Best Deal di Lexis Port Dickson Negeri Sembilan

by - January 26, 2018

Greetings to all.

Best Deal di Lexis Port Dickson Negeri Sembilan. Selamat berhujung minggu. Time cuti memang waktu yang paling best. Kenapa best? Sebab boleh tidur, boleh rehat dan yang paling best boleh pergi bercuti. Yayyyy. Korang dah cari ke tempat untuk pergi holiday bersama family or kawan-kawan korang? Waktu cuti inilah kita dapat luangkan masa dengan family dan kawan-kawan pun sebelum nak masuk ke minggu baru, masing-masing sibuk dengan rutin harian bekerja, ke sekolah dan lain-lain.

    Kalau Shad sendiri, Shad lebih suka bercuti ke pulau-pulau berbanding ke tempat untuk bershopping ataupun ke tempat yang menarik. Siapa cakap pulau tak ada tempat yang menarik? Banyak okay u ollss! Paling best kalau dekat pulau kita dapat menikmati keindahan alam yang perghhh! Cantik okay, sambil-sambil boleh release kan tension, rehatkan minda dan badan dari kesibukan seharian bekerja. Please setuju. hehe


      Okey, pulau memang best, tapi dekat Malaysia ni ada ke pulau yang best-best? Hello, korang ingat Malaysia ni tak ada ke pulau-pulau yang cantik?? Siapa cakap tak ada?? Kalau korang nak tahu di Port Dickson Negeri Sembilan pun ada sebuah tempat yang menarik di mana korang akan rasa seperti bercuti di luar negara okay! Nak tahu tak apa nama tempat tu? Kalau korang nak tahu, Lexis Port Dickson merupakan sebuah hotel yang terkemuka di Negeri Sembilan. Nama pun dah grand kan, tapi korang jangan takut. Harga yang di tawarkan di Lexis Port Dickson ni berpatutan okay! Korang boleh dapatkan bilik idaman korang pada harga yang berpatutan kalau korang book secara online okay! So jom la book Lexis Port Dickson on Traveloka sekarang untuk dapatkan harga yang luar biasa!


        Yang bestnya di Lexis Port Dickson ni, ia berkonsepkan suasan tropika seperti korang bercuti di Bali gittu! And kalau korang nak tahu, setiap bilik yang disediakan di sini terapung di atas laut okay! Luar biasa sangat. So, why not give it a try right? Korang patut cuba untuk menginap di hotel ni. Bukan selalu dapat menginap kat hotel yang grand macam ni. Kalau korang nak tahu, bilik yang terdapat di Lexis Port Dickson ni ada sebanyak 269 buah bilik di pinggir laut resort yang menghadap laut selat Melaka. Bayangkan korang bangun jer tidur buka tingkap korang boleh menikmati keindahan pulau yang terbentang luas! Perghhh bestnya uolls!!


      Bilik-bilik di sini mempunyai sentuhan Bali tropika yang menggabungkan keanggunan dan keselesaan yang sangat luar biasa! Setiap bilik di sini mempunyai lantai kayu tropika yang keras dan bilik tidur yang bertingkat. Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati bilik mandi yang berkonsepkan terbuka dengan panel kaca telus yang boleh melihat air laut di bawahnya. Setiap bilik yang ada di sini mempunyai kemudahan yang tersendiri serta pemandangan yang berbeza tau olls. So korang pilih la bilik yang mana korang nak. Kalau korang nak bilik yang menyediakan kolam renang persendirian pon boleh, ada la privasi sikit kan..hehhee


        Lexis Port Dickson mempunyai sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa. Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati makanan laut yang fresh dari laut okay. Bukan senang tau nak makan makanan laut yang segar ni. Selain itu, korang juga boleh la lepak di Bar Lobi dimana di situ menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut buah-buahan, jus segar, minuman panas dan makanan ringan yang mana sesuai la untuk korang yang nak bersantai-santai sambil berehat di pinggir pantai tu.


        Kat sini juga, korang boleh meluangkan masa korang dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini antaranya ialah memanah, bola tampar pantai, berbasikal di tepian pantai, memancing dan banyak lagi la. Kalau korang bawa anak-anak tu, korang juga boleh la meluangkan masa bersama anak-anak korang di kawasan permainan kanak-kanak yang disediakan serta bermandi-manda di kolam renang kanak-kanak. Korang juga boleh memanjakan badan korang di spa yang disediakan di sini. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pusat kecergasan di mana boleh la korang membuat aktiviti-aktiviti senaman.hehehe.

        Sebenarnya banyak lagi fasiliti, servis yang disediakan di Lexis Port Dickson ni. Nak cerita pun terlalu banyak sangat. So apa kata korang survey apa yang ada di Lexis Port Dickson ni di website Traveloka. Di situ korang boleh tahu semua yang ada tersedia di sini. So, selamat bercuti kepada semua.

You May Also Like

16 Comment

  1. bestnya...akak yg org NS ni pun x pernah lg stay sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak. Shad dulu study dekat Nilai 4 tahun. Pun banyak lagi tempat menarik dekat n.9 yang belum pergi.

      Delete
  2. Lexus ni, lama dah Kak Ros teringin nak pergi.. dok cari masa yang sesuai.. bila baca entry Shad ni lagi berkobar-kobar nak pergi.

    ReplyDelete
  3. Teringin nk pi sini tp asyik postponed je...lps ni nk mai sini lh klo okay nnti..

    ReplyDelete
  4. Minggu depan cuti panjang...sure ramai akan bercuti...Sally suka konsep Grand Lexis sbb menggabungkan elemen mahal + cantik

    ReplyDelete
  5. dalam list jugak hotel ni..ada orang nak sponsor tak hihi

    ReplyDelete
  6. Emi dah lama teringin nak pergi bercuti kat the lexis ni. Teringin sangat weyhh, haha. Tapi macam mahal je huhu

    ReplyDelete
  7. Nampak cantik dan eksklusif. Sy org PD pun xpernah stay kat sini tau

    ReplyDelete
  8. wahhh bestnya pergi holiday kat N9.. cantik sangat viewnya.. boleh masuk list ni hahahaha nak pergi xtaw bila

    ReplyDelete
  9. seronoknye sis..ade jakuzi jugak ke dalam bilik tu

    ReplyDelete
  10. TB kalau dapat pi port dickson nak je sewa hotel ni.. nampak selesa gila.. suka dengan view dia.. bilik pun selesa.. bilik air lagi la.. ada jakuzi.. memang jadi pilihan no. 1 untuk bermalam

    ReplyDelete
  11. Cantiknya tempat ni, tak penah tengok pun

    ReplyDelete
  12. Salah satu tempat nak pergi..kne kumpul duit

    ReplyDelete
  13. Kalau bercuti kena pilih hotel yang betul2 selesa..baru la percutian tu pun best dan rileks..Dapat hotel tak best boleh stress..

    ReplyDelete
  14. Mcm best jeeeee.. nk try la duduk sne

    ReplyDelete
  15. Bestnya..Moga ada rezeki sy ke sana pula nanti.

    https://fisyayusof.com/vitamin-terbaik-untuk-kanak-kanak/

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You