Greetings and Assalamualaikum to all.
Rambut Sihat Menawan dengan Asmak Hair Care. Rambut ibarat mahkota baik bagi wanita mahupun lelaki. Tak hairanlah bila kita semua mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat, dan beralun. Sekiranya jarang dicuci, kesihatan rambut akan mula terjejas. Kegatalan kulit kepala, kelumumur, kulit berminyak, rambut gugur dan rambut kering merupakan antara masalah yang sering dihadapi individu tak terkecuali wanita bertudung. Oleh itu, penjagaan kulit kepala dan rambut tidak boleh diabaikan.
Tahukah anda bahawa rambut berfungsi untuk mencegah hilangnya panas dari kepala seseorang. Selain itu rambut merupakan tisu paling cepat tumbuh pada tubuh seseorang manusia. Penjagaan dari segi pemakanan, mendapat rehat yang cukup serta penggunaan produk boleh membantu kita mendapat kulit kepala dan rambut yang sihat. Penggunaan produk yang baik serta bebas bahan kimia merbahaya menjadi pilihan Shad dan sekeluarga. Produk rambut yang Shad cuba kali ini dari MHAM Sdn Bhd.
MHAM Sdn Bhd (Minyak Herba Asmak Mujarab) ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif yang selamat dan berkualiti. MHAM mengeluarkan lebih 40 produk termasuklah produk penjagaan diri (badan & rambut), Minyak Herba Asmak, Bedak Asmak, Asmak Baby Care, produk makanan seperti Jus Asmak Gold, Asmak Herbs, Madu Asli dan juga produk penjagaan wajah, Kaisa Skincare.
Set penjagaan rambut Asmak Hair Care dari MHAM yang terdiri daripada shampoo rambut iaitu Bunga Raya Plus Shampoo, moisturizer rambut Hair Moisturizer And Serum dan juga minyak rambut, Sevenis Hair Oil.
Shampoo Bunga Raya
Plus 6-in-1, 500ml - RM49
Shampoo Bunga Raya Plus sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Ia mampu untuk memberi kelembapan pada kulit kepala, disamping mempunyai fungsi anti-kelumumur dan anti-gatal. Bahan utama Shampoo Bunga Raya Plus termasuklah Ekstrak
Bunga Raya, Coconut Oil, Babassu Oil, Tea Tree Oil, Jojoba Oil dan Acerola.
Kebaikan Shampoo Bunga Raya Plus:
> Bunga Raya – Merawat rambut yang keguguran dan kulit kepala yang gatal. Melebatkan, menghitamkan dan melembutkan rambut.
> Coconut Oil – Melindungi rambut dari kerosakan akibat sinar matahari, menyuburkan rambut, sebagai conditioner, mengurangkan kelumumur, mangatasi rambut bercabang, menyihatkan kulit kepala, memberi protein pada rambut, melembap dan melembutkan rambut, mencegah uban.
> Babassu Oil – Menyegarkan kulit kepala.
> Tea Tree Oil – Melembapkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan rambut gugur
> Jojoba Oil – Mengurangkan masalah rambut kusut dan gugur, membuat rambut lebih lembut dan bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.
> Acerola – Menguatkan rambut hingga ke akar, mengurangkan masalah rambut gugur dan berpotensi memberi vitamin pada rambut untuk kekal sihat.
Cara Guna: Tuangkan sedikit Shampoo Bunga Raya Plus ke tapak tangan dan urut secara rata pada rambut basah dalam 1 - 2 minit. Bilas dengan air sehingga bersih.
Mempunyai tekstur cecair pekat warna milky-like dan ada bau
yang sangat wangi, bau flowery macam tu. Kalau anda dah terbiasa dengan shampoo
sebelum ini yang menghasilkan banyak buih, memakai Shampoo Bunga Raya Plus ni
mungkin akan rasa sedikit janggal sebab ia tak ada buih bila diguna. Jangan risau, walaupun antara bahan utama
shampoo ni terdiri daripada minyak dari tumbuhan, masa apply shampoo ni mungkin
rasa pelik sikit (sebab biasanya kita shampoo banyak buih kan), tapi selepas bilas,
ia tak tinggalkan rasa berminyak pun.
Kulit kepala rasa bersih dan lebih segar selepas setiap kali
penggunaan. Lepas rambut dah kering, memang terasa rambut sangat lembut dan
wangi. Selepas 2 minggu penggunaan, dapat rasa perbezaan ketara, kulit kepala
lebih sihat, gatal-gatal kulit kepala hilang dan rambut nampak lebih bermaya. Shad suka sangat dengan
bau shampoo ni. Wangi dia tahan sampai 2 hari. Untuk 500ml shampoo, memang berbaloi untuk kegunaan seisi keluarga. 4/5 stars
Hair Moisturizer with Serum
Hair Moisturizer with
Serum, 300ml - RM80
Hair Moisturizer with Serum (HMS) ini merupakan pelembap rambut dengan serum pertama di Malaysia yang dirumus untuk
golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dicipta dengan teknologi penjagaan
rambut terkini untuk keberkesanan 2 kali ganda untuk memberi kelembutan kepada
setiap helai rambut. Ia juga membantu untuk
meluruskan rambut, membolehkan ia kelihatan berkilau dan mudah diurus. Bahan utama yang digunakan termasuklah Hibiscus, Argan Oil, Olive Oil, Rose Canina Fruit Oil dan Coconut Oil.
Keunikan Hair Moisturizer with Serum:
> Vitamin untuk rambut
> Melembap dan merapikan rambut
> Tidak berminyak, tidak melekit, mudah digunakan
> Menjadikan rambut lebih sihat dan kuat
> Membaiki rambut yang rosak
> Rambut lebih mudah diurus bila-bila masa, dimana jua
> 2x lebih cepat mengatasi masalah rambut gugur
Keunikan Hair Moisturizer with Serum:
> Vitamin untuk rambut
> Melembap dan merapikan rambut
> Tidak berminyak, tidak melekit, mudah digunakan
> Menjadikan rambut lebih sihat dan kuat
> Membaiki rambut yang rosak
> Rambut lebih mudah diurus bila-bila masa, dimana jua
> 2x lebih cepat mengatasi masalah rambut gugur
Cara Guna: Selepas guna shampoo Bunga Raya Plus, keringkan
rambut kemudian picit sedikit Hair Moisturizer wit Serum (HMS) kemudian urut
dari akar rambut hingga ke hujung rambut.
Tips: Guna serum 3 kali seminggu jika anda menggunakan
kesemua produk Set Penjagaan Rambut Asmak.
Waktu malam memang sesuai untuk belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan. Hair Moisturizer with Serum dari Asmak ni mempunyai tekstur berbentuk cecair sederhana pekat warna jernih. Bau lembut wangi.
(Thanks model - adik sekolah rendah)
Waktu malam memang sesuai untuk belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan. Hair Moisturizer with Serum dari Asmak ni mempunyai tekstur berbentuk cecair sederhana pekat warna jernih. Bau lembut wangi.
Shad suka sangat dengan Hair Moisturizer with Serum dari
Asmak ni sebab lepas apply, dia tak ada rasa melekit langsung, lembut soft je
dekat tangan. Paling best sekali rambut nampak lebih bermaya, bersinar, tak
kering dan tak mengerbang. Lembut je rambut bila sikat. Bau pun best, wangi. Pakai hair moisturizer dengan serum ni pagi-pagi, lepastu pakai tudung, seharian di pejabat, rambut tak bau kepam, bau wangi je. Penggunaan konsisten, rambut nampak makin gelap, mudah diurus dan rambut gugur makin kurang. 5/5 stars.
Sevenis Hair Oil, 150ml - RM29
Sevenis Hair Oil 7-dalam-1 merupakan minyak rambut yang dihasilkan dengan khasiat dari 7 ramuan iaitu Light Mineral Oil, Tea Tree Oil, Babassu
Oil, Virgin Coconut Oil, Castor Oil, Olive Oil dan Argan Oil untuk rambut dan kulit kepala yang lebih sihat.
Kebaikan Sevenis Hair Oil:
> Mengekalkan kelembapan dan mencegah rambut daripada kusut
Kebaikan Sevenis Hair Oil:
> Mengekalkan kelembapan dan mencegah rambut daripada kusut
> Membuat rambut tampak lebih bersinar.
> Melembapkan kulit kepala
> Melembutkan rambut
> Mengurangkan kelumumur dan rambut gugur
> Menyegarkan kulit kepala
> Merawat rambut rosak dan munguatkan rambut hingga ke akar.
> Melembapkan kulit kepala
> Melembutkan rambut
> Mengurangkan kelumumur dan rambut gugur
> Menyegarkan kulit kepala
> Merawat rambut rosak dan munguatkan rambut hingga ke akar.
Cara Guna: Gunakan selepas rambut separa kering/sudah kering, picit Sevenis Hair Oil ke tapak tangan dan gunakan hujung jari urut serta ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Tips: Sapukan Sevenis Hair Oil pada rambut anda secara rata sebelum tidur, dan balut sepanjang malam. Keesokan paginya terus cuci rambut meggunakan Shampoo Bunga Raya Plus.
Sevenis Hair Oil first try bau dia best macam bau chewing gum pun ada. Bau agak strong dari shampoo dan moisturizer. Terksturnya jenis cecair minyak. Bila rasa rambut agak kering, memang terus pakai Sevenis Hair Oil. Rambut jadi lebih terurus, mudah sikat dan lembut. 4/5 stars.
Overall, set penjagaan rambut Asmak dari MHAM ni memang Shad suka. Dari segi ingredients herba dan semulajadi yang diguna yang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk kulit kepala dan rambut sesuai untuk kegunaan semua lapisan umur. Dengan penggunaan yang konsisten, rambut tampak lebih sihat, menawan, terurus disamping menyelesaikan masalah rambut gugur, kegatalan kulit kepala serta kelumumur. Bau pun best! Jom belai dan manjakan rambut anda dengan penjagaan rambut dari Asmak Hair Care. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan pembelian, boleh terus layari pautan tertera di bawah.
Asmak Hair Care
Website – https://mham.com.my
FB page – Shampoo Bunga Raya HQ
IG – asmak.haircare
Hotline – 019-9708897