MayterLynn Minuman Berkhasiat Ubi Keledek Ungu dengan Oat

by - October 25, 2017

Greetings

MayterLynn Minuman Berkhasiat Ubi Keledek Ungu dengan Oat. Apa yang kita makan, itulah kita. Percaya atau tidak, antara punca penyakit itu adalah dari makanan yang kita makan seharian. Umun mengetahui, kepentingan mengambil makanan seimbang sangat penting untuk perkembangan tubuh badan dan kesihatan setiap individu. Jika dilihat kepada piramid makanan, jelas menunjukkan makanan bijirin perlu diambil sebanyak satu pertiga daripada diet harian, dan 50% daripadanya berasal dari biji-bijian. 

Serat(fibers) dan nutrien dalam bijirin boleh membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia, juga membantu menghindarkan individu dari obesiti, diabetes, keletihan, kekurangan zat makanan, gangguan sistem saraf, penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan kolesterol dan gangguan usus dan lain lain.


Memahami keperluan tubuh badan, Shad terpanggil dan excited untuk mencuba produk minuman kesihatan baharu dari LaZior iaitu MayterLynn. MayterLynn adalah minuman bijirin campuran Botani Serbuk Ubi Keledek Ungu dengan Dedak Oat (Beverage Mix Purple Sweet Potato Powder with Oat Bran). Minuman bijirin MayterLynn yang berasaskan Ubi Keledek Ungu dipilih sebagai bahan utama minuman ini kerana ia mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Ubi Keledek Ungu kaya dengan Anthocyanin (antioksidan, menghalang radikal bebas, memperbaiki tekstur kulit), Cellulose (membantu penghadaman), Vitamins (mengawal berat badan, anti-kanser), Iron Element (memberi tenaga, anti-penuaan), Selenium (membaiki otot jantung, menguatkan sistem imunisasi) dan Ubi Keledek Ungu juga kaya dengan Amino Acid (meningkatkan kecergasan fizikal).


Terdapat 20 jenis bahan berkualiti terpilih yang digunakan untuk menghasilkan minuman berkhasiat MayterLynn ini. Bahan-bahan ini termasuklah serbuk ubi keledek ungu (purple sweet potato powder), beras perang (brown rice), bijan hitam (black sesame), dedak oat (oat bran), emping oat (oat flakes), beras pulut hitam (black glutinous rice), kacang hitam (black bean), kacang merah (red bean), kacang hijau (green bean), kacang soya (soy bean), black eyed pea, barli (pearl barley), gandum (wheat), Buckwheat, Sorghum Rice, serat larut (soluble fiber), Inulin, serat epal (apple fiber), sebuk minyak biji rami (flaxseed oil powder) dan ekstrak stevia (stevia extract). Banyak bukan? Dan sudah pasti ianya sangat berkhasiat. MayterLynn adalah pilihan yang tepat untuk kesihatan tubuh badan. 

Kebaikan MayterLynn:
1. Menyediakan nutrien yang diperlukan badan setiap hari 
2. Mengurangkan risiko strok 
3. Mengurangkan risiko diabetes 
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung 
5. Mengekalkan berat badan yang sihat 
6. Kurangkan risiko asma 
7. Mengekalkan arteri yang sihat 
8. Mengurangkan risiko penyakit keradangan 
9. Mengurangkan risiko kanser kolon 
10. Menggalakkan tahap tekanan darah yang sihat 
11. Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi 
12. Menghilangkan sembelit 
13. Kaya dengan serat, memberikan rasa kenyang yang panjang
14. Mengimbangi gula dalam darah


Cara Penyediaan MayterLynn
1. Ambil 2 (25g) sudu besar MayterLynn 
2. Tuang 200 ml air panas atau air suam ke dalam cawan 
3. Kacau rata dan sedia untuk nikmati MayterLynn

Sesuai untuk: 
1. Kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas.
2. Ibu yang menyusu, wanita hamil dan wanita yang menopaus.
3. Vegetarian, penghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.


MayterLynn Review
Bekas yang didatangkan bewarna ungu lembut sangat menarik perhatian. Sturdy packaging, plastik yang tahan lasak, tak mudah pecah. Juga disediakan satu sudu di dalam setiap bekas MayterLynn.

Tekstur dalam bentuk serbuk, bau manis keledek ungu dan oat, bewarna keunguan-perang. Rasa MayterLynn ni sedap dan paling Shad suka, tanpa gula. Warna minuman ni lepas bancuh, jadi warna ungu keledek ungu. Tak pekat sangat, tak car sangat. Sedang-sedang sahaja. Overall, memang Shad suka. Sebab MayterLynn ni boleh bagi rasa kenyang yang panjang. Memang sesuai sangat kalau yang nak kurus. Dengan 20 campuran bahan-bahan yang bagus, mengapa tidak untuk secawan MayterLynn setiap pagi. Okey sebenarnya, anytime boleh minum MayterLynn. Sarapan, minum petang ataupun lewat Malam. Semua boleh. Mesti cuba.

MayterLynn adalah dari bahan botani (bahan semulajadi), tanpa pewarna, tanpa bahan pengawet, tanpa gula dan selamat digunakan. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke Facebook LaZior.

You May Also Like

2 Comment

  1. uuuish first time tengok minuman ni..

    ReplyDelete
  2. first time dengar dan tengok minuman keledek..biasa keledek buat makanan je.menarik produk ni.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You