Resipi Ayam Bakar Simple Confirm Sedap

by - July 10, 2021

Resipi Ayam Bakar Simple Confirm Sedap. Happy weekend all. Hujung minggu semestinya waktu yang dinanti. Waktu untuk tenangkan minda, relaxing, spend time dengan family and having me time. Selalu hujung minggu mesti akan masak lebih special dari hari biasa. Sebab semua ahli keluarga cuti, ada di rumah, ada masa untuk makan bersama. Kalau weekdays, semua keluar kerja awal pagi malam baru nampak muka masing-masing. Okay, special resipi today ialah Ayam Bakar.

ayam bakar

Memandangkan nak ambik mood relaxing sebab dah berapa minggu PKP, WFH terperap dalam rumah, Shad and family decide untuk pergi picnic di dusun buah-buahan, dekat dengan rumah. So resipi ayam bakar ni memang resepi mudah dan simple, bahan perap guna yang ada di dapur sahaja. Jom kita start.

bahan perap ayam

Resipi Ayam Bakar Simple Confirm Sedap
Ayam 1 ekor – dipotong dan dibersihkan

Bahan Kisar
4 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
3 batang Serai
5 tangkai Cili Kering – direbus dan dibuang biji

Bahan Perasa
1 1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

resipi ayam bakar

Cara Penyediaan
1. Bersihkan ayam dan potong beberapa bahagian.
2. Kisar hingga halus bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, serai).
3. Gaul ayam dengan bahan kisar dan bahan perasa
4. Perap ayam selama 1-2 jam
5. Boleh mula membakar

Okay dah siap ayam bakarnya. Sorry, terhangus sikit. Haha. Korang nanti kalau bakar, jangan sampai hangus cenggini ya. Rupa tak penting, yang penting rasanya memang sedap, isi ayam pun juicy, kena dengan selera Shad. Rasanya tak pedas sangat, ada manis-manis sikit, ada bau serai plus halia sikit-sikit.

resipi ayam bakar


Bila pergi picnic ni, part yang mencabar tu, part nak tunggu membakar lah. Bakar cara tradisional ni, pakai kayu api semua tu memang makan masa sikit, tapi kesedapan makanan tu, memang win lah kan. Berbaloi gitu. Huhu. Nak bagi isi ayam masak juicy, tak kering sangat, masa balik-balikkan semanggang, bolehlah titiskan dengan ramuan bahan perapan ayam balance tadi. 

Apa-apa pun, sambil bakar sambil relaxing makan buah-buahan, tengah musim buah-buahan kan sekarang ni, layan view dusun buah-buahan. Enjoy the weekend gaiys. Selamat mencuba resipi ayam bakar simple confirm sedap ni ya. InsyaAllah menjadi.

You May Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You