Contest My Lense Story - Kaulah Teman, Kaulah Sahabat

by - October 11, 2014

Greetings and Assalamualikum to all.


Joining another awesome contest with awesome mission.

Contest My Lense Story - Kaulah Teman, Kaulah Sahabat

Date taken : End of last semester on JAN 2013
Place taken this photo : Roundabout Canselory, USIM.
People in the picture : My classmate and buddies ever (TQB3 - QM)
The story behind this picture : Kaulah Teman, Kaulah Sahabat

Tak kenal maka tak cinta orang kata dan berkawan biar ikhlas. 'Kita kan bersaudara', saling berpesan-pesan dan saling mengingati antara satu sama lain itu merupakan perkara yang sangat disukai Allah. Kawan yang baik itu kawan yang akan menegur bila kita ada buat salah, sebab kawan yang macam ni, nak berpimpin tangan dengan kita sebab nak masuk syurga bersama-sama dengannya. Sahabat adalah segala-galanya selain family sebab bila kita ada masalah, siapa yang kita cari dulu? Sahabat kan. Sabahat yang sanggup susah senang dengan kita.  

MUKMIN ITU BERSAUDARA - Dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam, beliau bersabda: 'Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari akhirat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutipi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya'. (HR. Muslim,)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ } الحجرات10 }
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia
 mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dapat kita simpulkan daripada ayat dan hadis di atas,mukmin itu bersaudara dan ia juga menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Kita selalu guna perkataan 'ukhuwah' yang bermaksud 'persaudaraan' sebagai tanda persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa. 


Nak tahu, kawan ni ada banyak jenis, setuju? Ya lah, manusia kan macam-macam kerenah dan punyai pelbagai sifat juga. Yang baik hati, yang tak baik, yang suka tikam belakang, yang pemurah, yang macam chipsmore pun ada. Hehe. Macam-macam kan, barulah meriah hidup ni kan. Ye dak? Imam Al-Ghazali berkata, kawan dibahagikan kepada 3 jenis : - 


1.Kawan yang ada ilmu

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa memberikan ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata, jangan lepaskan kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi menerima ilmu yang kita bagi.

Dia tidak berilmu tapi kita ada ilmu dan dia menerima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu. 

Kita ada ilmu, tetapi apabila kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan bermacam-macam lagi alasan dengan kata lain dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang mcam ni kerana tiada manfaaf kepada kita dan dia. Dan takut kita pula yang terikut cara dan tingkahaki dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

True friends are always there for you. Fake friends only appear 
when they want something from you.


Berkawan biar beribu, bercinta biar satu, boleh macam tu? Hehe. Miss uolls so much. Thanks for the happening, joyful, sweets and memorable moment ever. Wishing our friendship last forever, never ending. Till we meet again on graduation day this November 2014. 

Due date : 12.00 malam 1 Oktober sehingga 11.59 malam 15 Oktober 2014.


You May Also Like

5 Comment

  1. Perkongsian yang menarik, semoga bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. aaaa rindu kawan-kawan

    ReplyDelete
  3. @IQROZEN AMIN..
    @CT Humairah CT, betul tuu.. bila tengk balik gambar2 ni, mmg imbau kenangan sungguh
    @Precious Cla hehe.. tq sis :D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You