CABARAN NOVEMBER #10 : 11 Jenis Bunga yang di Sukai

by - November 25, 2014

Greetings and Assalamualaikum to all

CABARAN NOVEMBER #10 : 11 Jenis Bunga yang di Sukai

Dah kata nama perempuan tu kan, 9/10 daripadanya mesti sukakan bunga. Ye dak.
Daku juga termasuk dalam golongan itu, Hehehe. Bunga yang daku suka :


1. Tulip
Belanda - Tulip. Belanda memang terkenal sebagai negara bunga tulip. 
Tulip juga merupakan bunga nasional Iran dan Turki. Oh ladang tulip di Keukenhof,
 the Garden of Europe.


2. Orchid


3. Rose

Ia berasal dari genus rosa dalam keluarga rosaceae. Di Eropah satu ketika dulu ia menjadi bunga penting untuk taman larangan istana. Ia turut dikenali sebagai mawar dan saiznya mengikut perbezaan cuaca dan terdapat lebih 100 spesies. Kebanyakan spesies berasal dari Asia, Eropah, Amerika Utara, dan barat laut Afrika. Di negara beriklim sejuk, saiznya lebih besar dan mempunyai pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Ros merah jambu paling banyak ditemui di negara ini. Bagaimanapun, ros merah hati, kuning dan putih antara yang paling popular.


4. Lavender


5. Cherry Blossom

Bunga sakura ini genusnya Prunus dan mekar berkembang ketika musim bunga iaitu sekitar April. Ia turut menjadi bunga kebangsaan Jepun selain menjadi perlambangan wanita, kehidupan, kematian, ikatan kemanusiaan, keberanian, kesedihan dan kegembiraan di negara berkenaan.


6. Lily


7. Bird of Paradise/ Cenderawasih

Bentuk bunganya bagaikan burung cenderawasih dan di negara ini dikenali 
sebagai pokok sepit udang atau heliconia dari keluarga heliconiacae. Unik kan.


8. Bleeding Heart

Naahh, ni baru betul-betul bunga cinta. Siap bentuk love lagi tu. Cantiknya. Subhanallah. Bunga bleeding heart atau dengan nama lain venus car, dutchman’s, bunga lyre atau ada beberapa orang yang menyebutnya bunga hati. Ditemukan pertama kali di Cina pada 1846 oleh Robert Fortune, seorang botanis berasal dari Scotland. 


9. Blue Bells

Dalam bahasa Latin ia dikenali hyacinthoides non-scripta. Hyacinthoides diambil daripada nama Pangeran Hyancinthus dalam mitologi Yunani. Blue bells melambangkan keteguhan dan kebaikan hati. Panjang batangnya mencapai 10 hingga 30 sentimeter (sm). Ketika kuncup bunga itu berada dalam keadaan tegak tetapi apabila berkembang ia menunduk. Ia sering tumbuh di Belanda, British Isles, Belgium dan barat Perancis.


10. Hydrangea

Nama tempatannya ialah bunga tiga bulan atau pokok bunga Siti Zubaidah yang berasal dari Jepun. Sementara nama lain yang biasa digunakan termasuk bigleaf hydrangea, French hydrangea, lacecap hydrangea, mophead hydrangea, penny mac dan hortensia. Hydrangea macrophylla ditanam sejak sekian lama sebagai satu tumbuhan hiasan di Jepun. Sejak 150 tahun yang lalu ia turut ditanam secara meluas di negara beriklim sederhana di seluruh dunia. Lebih 600 tanaman terpilih digunakan di dalam taman dengan warna bunga yang berbeza. Malah ia turut ditanam secara meluas di banyak negara lain dalam pelbagai iklim. Bunganya membawa perlambangan warna tersendiri selain popular dijadikan bunga gubahan.


11. Bunga Raya

Bunga Raya bunga kebangsaan Malaysia. Yang ni sapa tak kenal memang namanya,
 tak kenal maka tak cinta. Oppss, haha.

The Challenges : 

CABARAN NOVEMBER #11 : 11 Sikap yang di Benci

Sumber image, www.google/image.com

You May Also Like

2 Comment

  1. amboi pilihan bunga diaaa semua yang unik and susah nak dapat kat mesia gitu slain hibiscus hahah.. hydregea tu cantik..!! memang sngat cute lelagi kalau trim cecantik.

    ReplyDelete
  2. Akk antra 1/10 org yg xmnt bunga... hahahha name2 bunga pon akk xknl shad

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You