Tips Memilih Perniagaan Yang Sesuai Dan Menguntungkan | Perniagaan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat. Perkembangan keusahawanan dan pertambahan usahawan menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif bagi sesebuah negara. Inovasi yang terhasil dari perniagaan akan memperkembangkan penawaran dan kepelbagaian dalam ekonomi.
Islam sebagai al-din yang merangkumi segala bidang telah menyedari kepentingan berniaga ini sejak sekian lama dan memberikan galakan kepada umatnya agar menceburi bidang ini. Walaupun Islam mengiktiraf bekerja di bawah orang lain merupakan pekerjaan yang baik, bekerja sendiri tetap merupakan pilihan terbaik.
Berniaga bukan semata-mata di premis perniagaan. Bahkan, banyak bidang pekerjaan seperti penternakan, pertanian, pertukangan dan sebagainya pasti berakhir dengan urusan jual beli juga bagi memperoleh keuntungan hasil daripada usaha yang digembleng. Namun, perkara yang paling penting ialah sifat benar dan jujur dalam menjalankan urusan berkenaan.
Richworks International adalah merupakan platform dan menjadi sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar usahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Antara Tips memilih perniagaan yang sesuai dan menguntungkan adalah:
1. Pilih Jenis Perniagaan Yang Diminati
- Produk fizikal, produk digital, produk kecantikan, produk kesihatan, jual t-shirt, agen affiliate, agen dropship, servis atau perkhidmatan, produk makanan dan banyak lagi perniagaan yang boleh kita sertai.
- Mulakan perniagaan sendiri atau sertai perniagaan orang lain dengan menjadi agen, dropship atau affiliate.
2. Test Keberkesanan Dan Permintaan Produk
- Pastikan produk/servis yang dijual adalah mendapat permintaan di kawasan tersebut atau di dalam internet.
- Google berkaitan produk/servis kita, jika ramai yang menawarkannya dan banyak carian di internet, maka kita atas landasan yang betul.
- Bertanya di Facebook Group, Facebook fanpage atau Facebook kita sendiri berkaitan produk yang kita ingin jual.
- Kaji permintaan produk dahulu baru produk akan laku keras.
3. Pilih lokasi yang strategik
Lokasi adalah paling penting jika berniaga offline. Lokasi yang sesuai, mudah dicari, selesa, ramai potensi pelanggan dan relevan dengan produk/servis kita.
4. Pilih yang kos permulaan paling rendah.
Jika bajet rendah untuk sewa kedai, boleh mula dari rumah atau secara bergerak atau gerai kecil di tepi jalan.
Jika boleh dilakukan secara online, mulakan secara online di blog atau Facebook.Yang penting bukan kedai, tapi produk/servis kita yang dapat selesaikan masalah pelanggan.
5. Fokus
Berniaga tidak boleh ‘Hangat-hangat tahu Ayam’. Terlalu banyak produk/perniagaan juga akan membebankan dan mengganggu fokus.
Pilih satu perniagaan dan buat sampai jadi, berjaya dan untung. Jangan kejar peluang, tapi manfaatkan peluang yang ada hingga berjaya.
6. Pemasaran
Zaman sekarang, tak ramai pelanggan datang cari kita, kitalah yang perlu cari pelanggan yang perlukan bantuan kita.
- Pilih produk/servis yang keuntungan margin untung bersih tinggi
- Makin tinggi untung sesuatu produk, makin baik. Tapi, pastikan harga yang ditawarkan berbaloi dengan produk dan kualitinya.
Justeru, ilmu perniagaan ini amat luas. Paling penting, sedia belajar tambah ilmu setiap masa dan praktikkan apa yang telah dipelajari. Boleh juga sertai kelas-kelas dan seminar yang ditawarkan oleh RICHWORKS INTERNATIONAL
BERGURU DENGAN MENTOR: DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN
Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.
Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.
Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman Akan Berkongsikan Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes, Selepas Pandemik Dan 2022 Ini Dalam LIVE SESSION
Di Saluran TELEGRAM AZIZAN OSMAN OFFICIAL
0 Comment
Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You