Salam Maal-Hijrah 1435H

by - November 04, 2013

Greetings to all and Assalamualaikum.
Monday | 4.11.2013

Dah nak habis tahun 1434H dah kita ya.. Cepatnya masa berlalu.
Esok dah masuk tahun baru. Tahun baru Islam.
[1 Muharram 1435H bersamaan 5 Nov 2013-Selasa]
Salam Maal-Hijrah diucapkan buat Muslimin dan Muslimat semua.


*Note*Hijrah berasal dari perpindahan atau penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
*Note*Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

'Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati dimuka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani' -An-Nisaa (verse100)

Jom sama-sama kita muhasabah..
Sama-sama kita berhijrah dari yang tak baik kepada baik, 
dari yg baik kepada yang lebih baik.
May Allah bless us. Semoga dipermudahkan segalanya.. 

Ps: Don't forget to recite doa Akhir Tahun and Awal Tahun ya.


Doa akhir tahun baca selepas Asar, sebelum Maghrib.
Doa awal tahun baca selepas Maghrib.

You May Also Like

4 Comment

  1. Salam Maal Hijrah.
    Setiap kali awal Muharram...inilah amalan umat Islam, tetapi adakah kita tahu ianya bukan suatu kemestian kerana doa ini tiada dalam suruhan dalam Al-Quran mahupun Sunnah.
    Ia hanyalah doa ciptaan dan tidak salah membacanya tapi tidak perlu di baca pada waktu2 tertentu dgn bilangan tertentu...bacalah bila2 masa yg anda suka, tapi bukan jadi amalan bila tiba sahaja Awal Muharram

    Ibnu Abbas juga pernah berkata:
    Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

    Sekadar berkongsi pengetahuan..Wallhualam.

    ReplyDelete
  2. @Bin Muhammad terima kasih atas perkongsian.. and indeed, istiqamah tu memang penting.. and doa, tiap2 masa kita kena doa,

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You