Tips Elakkan Tudung Rosak Berlubang Sebab Kerongsang

by - April 20, 2021

Tips Elakkan Tudung Rosak Berlubang Sebab Kerongsang. Greetings all. Morning and happy Tuesday. Cuti baru ni, Shad ada free time, saja lah kemas-kemas almari baju, niat nak asingkan baju mana yang boleh pakai, mana yang dah tak boleh pakai, lepastu nak asingkan tudung bidang 45, letak ke tepi. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, sis dah berazam nak konsisten pakai tudung bidang besar. Change to be better is not a crime kan. Untuk diri sendiri juga. And the rest is history. Doakan sis istiqamah ya. 


So back to the topic, dah kemas-kemas tudung tu, perasan ada beberapa helai tudung yang memang dah teruk gila-gila dekat bahagian pin bawah dagu tu. Tertarik benang, berlubang, berbekas. Ini memang tudung kau latam pakai seminggu 3 kali ni gaya. Haha. Sebab sedap pakai and feeling tudung lawa. Nak lagi kalau tudung tu tudung kau beli harga kayangan. Sayang la kalau rosak cepat.

Letak Getah Sayur Dekat Kerongsang
Apa yang Shad buat sekarang untuk kurangkan kerosakan dekat tudung? Pernah dengar tak this tips, letak getah dekat kerongsang. Kalau pernah, dah cuba belum? Geng-geng gegirl semua yang pakai tudung, cepat try this tips. Memang menjadi. Kurang sikit dah berlubang sis punya tudung lepas try tips ni. Dia nak jadi tarik benang tudung, berlubang besar tu penyebab dia dekat bahagian dalam kerongsang tu kan, so lepas kita letak getah bahagian hujung tu, kerongsang dah tak melekat dekat tudung. Yaayy. Selamat tudung baru sis. Hehe. Okay, boleh bayang dak apa sis duk merepek ni? Haha. Next picture please. Tengok tutorial gambar kat bawah k, cara-cara nak letak getah dekat kerongsang ni. Thank me later. 


Bahan-bahan yang diperlukan
1. Getah sayur 
2. Gunting
3. Kerongsang

Cara-cara/ Step
1. Potong getah sayur kecil-kecil, saiz cube macam tu. Satu potongan untuk satu kerongsang. So kalau ada 50 kerongsang, potongan cube tadi pun perlu 50 ye. Banyak kan kerongsang akak-akak. That's normal. Hahaha. 50 kerongsang, 1 urat getah sayur je dah cukup ni.
2. Start masukkan getah pada setiap kerongsang. Cucuk dan tekan sikit getah tu agak-agak dekat center, tengah-tengah. 
3. Lepastu tarik getah masuk ke dalam sampai hujung. Dah siap untuk satu kerongsang.
4. Teruskan step yang sama untuk kerongsang seterusnya. 
5. Dah siap semua boleh guna macam biasa, pin tudung macam biasa.


Senang je kan. Dah selamat sikit tudung dari cepat rosak, berlubang besar. Nak kata tak tinggalkan kesan langsung tu, tipulah kan. Ada jugak kesan pin, tapi much better, tak de lah sakit mata tengok tudung lubang besar sana sini. Selamat mencuba ya. Ha, satu lagi baru teringat, tips jaga tudung bagi boleh pakai lama tak cepat rosak, pastikan jugak kerongsang yang diguna tu tajam jarumnya. Jarum yang dah tumpul tu pun, mungkin jugak antara penyebab tudung cepat rosak. Kan. Kerongsang yang dah berkarat perlu diganti juga ya. Jadi, selalu-selalulah ganti kerongsang baru ye. Ini, Shad rasa kalau tak beritahu pun, memang selalu berganti. Sebabnya, kau belilah 10 kerongsang pun, last-last tinggal 2, 3 ketul je. Hilang habis. Kan kan.. 


Jenis material kain tudung pun kadang-kadang mempengaruhi jugak. Ada yang material jenis tahan lasak okay la sikit, kalau yang jenis kain nipis, benang tak padat tu macam cepat sikit nak rosak kan. Kita pulak bukan jenis ayu-ayu, memang mendapat lah nak kena tukar tudung selalu. Haha. So, apa-apa pun bolehlah try test tips Shad bagi ni, letak getah dekat kerongsang korang. Boleh bantu jaga tudung lebih lama. InsyaAllah.

Okay beautiful, selamat mencuba. Happy reading, thank you for dropping by. 

You May Also Like

10 Comment

  1. ooo letak getah erk..hehhee..yela, kadg tudung berlubang, geram je

    ReplyDelete
  2. betullah cara nie.. tudung tu selalunya akan tersangkut kat hujung pun tu kan.. nice sharing..

    ReplyDelete
  3. Selalu buat camni.. Haha.. Selamat sikit tudung bila pakai pin

    ReplyDelete
  4. Okay nak buat lepas ni. Sayang tengok tudung ada lubang kesan kerongsang

    ReplyDelete
  5. Haaa ada tgk jugak tip ni..nanti nak try..stress jgk kan klu ada kesan lubang tu

    ReplyDelete
  6. Thanks for this tips, coz i will try it on my blouse.

    ReplyDelete
  7. Menarik Ni. Boleh cuba nanti. Sayang tudung lawa2 berlubang sebab kerongsang je kan.

    ReplyDelete
  8. Kak pun nak try kgk, biasa huna pin jrg xguna pin

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You