Hermo Haul Januari 2018

by - January 30, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all

Hermo Haul Januari 2018. Happy first month of the year 2018 and my first online purchase was on hermo.my and followed by SGShop. Antara salah satu online store yang Shad suka kalau nak shopping dan stock up barang kecantikan mostly barang made from overseas ialah di Hermo dan Althea. Kalau barang tu available dekat Watsons atau Guardian, memang situ je Shad singgah. Terus dapat on the spot kan. Korang suka shopping dekat mana? Share jom.


Maka, inilah yang Shad beli dekat Hermo awal bulan haritu. Ada lah satu dua barang. Tak boleh beli banyak terus, karang hujung bulan, makan megi. Hehe. Beli sikit-sikit, bulan depan kita tambah stok lagi. Kalau beli sekaligus pun, belum tentu habis guna in one month time kan.

1. Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser 150ml 
Product From: Korea
Price: RM31.20


Short Intro and My Thought: So, this is basically a cleanser. People talk so much about how good this cleanser was on social media. Sebab tu Shad pun terjebak nak try, at lease I can proudly tell people that I had tried it. Tak, sebenarnya, try untuk kepuasan sendiri. Sebab dah lama dah rasa nak cuba this cleanser. From Hermo, this cleanser claims to sustain moisture every day and all day long! For AM time & sensitive skin. Effect: Cleansing, Exfoliating, Oil Controlling, Pore Tightening, Removing Makeup. 

Shad dah try, mula-mula memang tak berapa sedap sangat bau dia, lebih kepada bau klinik. Bila dah lama-lama guna, macam oklah, bolehlah bau dia. Shad suka texture dia, clear gel yang lembut pada kulit. Lagi satu, dia memang tak ada buih banyak, shad suka jugak. Shad jenis kulit kering, ada rasa sikit tight feeling lepas bilas, tapi cleanser ni bagus sebab tak buat kulit muka shad jadi kering. Shad rasa this cleanser memang very recommend for those yang jenis oily skin.


2. Naruko Narcissus Repairing Mask (10 pcs/box)
Product From: Taiwan
Price: RM32

Short Intro and My Thoughts: Ini kali pertama Shad cuba mask dari Taiwan. Kiranya, Naruko ni face mask first brand dari Taiwan yang Shad try. Mula2 tu Shad macam, tak letak harapan tinggi sangat. Lepas try pakai mask ni, memang best rupanya mask dari Naruko ni. Tak rugi Shad beli. Nanti nak beli lagi variasi mask Naruko ni. Shad paling suka sebab sheet mask dia memang perfectly fit dengan muka Shad selain bau best dan bagi kelembapan pada my face. Best best. Harga dia pun sangat affordable. Lagi satu, kotak mask ni boleh guna semula buat box tau. Kreatifnya alahai.


[From Hermo] This mask is specially designed for prematurely aging skin. Coordinating with high effective protective and hydrated formula, it cherishes damage and weak skin and radiates refined and healthy shine. 

3. The Face Shop The Solution Soothing Mask 
Product From: Korea
Price: RM10 - Buy 1 Free 1

Short Intro and My Thoughts​: From Hermo, The Solution Face mask provides honest solution for skin concerns and it's an air-fit material that is soft and light for the skin. Has light & transparent material, with excellent absorbing abilities and incredible smooth fiber structure.

Sebernarnya, Shad tak sempat try lagi mask dari The Face Shop ni. Printed image dekat packaging dia look good in my eyes. Shad beli The Solution Soothing Face Mask (Kaler purple). Essence dia ada bahan Madecassoside (centella asiatica) untuk soothe the sensitive skin. Yang free mask (sebab buy 1 free 1 kan), Shad dapat yang Collagen. This one ada collagen untuk buat kulit yang dah kurang elastic jadi firm and plump. So, nanti Shad try, Shad review on next post. By next month insyaAllah. 


Last but not least, Shad nak cerita sikit pasal Hermo. In short (sebab ramai dah familiar rasanya dengan Hermo, hehe), Hermo ialah online shopping site yang menjual segala macam produk kecantikan. So, kenapa Shad Suka Hermo? Memang banyak sebab Shad suka Hermo. 

Satu: Sebab banyak pilihan. So many beauty brand yang korang boleh jumpa dekat Hermo. Dari Korea, Japan, Taiwan semua ada. Stock barang pun boleh dikatakan always available. Kadang-kadang bila ada sale and produk yang demanding, memang selalu out of stock jugak. Kena tunggu dalam 2-3 hari, baru available. Yang tak bestnya, time kita nak beli, time tengah ada duit, time tengah ada sale, time tu jugaklah barang yang kita nak tu pulak out of stock. Haha. 

Dua: Penghantaran pun cepat. Ship from Johor. Kalau order hari bekerja, tak ada cuti umum apa, dalam masa 3 hari dah sampai dah barang. Paling lama pun, seminggu macam tu saja. Okey lah kan. 
Tiga: Free Shipping kalau order dua barang dan ke atas. Yang ni Shad paling suka. Hehe. Shipping fee pun duit jugak kan. So dekat sini dah boleh jimat. 
Empat: Harga pun ok bagi Shad. Kalau time tengah sale lagi best! Kadang-kadang ada dapat free gift with purchase.

Lima: Boleh kumpul credit. Yang ni paling Shad suka jugak. Setiap pembelian (confirm receive order) boleh dapat credit tau, kalau nak lagi credits boleh post/show off order kita dekat beauty wall, hashtag #hermomy for your haul on Ig and earn 50 free credits, buat review produk yang dibeli dekat website Hermo dan kalau rajin lagi, boleh visit website Hermo hari-hari lepastu klik kehadiran, pun dapat credits tau. Nak tahu lebih jelas, silalah skodeng-skodeng website Hermo ok. Kat mana nak guna credits ni? Gunanya bila kita nak checkout next order. Boleh guna credits ni. So, kuranglah sikit harga yang kita nak bayar nanti. Paling-paling lepaslah buat bayar GST @6%. Ye, Hermo ada GST. 

Overall, Shad memang suka shopping dekat Hermo. Website pun mobile friendly, ada jugak apps Hermo boleh download dekat Play Store, so mudah. Bestnya shopping kalau ada banyak duit kan. Hehe. Dah, tak payah nak membazir beli benda yang tak berfaedah okey. Full review setiap produk nanti Shad akan post entry bulan depan. InsyaAllah. Thank you Hermo. Kalau boleh, setiap pembelian ada free sample ke, lagi best kan. Hehehe.  

Hermo
Website: https://www.hermo.my
Facebook: Facebook.com/HermoMalaysia
Instagram: Instagram.com/hermomy

*This is not a sponsored post. I am not paid to write this blog post. All product review based on my personal experience using the product. The result may varies concerning ones skin type. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here. 

You May Also Like

19 Comment

  1. Salah satu perkara yg menarik untuk zaza beli selain dari bahan yg selamat digunakan.. Adalah packaging. Zaza mmg suka produk2 pakcaging cntik ni.. Hehhe.. Mcm shad share ni.. Suka pulak zaza tgk mask tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Tengok ingredients and packaging. Too cute too resist kan.

      Delete
  2. The Solution tuu best kan tapi haihhh..mahaiii...LOL.. Ooo..tu Naruko yg Shad cite tuu ye...terasa nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahaiii!! Nak beli pun dua kali fikir, hehe. Yes, yes, inilah naruko yg shad story kat ig haritu..

      Delete
  3. Pernah dgr ttg hermo ni..nti nk p usha jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Hermo. Lagi best bila time sale. Hehe..

      Delete
  4. Lol emi sorang aje ke yg belum pernah shopping kat hermo ni? Serious belum pernah. Nanti nak try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try sekali dulu, tapi jangan terjebak tau. Hehe. Kang habis duit gaji ke situ je.. hehehe. Godaan dia tu, susah nak tepis. Hehe..

      Delete
  5. Shopping setahun sekali je kak. Shad skrg pun dah jarang tukar2 produk. Pakai green tea innisfree​ ja dengan yg terbaru cosrx ni. Hehe.. MK nanti dah kaya sikit, nak try jugak lah. Hehe

    ReplyDelete
  6. Produk dekat Hermo pun best kan Shad. . Kalo bukak web Hermo mata tau.

    Done follow blog sekali.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hermo best kalau kita nak barang dalam masa yang cepat, hehe.

      Delete
  7. Baru dengar pasal Hermo ni..anyway kita memang tak pandai sangat bab skincare ni huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am a skincare noob too. Tau yang basic-basic sahaja. Janji bersih kulit muka. Yayy..

      Delete
  8. Cosrx low pH cleanser tu still dalam wishlist lagi emergerd. I have quite a few face cleansers that I need to finish using them up, lepas tu baru boleh beli. Haha. I enjoy seeing your haul!!

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  9. Baru bulan lepas adik hadiahkan mask Pascucci beli di Hermo.my. Best sangat rasa dia calming. Lepas ni nak cuba beli sendiri pulak la, TQ Shad sharing this.

    ReplyDelete
  10. anis pun suka hermo lagi kalau nak compare dengan althea !

    ReplyDelete
  11. cam2 produk kan sekrang. sy first time tengok ni

    ReplyDelete
  12. Sis camna eh nak dapatkan freegift dari hermo?? Confuse huhu dia kata add sebelum check out takdak pun😭😭

    ReplyDelete
  13. sama la shad..sisyat pun suka shopping skincare kat hermo :-)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You