EllVita G-Storm 360 Penyelesaian Masalah Perut

by - March 23, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all. 

EllVita G-Storm 360 Penyelesaian Masalah Perut. Ingat lagi tak minggu lepas Shad ada share pasal Premium Berry? Iya, minuman sedap perasa strawberry, minuman kesihatan dan kecantikan yang berasaskan susu kambing dari EllVita. Klik untuk bacaan. Kali ni, Shad nak share satu lagi produk best dari EllVita iaitu G-Storm 360. 


G-storm adalah minuman pra campuran super goat yang asli. Ianya diperkaya dengan 22 makanan tambahan. Ia diformulakan khusus untuk melegakan masalah pedih ulu hati, gastrik, sesak nafas, badan lemah, pening dan muntah serta membantu masalah penghadaman. G-Storm 360 dari EllVita juga merupakan minuman untuk menambahkan tenaga (energy booster). Ianya adalah ikhtiar kepada kepada masalah perut anda. 

Formulasi dari 22 bahan premium, G-Storm 360 yang membantu meneutralkan keasidan perut ini menjadi pilihan ramai dan ia sesuai untuk seisi kelurga. Rasanya yang unik dengan adanya mint atau pudina memberi kelainan dalam setiap hidangan. Antara ramuan yang terkandung di dalam G-Storm 360 termasuklah papermint, manna gum, black seed, yogurt, apple, spinach, banana, almond, aloe vera, broccoli, white kidney beans, tomato, carrot, clove flower, turmeric, barley grass, green tea, ginger, fennel seeds, f.o.s, goat milk dan stevia.


Ramuan Terpilih Dan Kelebihannya

Peppermint - Membantu proses penghadaman, mengurangkan sakit gastrik, pedih ulu hati, cirit-birit dan rasa loya. Selain itu, melegakan kekejangan, kesakitan perut dan mengurangkan kahak serta membantu mengatasi masalah kegatalan kulit.

Manna Gum - Membantu penghasilan tenaga kepada tubuh badan, menguatkan sistem imuniti (daya tahan badan), mengurangkan kolesterol, anti-oksidan dan membantu mempertingkatkan penapisan buah pinggang, melegakan penyakit gout dan sendi serta melancarkan sistem penghadaman.

Black Seeds - Membantu mengawal paras gula & kolesterol dalam darah, berfungsi sebagai anti-hipertensi. Juga sangat baik dalam merawat masalah perut seperti cirit-birit, angin, kembung perut dan sembelit. Kandungan thymoquinone di dalamnya bertindak sebagai anti-radang & anti-kanser.

Yogurt - Mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi sebagai probiotik yang membantu dalam melancarkan proses pencernaan. I juga kaya dengan kalsium, vitamin B & D, magnesium & fosforus. Yogurt dapat menguatkan sistem imunisasi badan kita.

Apple - Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Juga mengandungi vitamin C, A dan B kompleks. Kandungan serat yang tinggi membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit. Kandungan pectin & glycine di dalamnya bertindak sebagai antacid untuk melawan simptom seperti pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Spinach - Mengandungi 13 flavonoid yang dapat memerangi sel kanser. Bayam juga mempunyai keupayaan untuk melindungi lapisan perut dan mengurangkan risiko gastrik ulser. Kandungan glycocyclerolipids di dalamnya dapat menguatkan sistem penghadaman. Bayam juga kaya dengan mineral, vitamin dan phytonutrien.


Banana - Menguatkan sistem saraf, sumber pembekal tenaga, mencegah enemia, mengurangkan kemurungan, melindungi daripada serangan jantung dan strok, bertindak sebagai probiotik yang merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Merupakan anti-asid semulajadi yang membantu melegakan refluks asid, pedih ulu hati dan GERD.

Almonds - Membantu dalam mengalkalikan sistem pencernaan, mengurangkan pembentukan asid dan menyeimbangkan ph badan. I juga mempunyai komponen probiotik. Mengandungi riboflavin & L-carnitine untuk menyokong fungsi otak yang efektif. I juga sumber vitamin E & anti-oksidan yang menjaga kesihatan kulit dan bertindak sebagai awet muda.

Aloe Vera - Disebabkan oleh fungsi anti-radang dan pelawas, aloe vera sangat baik untuk kesihatan usus anda. Aloe vera membantu proses pencernaan, meneutralkan keasidan perut dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Aloe vera juga boleh mengurangkan risiko ulser perut dan gastritis​. Kandungan zink di dalamnya dapat mengekalkan sistem immuniti yang kuat.

Broccoli - Kandungan vitamin C, sulfur & amino acid membuatkan ia bertindak sebagai ejen detoks yang sangat baik dan membantu membuang radikal bebas dan toksin dari badan. Ia juga tinggi fiber yang dapat merawat masalah sembelit. Magnesium & vitamin di dalamnya dapat mengurangkan keasidan perut, membantu penghadaman & penyerapan nutrient.


White Kidney Beans - Merupakan sumber protein dan kaya dengan serat. Baik until meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) sehingga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, menjaga kestabilan gula dalam darah, mencegah sembelit dan mengatasi masalah gangguan pencernaan.

Carrot - Dapat membantu pesakit jantung, strok, diabetes dan hyperkolesterolemia. Tinggi kandungan beta-karotene yang bertindak sebagai anti-kanser dan memastikan kesihatan mata yang baik. Lobak merah dapat meningkatkan jumlah air liur dan membekalkan mineral penting, vitamin serta enzim yang membantu memudahkan proses penghadaman.

Clove Flower - Kandungan eogenol mampu mencegah terjadinya pembekuan darah sekaligus melancarkan peredaran darah dan membantu mencegah dari sakit jantung dan strok. Meningkatkan sistem pencernaan, mengatasi masalah perut berangin, mengurangkan infeksi pada saluran pernafasan dan mencegah pertumbuhan sel kanser.

Turmeric - Mengandungi nutrien yang sangat baik iaitu curcumin yang membantu mencegah kanser dan Alzheimer. Meningkatkan fungsi hati, mengurangkan risiko leukimia, mencegah masalah depresi dan anti-inflamasi yang bertindak mengurangkan keradangan.

Barley Grass - Kaya dengan vitamin, garam mineral, klorofil yang membantu melenyapkan radikal bebas, mengimbangi ph dalam darah, membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sel-sel badan dan membantu dalam proses pencernaan dan penyingkiran toksin. Membantu meningkatkan stamina, mengurangkan sakit sendi dan otot.

Green Tea - Mengandungi kandungan antioksidan seperti flavonoid dan polifenol yang bermanfaat untuk menjaga sistem kekebalan tubuh dengan baik dan membantu melawan serangan virus dan infeksi. Membantu meningkatkan memori, mencegah kanser, meningkatkan metabolisma, mengurangkan tekanan darah dan membantu penurunan berat badan.

Ginger - Mengekalkan peredaran darah normal, meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus, mengurangkan ketidakselesaan dalam perut dan mencegah barah usus dan menguatkan imuniti badan.

Fennel Seeds - Mengatasi masalah kembung perut akibat masalah angin berlebihan, gas dan asid. Merawat bengkak sendi, sakit badan dan sakit otot, mengawal tahap kolesterol, menambah kuantiti dan kualiti susu ibu, mengawal selera makan dan merawat gejala simptom menopaus.

F.O.S - F.O.S ialah bahan probiotik dan bifidogenic.  Bahan ini memberi khasiat untuk perkembangan bakteria baik di dalam kolon dalam mengimbangi populasi bakteria baik untuk kesihatan usus serta membantu mengurangkan gejala sembelit dan masalah pencernaan.

Stevia - Daun stevia mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan paras gula dalam badan serta membantu sistem penghadaman makanan. Selain itu, stevia juga berupaya mengawal berat badan dan obesiti.

Goat Milk - Susu kambing adalah bersifat alkali dan sangat tinggi kalsium. Selain itu, susu kambing dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh, merawat gastrik, mencegah insomnia, membantu masalah penghadaman dan memperbanyakkan susu ibu.


Banyaknya kelebihan dan kebaikan G-Storm 360 ni kan. Sememangnya pilihan yang tepat untuk anda yang mencari solusi masalah berkaitan perut seperti penghadaman, sembelit, gastrik, pedih ulu hati, perut selalu masuk angin dan kembung dan banyak lagi. Selain masalah perut, G-Storm juga kaya dengan antioksida yang sememangnya sudah diketahui ramai, merupakan agen awet muda dan mencantikkan kulit.  

KEISTIMEWAAN ellVita G-STORM 360'
  • Rasa pudina yang menyegarkan dan sedap 
  • Diformulasikan dengan 22 makanan beralkali yang sangat baik untuk perut 
  • Diperkaya dengan nutrisi penting 
  • 100% Organik 
  • Tanpa bau hamis 
  • Tanpa campuran susu skim atau susu lembu 
  • Tanpa mineral sintetik 
  • Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism) 
  • Tiada krimer tenusu 

PRODUK DIPERCAYAI
  • Produk keluaran muslim bumiputera 
  • Dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012) 
  • Diproses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI 
  • Diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 

Cara Penyediaan: Masukkan 1 sachet G-Storm (25g) ke dalam 120ml air suam dan kacau. Boleh tambah ais jika suka. 
Pengambilan: 1 cawan G-Storm 360 pada waktu pagi, dan secawan pada waktu malam untuk penuhi keperluan seharian dan sumber tenaga kepad tubuh.

REVIEW SHAD MINUM G-STORM 360

Sejujurnya, Shad bukan jenis yang suka minum susu. Tapi lepas cuba G-Storm dari EllVita ni, terus jatuh cinta. Rasanya memang tip top, kena dengan selera Shad. Mungkin sebab ada tambahan papermint, itu yang buat rasa minuman ni lain dari yang lain. Memang sedap sangat, rasa berangin je bila minum. Sejuk sampai ke perut.

Kebaikan yang Shad dapat lepas amalkan G-Storm 360 ni yang pertama, dari segi energy booster. Memang sangat berkesan untuk menambah tenaga. Dua, Shad kurang rasa lapar bila minum G-Storm. Ini memang sangat sesuai kalau korang nak diet. Like seriously my stomach feel full. Tiga, lepas amalkan G-Storm, shad rasa perut makin sihat. Sistem penghadaman pun lebih lancar. Masalah angin dalam badan pun nampak kesan positif, Makin baik. Shad memang jenis badan angin banyak, kalau makan lebih sikit makanan berangin ni (contohnya ubi, nangka) mulalah perut kembung. Tapi dah tak risau sebab ada G-Storm 360. Sangat membantu melegakan perut kembung. Thank you G-Storm. I love you banyak-banyak.

TESTIMONI PENGGUNA G-STORM 360


Jika anda mencari supplement untuk menambah tenaga, yang tinggi khasiat semulajadi disamping menyihatkan perut, membersihkan usus, membuang toksin, menyihatkan badan, memudahkan proses penghadaman, mencergaskan badan, membaiki masalah berkaitan perut seperti gastrik, pedih ulu hati, kembung perut dan banyak lagi kebaikan, Shad memang syorkan korang cuba G-Storm dari EllVita. Alhamdulillah, berkesan. Harganya pun sangat berpatutan. RM60 (small pack), RM120 for large pack. Bagi mendapatkan produk ini boleh terus hubungi:

Contact No: 019. 2020 911
Facebook: EllVita HQ
Website: www.ellvita.com
Instagram: EllVita HQ

You May Also Like

1 Comment

  1. It is really a great and useful information part. I am very good ..
    hotmail login account

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You