Segmen Hidup Aku Indah

by - December 17, 2013

Greetings and Assalamualaikum.
17.12.2013 | Tuesday

Segmen Hidup Aku Indah

Bismillah. Hari ni Shad nak join satu segmen best ni. Bab nak life-story-telling ni memang suka sangat. Sebab dulu time sekolah rendah, memang minat sangat-sangat subjek BM Penulisan. Hehe.


Hidup ni tak selalunya indah, tak selalunya ada pelangi. kadang-kadang tu, datang jugak ribut petir. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Dalam hidup ni, kalau tak ada cabaran dan ujian, tak thrill la orang kata. Fikir-fikir balik, ujian yang Allah bagi kat kita tu kan tandanya Allah sayang kat kita. Sebagai hamba-Nya, kita patut rasa bersyukur. ALHAMDULILLAH. 


Jalan kehidupan kita ni ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita happy, dan sampai suatu masa kita rasa down sangat-sangat. Lumrah kehidupan la tu kan. Betul, hidup tak selalunya indah, tapi kalau kita sentiasa berusaha untuk mewujudkan keindahan itu, perjalanan kehidupan kita pasti akan berbeza. Ini yang Shad pegang dalam hidup dari dulu sampai sekarang. Dalam nak membina kebahagiaan dan kegembiraan tu, semua bergantung kepada sikap kita sendiri. Hidup dalam melihat sesuatu dan seseorang lebih kepada kebaikan dan kelebihan akan membuatkan hati lebih tenteram dan menikmati nikmat hidup sebaiknya.

Live, Laugh, Love. Yang indah itu tetap dalam kenangan.
Things that make my life Wonderful :

1. Hidup akan lebih indah dan bermakna kalau Allah sayang. Pergi lah ke dunia mana sekalipun, jika Allah sayang dan redha, nescaya hidup akan lebih tenang dan terarah. Dan betullah, 'Hati itu Allah yang pegang'. “Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia)”. Semoga kita semua berada dalam Redha-Nya. Amin.


2. Hidup ni akan lebih indah dan bermakna apabila orang-orang di sekililing kita rasa bahagia. Means family, kawan-kawan, dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Membahagiakan orang lain buat kita jugak rasa bahagia. Betul? Percaya tak hanya dengan senyuman pun boleh buat orang happy. Kata orang senyum itu memberi seribu makna. Kadang-kadang tu, nampak senyum, tapi tak bererti kita bahagia, hati berbunga-bunga. Tapi, senyum itulah penawar kepada masalah in addition boleh buat orang yang tengok senyuman kita pun senyum jugak. Terapi psikologi ni. Jom, cuba.


3. Hidup ini akan lebih indah dan bermakna bila kita punya kawan untuk dikongsi suka-duka. Yes, indeed and Alhamdulillah , thank you Allah for sending me a good and valuable friends. Sama-sama nak berpimpin tangan nak mengejar syurga-Nya. InsyaAllah. "Kalau bersama waktu susah dan senang, makan berkongsi pinggan, itu baru namanya kawan sepanjang zaman".

4. Hidup akan lebih indah kalau kita tahu menghargainya. Hargai segala-galanya yang kita ada. Nikmat Iman, Islam, hidup, hidayah, family, kawan-kawan, rezeki, nikmat masa dan semua nikmat yang dikurniakan  Allah kepada kita. Said ALHAMDULILLAH, Thank You Allah.


5. Thing that make my life wonderful is travelling and travelling and travelling. I fond to it very much. Perjalanan mentadabbur keindahan alam mengajar kita erti kehidupan, erti kesyukuran. 

Perkara yang berlaku jangan dikenangkan. 
Masa yang akan datang jangan diangan-angankan 
dan yang paling penting masa sekarang,
 agar apa yang berlaku pada masa akan datang 
akan meninggalkan kebahagiaan.

Sincerely ~ Lot's of love from Shad~
Due : 31.12.2013

You May Also Like

5 Comment

  1. @Ira Nur hehe, jemput join sekali, klik pada banner..

    ReplyDelete
  2. kehidupan itu memang indah.Good Luck Shad!

    ReplyDelete
  3. TQ join :)nnt sy inform pkembangannya ea..hihi
    btw, ur entry sgt mendalam dan penuh makna :D
    p/s: kalau x boleh klik button "join this site" try klik button "follow" dkt atas sblh kanan ea..sy pon x thu knpa "join this site" x function..huhuhu :(

    ReplyDelete
  4. @Azhafizah Md Nor betul.. setuju.. hehe, terima kasih kak fiza.
    @farah effa hehe, sama2. shad sempat follow blog farah itu hari. done follow. :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You