11 Ramadhan 1434H : Puasa Terakhir di bumi Nilai

by - July 20, 2013

Greetings and Assalamualaikum
May Allah bless us. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan
yang baik. Semoga kita dimurahkan rezeki. Amin.

11 Ramadhan 1434H : Puasa Terakhir di bumi Nilai 



Ya, hari ni 20 Julai 2013, merupakan hari terakhir berpuasa di bumi Nilai terchenta. Heading back to my hometown dekat Kedah malam ni. Rindu dekat mak ayah dan adik-adik. Rindu nak jejak tanah Kedah. Hampir 5 bulan jugak tak balik rumah. Punya lah kental hati ni kan, cuti mid-semester tak balik, cuti study week itu hari pun tak balik, ini  cuti semester yang dua bulan ni pun balik lewat 3 minggu dari orang lain.

Ini lah orang kata jadi student ni, kena korban masa dan tenaga bagai. Sangat sibuk dengan urusan-urusan yang tak selesai. Final year project entah ke mana, lawatan antarabangsa ke Hong Kong dah ke laut kot. Ini baru student, tak masuk alam pekerjaan lagi. Macam mana lah agaknya ya? Mesti lagi mencabar minda-fizikal dan mental. Eh? Huhu. *Jadi housewife pun super oshem mencabar jugak kan. Tapi apa-apa pun, semua ni pengalaman kan. Dewasa bersama usia...  

'Semua orang belajar, semua orang membesar, tetapi tidak semua 
menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, 
maka selagi itu juga, yg hidup itu dewasa bersama usia..'

TEORI
a. membesar dan belajar dgn pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenali diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.


Back to the story, selama tiga minggu stay-back tak balik kampung ni, I'm staying at my friends house. Ahaa, rumah sewa, tempat lepak-santai yang oshem. Sebab ada wifi. Itu yang laju je menaip entry ni ha. Kang, da balik kampung, on9 lagi sebab my dad punyalah baik hati nak pasang wifi kat rumah. Alhamdulillah. Hehe. Sayang ayah saya. Terima kasih ayah. Sungguh, betullah orang kata, seorang ayah tu tak kan pernah mengecewakan anak-anaknya. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah bekorban apa saja. So grateful.

Kononnya three weeks stay-back tu nak buatlah final year project kan dengan group members. Alih-alih semua ke laut je. Haha. Sikit sangat peratusan yang dah siap. By next year, by hook or crook da kena submit. May Allah bless us. Pinjamkan saya sedikit kerajinan anda boleh tak? Huhu. Malas bebenor ni ha. Apa-apa pun, I'm feeling grateful sebab dapat puasa sama-sama dengan member2, masak untuk sahur dan berbuka sama-sama, pergi terawih sama-sama. Memang happening lah nak dipendekkan ceritanya. Terima kasih Dayang, Awin, Gina, Kema, Bella, Kak Tehah, Hawa, Kak Azmina, Dayah, Ecah dan semua-semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. I'm happy. You all make my day great.


Panjang kan entry kali ni. Mood nak menaip dah datang tambah dengan idea luah perasaan ni memang cepat je menari-nari keyboard ni. Last but not least, terima kasih for those yang sudi baca entry ni. Terima kasih jugak kpda yg sudi drop ke sini, blogwalking and follow.. Dalam dua tiga hari lepas ni, maybe tak dapat online, sebab dekat kampung kan, sementara nak ada wifi tu. Faham-faham sajalah ya. Lastly, nak ucapkan selamat benunaikan ibadah puasa dan selamat hari raya. Huwaa, awalnya ucap hari raya eh. Maaf salah silap ye. Halalkan segalanya. 

You May Also Like

10 Comment

  1. fuyohhh, rajin giler stay back. hda stay back seminggu pon dah mcm cacing kepanasan. bhaha.

    tapi, ur FYP (final year project) buat thesis ke ? hda buat iCEPS9 . samo lah poning nyoo.

    :D

    ReplyDelete
  2. @Nadia Diana hehe, terima kasih Nadia.
    @Nurulhuda Abu Hassan rajinnn kan.. hehe. buat project. 4 org members.Dak QM kan.. hehe. I-Ceps lagi oshem huda.. banyak nak cari sponsor tu..

    ReplyDelete
  3. 5 bulan..woww..lame tu..hehe..slmat pulang ke kmpung halaman..n hepi holidays :)

    ReplyDelete
  4. Disiplin diri adalah kunci kejayaan. Selamat pulang ke kampung.

    ReplyDelete
  5. Salam singgah. Do well for study n balik rumah cepat-cepat :). Done follow. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. hai http://asmarpunyablog.blogspot.com/ dtg follow sini...

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You