Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

by - January 10, 2015

Greetings!

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun

Apabila sebut sahaja Jepun, benda pertama yang terlintas di fikiran kita adalah 'Negara Matahari Terbit'. Betul kan. Maklum mengetahui negara yang mempunyai kepadatan penduduk lebih kurang seramai 129 juta itu merupakan antara destinasi pelancongan utama pilihan ramai. Antara bandar-bandar besar ni Jepun termasuklah Tokyo, Yokohama, Osaka, Nagoya, Sapporo, Kobe, Kyoto, Fukoaka, Kawasaki, Saitama dan lainnya. Lebih dari 99% penduduk Jepun bertutur dalam Bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda. Ya, orang Jepun sangat bangga dengan Bahasa mereka dan maklum mengetahui penduduk negaranya sangat mementingkan masa, sangat menjaga kebersihan dan beretika/berakhlak dan mempunyai adab yang baik.

Sebab Kenapa Jepun Mesti dijadikan Destinasi Pelancongan Utama :

  • Pengalaman Merasai Tradisi Purba - Yang ini sangat menarik. Ok, semua tahu Jepun terkenal dengan Samurai. Salah satu sebab kenapa perlu ke Jepun adalah kita boleh dapat pengalaman merasai culture Samurai di Aizu Bukeyashiki (Aizu Samurai Residences). Banyak lagi pengalaman menarik yang boleh diterokai di Jepun termasuklah tea ceremony, sumo wrestling, dan merasai suasana menginap di rumah penginapan tradisional Jepun.
  • Mercu Tanda Bersejarah - Masih ingatkah lagi anda tentang peristiwa sejarah tentang bom atom di Hiroshima dan Nagasaki suatu ketika dahulu. Atomic Bomb Dome di Hiroshima City merupakan Monumen yang dibina untuk memperingati Tragedi Perang Dunia II di mana dunia mengetahui tragedi bom atom suatu ketika dahulu. (Info - Sini)
  • Gadget, Robot and Teknologi - Tidak lengkap sekiranya tidak menjejakkan kaki ke negara yang terkenal dengan Gadget, Robot dan berteknologi ini kan. Ya, benda yang wajib dicuba adalah Japanese ‘washlet’ toilets. Toilet ni patut ada kat seluruh dunia. Sangat bersih. Dengan melihat teknologi-teknologi di negara Jepun, mungkin boleh memberikan kita inspirasi dan semangat untuk maju sepertimana negara Jepun bukan.

credit to : http://japantravelmate.com/

  • Anime, Manga dan Permainan Video - Sangat luar biasa jika ditanya kepada seseorang jika dia tidak mengetahui apa itu Doraemon kan. Seluruh dunia mengetahui Jepun sememangnya terkenal dengan penghasilan Anime dan Manga. Sesekali dapat menjejakkan kaki ke negara Matahari terbit ini, apa salahnya melihat-lihat hasil seni dan kreativiti mereka. Cartoon obsession, you should be there one day!
  • Shinkansen - Shinkansen merupakan keretaapi laju di Jepun. Pengangkutan yang sangat effisyen di Jepun ini wajib dicuba. Selain itu, apa yang menariknya di Jepun, anda masih boleh melihat banyak basikal yang digunakan sebagai pengangkutan di kebanyakan jalan di Jepun. Mereka masih menggunakan basikal untuk ke tempat kerja, ke pasar, sekolah dan sebagainya. Sangat mengimbau memori kan.
  • Sushi dan Onigiri (Nasi Kepal)Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. Makanan yang digermari penduduk seluruh dunia ini patut dicuba sendiri di Jepun. Onigiri juga antara makanan yang wajib dicuba.

http://en.japantravel.com/

  • Aktiviti Luar/Lasak di Gunung Fuji - Jika anda sukakan aktiviti luar dan lasak, maka Gunung Fuji di Jepun haruslah ditakluki. Ketinggiannya yang mencecah 12,355 kaki itu akan melakarkan memori yang terindah buat sesiapa sahaja yang mendakinya.
  • Tempat Menarik - Tidak terbilang jika nak disenaraikan di sini tempat-tempat menarik di Jepun. Antara yang menarik perhatian termasuklah Suspension Bridges of the Sumatakyo / Shizuoka, Bamboo Groove di Arashiyama, Naruto Whirling Waves / Tokushima, Kouri Bridge / Okinawa, Kawachi Fuji Garden/ Fukuoka dan banyak lagi. Jom tengok senarai 30 reasons to go to Japan. Anda pasti terpukau dengan keindahan pemandanganya. Subhanallah. Cantiknya. Teringin nak ke Jepun.

en.japantravel.com (Suspension Bridges of the Sumatakyo / Shizuoka)

  • Rakyat Jepun yang sangat sopan - The thing that I want to see most is when 'No speaking on your cell phone when using public transportation' di Jepun dan 'No eating and walking' yang menjadi amalan rakyatnya.
  • A lot of  Festival (Matsuri) in Japan - Lagi yang sangat menarik tentang Jepun adalah, Festival atau pesta yang sangat banyak di sana. Antara yang menarik termasuklah Sapporo Snow Festival (Hokkaido), Lake Shikotsu Ice Festival, Cherry blossom festivals dan banyak lagi. Baca selanjutnya di http://en.wikipedia.org/wiki/Japanese_festivals - credit info.

Menarik bukan negara Jepun ini. Banyak lagi yang boleh diterokai di sana. Tidak hairanlah jika Jepun merupakan negara yang disenaraikan sebagai satu destinasi pelancongan utama. Sungguhpun sudah berkali-kali ke Jepun, ia tidak akn membuatkan seseorang merasa jemu untuk ke sana lagi. 

Pakej pelancongan ke Jepun

Rugi rasanya jika tidak mengambil peluang sekali seumur hidup untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Anda ingin melancong ke Jepun dengan harga bajet? Jangan risau, Japan Budget Trip [ klik ]ada untuk merealisasikan impian anda untuk ke Jepun.

pakej pelancongan ke jepun

Teringin merasai salji dan melihat keindahan bunga Sakura, Japan Budget Trip ada menawarkan pakej JAPAN BUDGET TRIP 2015 (SNOW & SAKURA) [KLIK] bagi yang berminat.

Antara tempat lawatan termasuklah Tokyo Disneyland, Day Trip to Gala Yuzawa (Ski Resort/ Shinkansen), Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/ Ski Resort/ Shinkansen ride).

pakej pelancongan ke jepun

Satu lagi pakej pelancongan ke Jepun yang sangat menarik perhatian Shad adalah Japan Budget Trip - JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) [klik]. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Jepun dengan harga bajet bersama dengan Japan Budget Trip. 

======================

Maklumat lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Blog : http://ayaharif.blogspot.com/

======================

pakej pelancongan ke jepun 

Entry ini ditulis khas untuk penyertaan "Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA" di blog http://ayaharif.blogspot.com/

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

You May Also Like

14 Comment

  1. memang menjadi pilihan bila nak melancong nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. kalau ada yang sudi nak sponsor lagii lah best kan.. :D

      Delete
  2. Amboi hadiah utama dia. macam seronok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, melancong ke Jepun PERCUMA.. Jom join sama kak..

      Delete
  3. memang best g sana.. aboh akak pernah p ada org sponsor kat dia tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. besnya abah akak, lg2 dpt g ad org sponsor,

      Delete
  4. selalunya makanan memang best tak kira la kat mana pun :D.. bila la dapat pergi sana ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckp bab makan mmg no.1
      Setuju dgn sis, tak kira memana pun, mmg sodap.

      Delete
  5. Terima kasih kerana menyertai... :)

    ReplyDelete
  6. Saya nak pergi Jepun jugak, bestlah kak boleh pergi sana :(

    Saya nak share sikit info bagi siapa yang perlukan servis bina laman web, layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my untuk dapat info terkini

    Thank you

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You