Resipi Popia Nestum Sedap aka Biskut Suci Dalam Debu

by - June 13, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

Resipi Popia Nestum Sedap aka Biskut Suci Dalam Debu. Salam Ramadhan everyone. Ramadhan dah nak meninggalkan kita, semoga kita beroleh nikmat dan hikmah darinya. Tak berapa hari lagi dah nak raya. Macam mana persiapan raya anda? Dah complete belum? Shad ada baju raya sahaja, lain-lain, dekat nak raya nanti baru pergi shopping. Last minute sangat kan. Apa-apa pun, jangan berlebihan, jangan membazir, ye dak? Ok, hari ni Shad nak share resipi biskut raya favorite Shad, Popia Nestum aka Biskut Suci Dalam Debu. Biskut yang sangat simple dan menggunakan bahan yang simple. Cumanya bila buat sendiri ni, take time la jugak untuk first try. 

Jujurnya, ini kali pertama Shad buat sendiri Biskut Popia Nestum ni, sebelum-sebelum ni memang kidnap satu balang dekat rumah cousin, sebab dia memang suka buat kuih raya and biskut raya, kidnap sebalang memanglah tak berbekas. Hehe. Untuk first try ni, Alhamdulillah menjadi biskutnya. So, kalau anda pun baru first time nak buat biskut ni, InsyaAllah akan menjadi, sebab simple saja nak buatnya. Ok, follow step di bawah ya kalau ada yang nak try buat. Shad buat guna 1 bungkus popia, dapat dalam 3 balang sederhana besar.


Resipi Popia Nestum aka Biskut Suci Dalam Debu (3 balang sederhana besar)

Bahan-bahan 
1 Bungkus kulit Popia (sebungkus ada 40 - 50 helai macam tu) 
Sedikit Tepung Gandum untuk dijadikan gam kulit popia
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk Saduran
1 cawan Nestum
1/2 cawan Susu Tepung 
1/2 cawan Gula

Cara Penyediaan

1.Bancuh sedikit tepung gandum dengan air untuk membuat gam pelekat untuk kulit popia. (Kepekatan dia sedang2 sahaja).


2.Gulung kulit popia jika anda suka bentuk gulung ataupun boleh buat bentuk suka hati, main lipat-lipat lepas tu gunting sahaja. Untuk popia gulung, anda boleh gulung dari bucu ke bucu, lepas gulung gamkan hujung bucu tersebut. Ataupun boleh gulung secara melintang, kemudian gamkan di bahagian tepinya menggunakan bancuhan tepung gandum tadi. 


Kalau nak buat bentuk segi empat @ bentuk suka hati pun boleh. Gunting kulit popia, buat 12 atau 16 bahagian. Setiap satu bahagian kecil tu pulak lipat-lipatkan dia lagi, lepastu jangan lupa gamkan dengan bancuhan tepung bahagian hujung lipatan terakhir. 


3. Dah siap gulung lipat gunting kulit popia tadi, bolehlah mula menggoreng. Api sederhana supaya tak hangus dan masak rata. 

4. Bila dah nampak sedikit kekuningan, dah boleh angkat dan toskan. Letak ke tepi biar dia sejuk sesikit. 

5. Sementara menunggu kulit popia tadi sejuk, kita buat saduran nestum.


Cara Penyediaan Debu/ Saduran Nestum

Masukkan semua Gula, Nestum dan Susu Tepung ke dalam pengisar kering. Kemudian blend halus. Siap blend saduran nestum, alihkan ke dalam bekas.

6. Popia yang dah ditoskan dan disejukkan sedikit tadi boleh terus masukkan ke dalam bekas saduran nestum. 


7. Gaul perlahan kulit popia goreng dalam bekas saduran Nestum supaya melekat rata. 

8. Dah siap. Simpan di dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dihidangkan di hari raya. 


Okey, mudah sahaja kan biskut Popia Nestum aka Suci Dalam Debu ni. This is my everytime favourite. Tak raya pun boleh buat, cuma tak boleh buat selalulah sebab bajet terlebih. Hehe. Kalau kata korang tak suka Susu, boleh ja ganti dengan dengan Milo atau Horlick. Kalau pakai Milo, nanti tak jadilah Suci dalam Debu, dia jadi Secoklat Debu Cintaku.. Hihi. Gurau saja k. 

Selain popia nestum, boleh juga dipelbagaikan variasi, penggemar keju, boleh buat popia cheese. Resipi masih sama, cuma bahan saduran gantikan dengan cheese powder dan tambahan sedikit serbuk cili untuk spicy taste. Bagi yang sukakan sambal, boleh buat popia sambal sira

Okey, selamat mencuba ya.

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You