneem Naturel Baby Balm atau Balm Bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Untuk pengetahuan semua, balm ini sebenarnya sesuai untuk semua lapisan umur dan jantina. Ia dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. Tasneem Naturel Baby Balm didatangkan dalam 4 variasi untuk kegunaan seharian. Coughflu Time (CF Rub), Sleep Time, Calm Time dan Tummy Time.

COUGHFLU TIME
• Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
• Bantu melegakan asthma
• Mengurangkan suhu ketika demam

CARA GUNA: Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada
RAMUAN: Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Coughflu Time dari Tasneem Naturel Shad guna bila selesema. Sekarang cuaca tak menentu, sekejap panas sekejap hujan memang boleh mengundang sakit dan demam. Selepas semalaman Shad sapu Coughflu Time (CF Rub) ni, demam dan selesema beransur pulih. Dengan bauan buah lemon dan oren, ia mampu memberikan keselesaan sewaktu selesema.


SLEEP TIME
• Bantu anak supaya mudah tidur lena
• Bantu anak bangun dalam mood ceria
• Membaiki kualiti tidur

CARA GUNA: Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan
RAMUAN: Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang

Sleep Time adalah antara Tasneem Naturel Baby Balm yang menjadi kegemaran Shad. Sebelum ni, Shad memang sangat susah tidur malam. Tak tahulah sebab apa, memikirkan masalah dunia mungkin. Hehe. Alhamdulillah sejak dah ada Sleep Time dari Tasneem Naturel ni, waktu tidur Shad dah kembali normal. Sapu je Sleep Time, terus boleh tidur nyenyak. 


CALM TIME
• Memberikan keselesaan kepada bayi
• Mengurangkan keletihan dan tekanan
• Bantu anak lebih tenang

CARA GUNA: Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan
RAMUAN: Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankincense, Bergamot, Chamomile

Seharian penat bekerja dari pagi hingga ke petang, duduk terlalu lama, dengan memandu lagi, memang sangat meletihkan. Letih badan dan letih minda sehingga kadang-kadang terasa stress. Shad sapu CALM TIME untuk bantu memberi ketenangan. Alhamdulillah, lepas sapu CALM TIME, terasa lebih tanang dan selesa dengan bauan lembut lavender. 


TUMMY TIME
• Membuang angin dalam perut
• Bantu melegakan perut sebu dan kembung

CARA GUNA: Sapu pada perut dan tapak kaki
RAMUAN: Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Dengan ramuan istimewa yang sememangnya bagus untuk melegakan ketidakselesaan perut, mengapa tidak untuk Shad milikinya. Memang best pakai Tummy Time ni. Perut kembung dan sebu rasa sangat selesa selepas menyapu Balm Tummy Time ini. Memang berkesan. Kebanyakan balm atau minyak angin yang selalu Shad guna sebelum ini dari jenama lain, ia jenis panas. Tapi Tummy Time dari Tasneem Naturel ini tanpa rasa panas sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. 

Keseluruhan, Shad suka dengan kesemua jenis balm. Packagingnya sangat cute dan sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Walaupun dalam bekas jenis kaca, tetapi ianya kaca tebal dan jenis tahan lasak. Shad suka dengan formulasi balm ini yang jenis tak panas, sesuai untuk semua golongan umur khususnya bayi. Teksturya juga tak melekit dengan bau yang sederhana, sangat memberi keselesaan kepada pengguna. Shad sangat sarankan untuk semua, terutama ibu bapa supaya memiliki dan simpan balm ini di rumah untuk digunakan semasa kecemasan juga untuk kegunaan seharian.


Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) yang asli. Kesemua balm Tasneem Naturel adalah selamat untuk digunakan. Ianya diformulasi tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Jadi, ibu ayah tak payah risau-risau ya, boleh guna balm ini tanpa was-was.

Berminat untuk dapatkan balm ini, boleh walk-in ke alamat:
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG,
TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR.

Atau hubungi :
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

Maklumat lanjut, sila layari:

You May Also Like

7 Comment

  1. Seronok tengok produk ni. famous dah. Ownernye kak Haridah kan. Semoga maju jaya
    Farha IbuCergas Pengedar Shaklee

    ReplyDelete
  2. Calm Time! Hahaha...rasa nak curi yg akak Sally beli utk anak buah (^.^)/

    ReplyDelete
  3. Comel packaging dia..nak kena beli ni utk baby nanti

    ReplyDelete
  4. packaging comel giler... dan paling penting ialah senang nak bawak travel.. natural lak tu..

    ReplyDelete
  5. zaza ada set tasneem balm ni..zaza guna warna kuning sbb bau dia kuat..yg lain2 zaza ada gakbg mak dan akk guna..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi tapi hati dah meronta-ronta nak cuba sebab packaging dia comel dan ada fungsi tersendiri bagi setiap jenis balm tu..

    ReplyDelete
  7. Ramai yg kata baby tasneem ni best, boleh try ni

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You