RMHC Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Untuk Anak Istimewa

by - March 16, 2022

RMHC Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Untuk Anak Istimewa. Baru-baru ini pihak McDonald’s Malaysia sekali lagi telah menabur jasa dengan membantu warga kita. Kalau nak tahu, pihak McDonald’s Malaysia memang dari dulu lagi selalu sangat buat kerja amal. Terlalu banyak projek amal mereka lakukan hingga dah tak terkira dengan jari kaki tangan. 

Saya selalu melihat kempen mereka yang dikongsikan oleh pihak media dari masa ke semasa. Saya selalu juga membaca kempen-kempen masyarakat oleh pihak McDonalds Malaysia dari blog Sis Hawa. Banyak betul kempen terbaru sampaikan saya rasa, bagusnya pihak McDonalds Malaysia ini sebab benar-benar prihatin dengan masyarakat. 

Paling tak sangka, bukan hanya bertumpu di ibu negara, pihak McDonalds Malaysia berikan sumbang hingga ke negeri Perlis. Bukannya dekat tu, kerana ibu pejabat McDonalds pastinya terletak di Kuala Lumpur kan? Ini membuktikan, betapa bersungguhnya pihak McDonalds nak berikan bantuan pada pihak yang memerlukan. 

Di Perlis ini, pihak McDonalds memberikan sumbangan dalam bentuk sebuah bilik terapi sensori khusus untuk kanak-kanak OKU gunakan bagi meningkatkan perkembangan semasa anak-anak istimewa ini. 

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya hari ini.  Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.  

RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  

Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Majlis hari ini juga menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 

Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti. 

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”

Bagi pendapat peribadi saya, patut diteruskan untuk masa-masa akan datang. Saya sendiri ikut rasa berbesar hati kerana saya mengaku, saya juga merupakan salah seorang pelanggan setia McDonalds Malaysia.

You May Also Like

1 Comment

  1. A business consultancy and advice organisation, VVAS Accounting & Auditing Solutions, specializes in risk management Corporate Tax In Dubai, recovery, and expansion plans for small and medium firms.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You