10 Laluan Yang Bakal Dilalui Manusia Menuju ke Akhirat

by - September 18, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Manusia Menuju ke Akhirat. Salam Jumaat saiyyidul ayyam, penghulu segala hari. The Life of this World is a Transient Shade. Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen ini untuk bertemu Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal. Nasihat buat diri sendiri juga. Semoga bermanfaat buat semua.

Laluan Menuju ke Kubur
  • Jauhkan dari perbuatan mengumpar dan mengeji
  • Hindarkan perasaan iri hati (benci)
  • Jangan terpengaruh dengan harta dunia
  • Sucikan kadha’ hajat dengan istibra’ (berdehem selepas buang air kecil)
Laluan untuk berjumpa Izrail
  • Bersihkan diri dengan bertaubat
  • Gembirakan hati orang Mukmin
  • Bayar semula qadha’ (solat dan puasa) yang tertinggal
  • Kasih sepenuh hati kepada Allah
Laluan untuk memberatkan timbangan
  1. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
  2. Sucikan perkataan dan pakaian
  3. Bersyukur dengan yang sedikit
  4. Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah

Laluan untuk bertemu Munkar Nakir
  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Suka memberi sedekah
  • Berkata benar
  • Bersihkan dan perbaiki hati
Laluan memantapkan amalan
  • Jauhkan perkataan yang sia-sia
  • Pendekkan cita-cita dunia
  • Banyakkan piji-pujian pada Allah
  • Banyakkan sedekah dan khairat
Laluan melalui titian sirat al-mustaqim
  • Kasihilah ‘aulia (wali-wali) Allah Ta’ala
  • Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
  • Berpegang teguh dengan hukum syara’
  • Bercakap perkataan yang biak sesama makhluk
Laluan untuk memasuki Syurga
  • Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
  • Kasihi orang yang soleh
  • Kerjakan segala suruhan Allah
  • Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


Kata Yahya ibn Mu’adh (ahli sufi): “I don’t order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than your need for the former”.

Laluan menjauhkan diri dari neraka
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan menangis kerana dosa-dosa lalu
  • Tinggalkan perkara yang maksiat
  • Jauhkan segala yang haram
Laluan berjumpa dengan Nabi Muhammad
  • Kasihilah nabi-nabi Allah
  • Kasihilah Rasulullah
  • Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
  • Banyakkan selawat kepada Nabi
Laluan untuk bertemu Allah
  • Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
  • Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
  • Betulkan dan baikkan I’tiqad kepada Allah
  • Bencikan segala yang diharamkan-Nya.

You May Also Like

4 Comment

  1. terima kasih di atas perkongsian dan peringatan ini shad....

    ReplyDelete
  2. a very meaningful sharing of this info

    ReplyDelete
  3. http://madey09.blogspot.my/
    Ya Allah cucikan jiwa ku dari noda kotor..terkesan dengan entry berhikmah di sini terima kasih

    ReplyDelete
  4. seram pulak baca ni Shad oooi.. merenung diri sendiri banyak kurang ni..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You