ganti solat epas periodmasalah wanitasolatsolat gantisolat perlu ganti bagi wanita selepas haidwanita haid
Solat yang Perlu diganti Perempuan Selepas Haid
Greetings and Assalamualaikum to all.
Salam Jumaat. 26.06.2015 | 9 Ramadhan 1436H. Hari ni nak kongsikan sedikit info yang berkaitan dengan wanita. Wanita semua, perlu ambil perhatian tentang ini ya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Solat yang Perlu diganti Perempuan Selepas Haid. Kebanyakan wanita Islam tak berapa perasan dan lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini . Ilmu Fekah, khususnya bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi? Amat susah untuk mencari seorang guru yang betul² pakar dalam bab "orang² perempuan ini" kecuali terpaksa merujuk kepada lelaki.
Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam:
"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menggantikan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?", pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "Itu soalan mudah je, bila 'datang period' maka solat itu tak perlu ganti, yang perlu ganti hanya puasa saja".
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa. Sebenarnya tak begitu mudah bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali. Di dalam kitab tersebut, ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu .
Dalam bab tiga :
Perkara yang ke-7 disebut dengan jelas dalam kitab tersebut perkara yang berkaitan tentang haid iaitu penjelasan terhadap solat yang perlu diganti bagi perempuan yang didatangi haid:
- Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak 1 rakaat, maka baginya wajib ganti solat zohor dan asar.
- Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isyak sebanyak 1 rakaat, maka wajib baginya ganti solat Maghrib dan Isyak . Hal ini (ganti solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam.
Huraian masalah :
- Kenapa perlu diganti solat Asar dan Zohor?
Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas). - Kenapa pula solat Zohor juga perlu diganti sama?
Kerana di dalam hukum menjamak (menghimpun solat bagi orang musafir), solat Asar boleh dijamak dan diqasarkan bersama solat Zohor Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah untuk menjaga hukum, maka perempuan itu juga perlu mengganti solat Zohor. - Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isyak sebab darahnya kering masih dalam waktu Isyak.
Solat Isyak juga boleh dijamak (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diganti solat Maghrib. Di atas kecuainnya (tidak betul2 melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat), maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku). Maka langkah menjaga hukum maka adalah bagi perempuan itu perlu diganti juga solat Maghribnya .
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke-2), cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Nota tambahan : Sekiranya mandi hadas pada esok pagi, maknanya wajib ganti solat maghrib, isyak dan subuh.
p/s: Adapun, ianya hanya sekadar perkongsian untuk sebarang pertanyaan lanjut atau kurang faham, atau nak mendalami kitab, adalah terlebih baik rujuk pada guru-guru yang murysid dan bertalaqqi di madrasah/pondok.
6 Comment
thanks for sharing shad...
ReplyDeletethanks for sharing this great piece of entry shad...
ReplyDeletethanks for sharing..
ReplyDeleteye betul...ramai yg tak tahu..perlu ganti sekiranya haid dah kering dalam waktu asar sedangkan waktu asar masih belum habis...maka wajib solat asar tersebut
ReplyDeleteThank for sharing Shad :)
ReplyDeletedulu pun CT tatau ni.. main hentam buat2 faham.. makin dewasa adalah kesedaran nak tuntut ilmu kan.. bru tahu dan trasa diri jahil sangat.. huurm.. bagus Shad.. biar lg ramai tahu psal ni..
ReplyDeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You