Concealer Tutup Kekurangan Pada Wajah

by - June 30, 2015

Concealer Tutup Kekurangan Pada Wajah. Anneyong haseyo everyone. I’m back with a new beauty entry. Hari ni nak cerita tentang concealer. Kalau sebut compact powder, lipsticks, mascara memang sedia maklum semua tahu. Concealer? Ya, kalau orang yang pakai make-up confirm pernah dengar, pernah guna dan tahu apa itu concealer. Bagi yang baru pertama kali dengar, berikut sedikit maklumat dan panduan tentang concealer bagi yang ingin mencubanya.

Concealer mempunyai keistimewaan untuk menutup kekurangan pada wajah. Teksturnya seperti bedak asas dan boleh didapati dalam bentuk cecair, krim, gel atau padat. Pemakaian concealer ialah pada bahagian tertentu sahaja, bukan untuk keseluruhan wajah anda. Concealer akan menaikkan seri wajah dan nampak flawless tanpa sebarang binik hitam, jeragat, jerawat dan bayang hitam bawah mata.

make up concealer

Fungsi Concealer


  1. Pemakaian concealer untuk menutup bintik hitam dan bekas jerawat pada wajah sekali gus menampakkan kulit lebih halus.
  2. Bagi yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, consealer berfungsi untuk menutup masalah ini.
  3. Menyamakan warna kulit tidak sekata.
  4. Turut berfungsi untuk mebentuk 'shading' pada pipi yang bulat, supaya nampak lebih tirus.
  5. Concealer juga dapat menyamarkan hidung yang kurang mancung dan menyembunyikan dagu yang berlipat.
Pemilihan Warna Concealer

Perkara paling penting dalam pemakaian concealer ialah pemilihan warna yang tepat serta cara mengaplikasikannya dengan betul. Tips memilih warna concealer yang betul ialah dengan menyapukan sedikit concealer pada pergelangan tangan bahagian dalam. Pemilihan warna yang paling ideal ialah warnanya lebih gelap berbanding warna kulit kita. Jika guna warna yang lebih cerah, secara tak langsung akan menonjolkan kekurangan pada wajah kita. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, pakai concealer selepas anda pakai pelembab supaya hasilnya nampak lebih sempurna. Kemudian barulah sapu bedak.

Pemakaian Concealer

Apabila apply/mengaplikasikan concealer, seeloknya guna jari sahaja. Menggunakan jari secara tak langsung dapat kawal jumlah concealer. Concealer selalunya banyak digunakan di bawah mata untuk menutup kesan lebam akibat kurang tidur. Ratakan menggunakan jari di kawasan yang anda nak dengan cara menekan. Maksudnya kat sini, anda 'dap, dap, dap' kan sahaja. Selain jari, boleh juga gunakan berus yang dikhaskan.

concealer pencil

Jenis Concealer

  1. Krim - Dimuatkan dalam pelbagai bentuk kemasan. Contohnya dalam bentuk pensel, 'tube' dan sebagainya. Formula dan teksturnya lembut dan sesuai digunakan untuk menutup kekurangan pada wajah yang kering dan menyamarkan lingkaran di bawah mata kerana ia tidak menggumpal.
  2. Padat - Teksturnya lebih padat berbanding jenis krim. Jenis ini sesuai untuk menutup jerawat besar.
Jenis Kulit

Untuk kulit berjerawat pilih concealer yang mengandungi ubat jerawat (oriflamme Tea Tree Cover Stick). Untuk lebih berkesan, pilih 'concealer stick' yang turut berfungsi sebagai bedak dan foundation. Untuk menutup bekas luka ataupun kesan jerawat yang teruk, pilih consealer yang teksturnya pekat.

Tips Penggunaan Concealer

  1. Jika terdapat lingkaran di bawah mata, pastikan anda pilih concealer bewarna peach untuk mengurangkan kesan ini.
  2. Jika lingkaran bawah mata bewarna hitam/kelabu, pastikan concealer bewarna 'pink' untuk mengurangkan kesan lingkaran gelap ini.
  3. Untuk menyamarkan bintik hitam, gunakan concealer jenis pekat.
  4. Bagi memastikan sapuan concealer tahan lebih lama, letakkan sedikit loose powder dengan campuran concealer, kemudian baru disapukan pada wajah. Selain tahan lebih lama, ia juga dapat memastikan hasil yang lebih natural.
  5. Untuk mendapatkan hasil yang lebih natural, gunakan concealer selepas memakai foundation. Maka tak perlu kita guna concealer dengan kuantiti yang banyak sebab foundation telah menutup semua yang kurang sempurna pada wajah. Credit sumber dari majalah dara.com. 
Ha, macam mana, dapat tak serba sedikit info tentang concealer. Semoga bermanfaat.

BIGBANG nak datang Malaysia lah 24 July 2015 --> You could be the next Malaysian to meet BIGBANG LIVE in KL for FREE!

You May Also Like

6 Comment

  1. memang tak pernah pakai concealer ni sha...maklumlah bersolek pun ala kadar je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita kak, bersolek ala kadar, pakai bb cream saja.. hehe :D

      Delete
  2. Apart from menutup cela ni, I use concealer for highligting and also eye primer. Works well \o/, 1 product boleh guna untuk semua~ Jimat2x, hehee

    ReplyDelete
  3. tak pernah pakai concealer..terdetik juga nak pakainya..hahaa

    ReplyDelete
  4. Tak pandai nak pakai semua ni..hehehe...xsuka make up :)

    ReplyDelete
  5. rasanya penah la pakai time2 join teater while study dulu.. sbab nak duduk depan sportlight jadi mmg perlu la mekap2 sebegini hohoho..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You