Berfikir Gaya Champion | Book Review
Greetings and Assalamualaikum to all.
Berfikir Gaya Champion | Book Review. Happy Wednesday all. Selamat menduduki peperiksaan kepada candidate SPM, STPM dan mereka-mereka yang tengah exam. Hari ni Shad nak review buku genre self-improvement. Kalau anda perasan, Shad memang suka genre ini. Buku-buku yang bermotivasi gitu. Love that. Hehe. Up next list for this month might be #88 Love Life. Maybe. Okey, menabung dulu ye.
Berbalik kepada buku Berfikir Gaya Champion karya Hizamnuddin Awang, tajuk-tajuk yang ditulis memang menarik perhatian. Antara kandungan/tajuk di dalam buku ini termasuklah;
- Menyahut Cabaran menjadi Champion
- Bercinta Skala Champion
- Alexander seorang Reformis Pengislahan
- Banyak Cara Ubah Pengangguran dan nasib diri
- Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal!
- Jangan Bersedih, Sayang!
- Jom Jadi Kaya!
- Seorang Champion tidak Bermaksiat
- Gasak Ketakutan Anda!
- Halaqah Mencari Cinta
- Ulama Pewaris Nabi
- Raihlah Cinta Allah dalam Berusaha
- Jangan derhaka kepada Tuhan
- Hidup ini perjuangan
Buku Berfikir Gaya Champion ini sangat bermotivasi dan dalam masa yang sama mentarbiah rohani. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penulis. Dalam buku ini banyak diselitkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Tidak ketinggalan juga mutiara kata dari bijak pandai.
Tajuk-tajuk dalam buku ini pun best dan sangat catchy. Buku Berfikir Gaya Champion ini ditulis versi menyampaikan cerita. Ada watak penulis dan isterinya dan watak-watak lain. Cerita-cerita itu berkisarkan kehidupan penulis dan insan sekeliling dalam menyampaikan fokus utama berfikir gaya champion.
Petikan di Bab 14 : Jom Jadi Kaya!
Seseorang yang Berfikir Gaya Champion tidak melupakan kewajipan terhadap Tuhan yang termasuk juga membayar zakat. Mulakan dengan Bismillah dan insya-Allah anda akan menjadi kaya!
Bersedekah melapangkan kepayahan dan membuka pintu kekayaan
Ibn al-Qayyim, seorang ulama terkenal berkata, "Sedekah dapat menolak pelbagai bencana meskipun pelakunya seorang pendosa, zalim atau bahkan kafir. Ini kerana melalui sedekah Allah menjauhkan pelbagai bencana daripada Pemberinya."
Allah memberikan janji-Nya dalam al-Quran melalui deklarasi berikut :
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah akan melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah 2:245)
Petikan dari buku Berfikir Gaya Champion, Muka Surat 82.
Champion tidak dibentuk di gimnasium. Champion lahir jauh dari dalam diri - hasrat keinginan, impian dan wawasan. Champion mesti ada kemahiran dan semangat. Namun semangat itu mestilah lebih teguh daripada kemahiran - Muhammad Ali.
Judul : Berfikir Gaya Champion
Penulis : Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Muka Surat : 190
Harga : RM17 sm
www.galeriilmu.com.my
6 Comment
bagus buku tu sis... thanks for review
ReplyDeletewe aree the championnn~ hee *tiba*
ReplyDeletemacam best ja buku tu.. nanti Lissa cari.. hihi
Champion lahir dari dalam diri kita. So true!
ReplyDeleteLet's be a champion. :D
Good sharing dik...
ReplyDeletefootnote: Akak dah apply header yg Shad buatkan tu kat blog. Nanti jemput tengok ek...cantik! http://shilazizi.blogspot.my/
Bestnyer shad initipati pengisian buku nie...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas komen yang diberikan.
ReplyDeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You