11 Things About Me

by - May 21, 2013


Greeting and Assalamualaikum.
11 Things About Me
Gambar ni curi dari Bella.
Huwaaa.. terima kasih tag saya...


Dengan ini shad nak melangkah daulat nak story mory pasal diri sendiri. Huwaaa.. 
Actually suka untuk dipravate kan my real life. Tapi, hari ni nak melangkah daulat.

----------------------------- 11 Things About Me ----------------------------

1. Saya akan menjadi sangat peramah(bnyk cakap) bila 
org yg bercakap dengan saya tu peramah jugak. Hehe
2. Saya sangat-sangat sukaaaa baca buku. Seriously.
3. Color faveret saya ofcoz lah Purple.
4. Sangat suka menonton cerita Korea dan Jepun.
5. Saya paling sayang family saya.
6. Harta benda yang paling saya sayang mengikut urutan.
(MyCard -> My Lappy -> Henphone -> Novel2 Hlovate ->
 Segala button badge and keychain)
7. Orang cakap saya ni boleh jadi pakar motivasi. Tapi diri sendiri pun 
sometimes tak termotivate. huhu.
8. Saya mampu untuk tidak tidur selama 1 Day and half, tanpa
bantuan nescafe atau adik beradik dia.
9. Saya Kak Long
10. Saya single and available. Bolehla sapa2 kalau nak masuk minang. 
Haha, Gatal.
11. Maklumat di atas adalah ikhlas dari hati dan benar.

--------- Okey now, nak menjawab soalan2 ala-ala SPM pulak. ---------

Soalan daripada FD :

1.Apa pendapat awak tentang blog FD? Ada yang perlu dibaiki?
   --> Seriously sangat ringan, cepat loading, kaler pink lembut. I like. Semuanya okkey.
2. Apa tujuan korang berblog?

   --> Sharing is Caring, Caring is Loving + Tambah kenalan.
3. Siapa inspirasi/idola korang dalam dunia blogging?

   --> Idola in Blogging Life : Bro Apit, Shida, Azhafizah, FD, FL,
        erk.. panjang lagi listnya actually.
4. Minat filem/drama Malayu/Omputeh/Korean? Pilih satu dan sebab ^^v

    Drama Korea kot. Sebab ianya so sweet and romantic. haha. And suka Running Man
    sebab ianya soooo humors.
5. Lebih suka romantik atau lawak?

    Dua-dua suka.
6. Siapa crush pertama awak? *soalan cepumas ni :p

    Ahhhh... sape erk? Mr.Y kot
7. Apa tips yang awak boleh bagi untuk lupakan someone?

    Cari orang lain. InsyaAllah boleh lupakan that someone.
8. 3 barang penting yang awak akan bawa kemana sahaja awak pergi

    MyCard | henphone kesayangan | 
9. Anda feminim atau lasak?

    Lasak kot. Tak minat sangat girl-girl nie. Huwaa. (Bukan tomboi ye)
10.Jujur ke jawab semua soalan yang FD bagi tadi?

     Jujur. Angguk
11. Apa impian awak?

      Impianku ingin memetik bintang.

Soalan daripada Adik Iha :

1. Korang suka makanan pedas ke manis?

    Suka makanan pedas.
2. Kalau diberi sehelai kertas A4 dan sebatang pensel, apa yang akan korang lukis? 

    Manusia? Robot? Makanan? Raksasa?
    Buat origami kot. Tak pandai nak melukis, betul.
3. Korang dah 10 tahun tak jumpa kawan masa sekolah dulu. Tiba-tiba terserempak 

    dan kawan korang asyik cakap "Eh, kau dah gemuk la" ataupun "Bila kau nak kahwin?". 
    Adakah korang akan jawab dengan baik atau tumbuk terus muka kawan lama tu 
    sampai koma?
    Cakap dengan keadaan polite sambil perli2 dia jugak. Haha.
4. Kenderaan paling mewah pernah korang naiki?
    Erk, macam tak de aja.
5. Hadiah paling berharga pernah korang dapat?

    Kasih-sayang dari semua yang menyayangi saya.
6. Perkara paling berjasa yang pernah korang lakukan? Contoh selamatkan awek 

    jadi  mangsa ragut ke.. selamatkan makcik yang kehilangan contact lens ke.. 
    Baru teringat, macam tak ada jasa je..
7. Cita-cita terbesar korang?

    Ingin menggapai bintang.
8. Siapa diri korang di luar alam maya? Adakah karakter korang sama macam dalam blog?

    Saya seorang yang tak suka senyum sebab pada saya, senyum pada yang perlu sahaja.
    Character di alam maya dengan kat luar sama rasanya.
9. Blogger yang paling korang respek? Nyatakan..

    Respect eh.. Ramai.. Tak larat nak taip semua.
10. Stesen radio yang paling korang suka sekarang?

     Semestinya Hot.fm
11. Ni jujur, siapa aku dimata korang?

     Jujurnya, kak shad rasa Iha ni seorang yang sangat caring orangnya even kita tak 
     pernah berjumpa di alam nyata, tapi dapat merasai sifat caring ang loving awak tu.

Soalan daripada Awanis

1. Siapa insan yang paling korang sayang dalam dunia ni?

    Family.
2. Kenapa korang sayang insan tersebut? (Berdasarkan soalan 1)

    They make my life happy.
3. Berapa kali korang pernah gagal dalam percintaan?

    Tak pernah bercinta (Jujur)
4. Apakah yang boleh membuatkan korang saya bahagia?

    Dapat hadiah coklat @ ais-cream. Senang je nak bagi hati saya sejuk.
5. Berapakah tinggi korang?

    Erk, boleh tak tak nak jawab soalan ni..Sebab dah lama tak ukur ketinggian.
6. Apa makna 'sahabat' pada korang?

    "Kalau bersama waktu susah senag dan makan berkongsi pinggan, 
     tu baru namanya kawan sepanjang zaman.."
7. Suka lelaki/perempuan yang macam mana?

    Lelaki : Gentleman | Tak kedekut | Pandai Baca Quran |
8. Apa perkara yang paling buat korang sedih?

    Bila ada someone betrayed me.
9. Apa impian korang?
    Impianku ingin memetik bintang. Nak bawak mak dgn ayah pergi Umrah sama-sama.
10. Pernah ber'dating'?

     Tak pernah.Tak de pakwe.
11. Apa yang korang PALING mahukan dalam hidup korang?

     Hidup penuh dengan kegembiraan.

Soalan daripada Evola :

1. Perkara yg paling sweet korang pernah dengar/alami sendiri?
    Dapat berita gembira dapat fly ke Hong Kong soon.
2. Kalau diberi pilihan masuk matrikulasi/form 6, yg mana jadi pilihan? Alasan?
    Shad dah masuk universiti. Dua2 pun okkey.
3. Minat Najwa Latif ke Ainan Tasnim? Sebab?
    Najwa Latif sebab lagu dia sweet.
4. Apa reaksi korang bila ada sorang budak sindrom down suka giler kat korang?
    Alhamdulillah. Ada orang sayang.
5. Negeri yang korang belum pernah pergi?
    Sabah dengan Sarawak belum lagi.
6. Korang rasa aku patut guna aku-kau ke saya-awak bila update blog? Sebab?
    Mana-mana yang selesa. Saya-awak nampak polite sikit. Tapi bagi shad, aku-kau kalau 
    orang2 kedah, lagi nampak mesra. bergantung kepada viewer jugak lah.
7. Pernah ada kawan yg bajet semua dia ada or pandai buat x? cer citer.
    Macam tak de je. Huhu, baik betul kawan2 saya ye.
8. Pandangan tentang backstabber?
    Orang ini memang pemusnah alam!
9. Korang stay mana? Johorean ade?
    Asal Kedah. Curren location Nilai terchenta. Belajar sini. ehehe.
10. Korang rasa aku ni jenis yg macam mana? Hehe
     Erk.. sory2. tak dapat nak nyatakan kat sini. Tak kenal lebih rapat. InsyaAllah 
     lepas ni boleh la kita kenal-kenal lagi ye.
11. Soalan aku mencabar ke tak?
      Boleh tahan mencabar gak.

Salam perkenalan,, org kata, xknal mka tak cinta, betul x?
law tak nak jwab pun tak pe..huhu

Soalan kepada mangsa Tag saya :

1. Panggilan manja u all dekat rumah apa?
2. Korang asal mana?
3. Belajar dekat mana?
4. Prinsip hidup korang?
5. Boleh bagi tips kat shad tak untuk maintain UV 1k sehari? 
6. Korang blogging sebab apa ya?
7. Kalau diberi peluang, destinasi manakah yang korang pilih untuk pergi melancong?
8. Definisi anda tentang CINTA?
9. Nyatakan tiga perkara yang akan membuatkan anda happy.
10. Benda(things) yang korang paling sayang? (Cth: Iphone ke, dslr ke).
11. Apa pendapat korang tentang blog Shad? Sila komen. Serious takan marah.

Mangsa Tag :

(TAG JUGAK KEPADA ANDA YANG REVIEW ENTRY INI) 
SMILE :)

You May Also Like

11 Comment

  1. @Farah Waheda Wahid hehe.. tak de la rajin sangat.... seminggu baru siap menaip entry ni.. bz2. hehe

    ReplyDelete
  2. eh FD idola dlm blogging? biar betul Sha ni? ke FD lain? hihi :D

    apa pun thanks sebab sudi jawab soalan tu :D

    ReplyDelete
  3. FD yang inilah.. hehe.. sama2..

    ReplyDelete
  4. thanks tag kita ea..hehe :)
    tgk la dulu kalau rajin kita jawab..ahhaa :P

    ReplyDelete
  5. Thanks Shad. Ni Saraa dah jawab ;)

    http://atiqamaisaraa.blogspot.com/2013/05/11-things-about-me.html

    ReplyDelete
  6. thankss tag :D tp Mai dah buat lme dah la pulak..hehe

    ReplyDelete
  7. wahh, thanks tag yee... sat g saya buat.. :D

    ReplyDelete
  8. yg part kaler purple tuh memang nampaklah. hehe :D

    ReplyDelete
  9. kak Shad, ekceli iha perasan entri ni masa search kat google beberapa hari lepas.. sorry sebab baru perasan yg akak bg respon.. thanks sbb sudi jawab soalan mengarut iha, lebiu! ahaks :D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You