Kenangan Manis | Day 18
Greetings and Assalamualaikum to all.
Kenangan Manis | Day 18. Start the day with something sweet and end it with something sweeter. Yang indah manis itu memang kita semua suka. Tapi tak semua yang manis itu baik untuk kita. Dan tak semua yang pahit itu tak baik untuk kita. Apa-apa pun, ambil semua yang berlaku itu ke arah yang positif.
Kita kena ubah dari victim mindset kepada mastery mindset. Sebagai contoh, hari ini malang tak berbau, tiba-tiba kena ragut, duit habis kena kebas. Orang yang berfikiran victim mindset akan menyalahkan, mencaci, mengutuk si peragut. Salahkan diri kenapa tak hati-hati, kenapalah cuai, dan banyak lagi kenapa. Apa yang dapat? Sakit hati sendiri yang dapat. Tetapi lain pulak untuk mereka yang mengamalkan mastery mindset. Mereka berfikiran positif dan akan berfikir, ya mungkin duit yang dikebas itu bukan rezeki kita. Hilangnya duit yang dikebas itu mungkin untuk menyucikan harta atau dosa kita yang kita tak sedar kita buat sebelum ni. Dengan mastery mindset, hati pun terasa lapang.
Okey, dah macam nak bagi motivasi pulak entry ni. Sebenarnya nak cerita kenangan manis-manis. Alhamdulillah untuk rasa gembira dan bahagia yang Allah pinjamkan buat kita.
Manis Nombor 1
Dapat Grad dengan jayanya dan buatkan mak dan ayah happy dan berbangga dengan anak sulungnya ini. Saya kan anak manja mak dengan ayah. Hehe. Semoga manisnya rasa bahagia itu berterusan buat mak dan ayah dengan hadirnya kami adik beradik sebagai anak-anak yang soleh dan solehah. Amin. Mudah-mudahan. Terputusnya amalan seorang anak Adam kecuali tiga perkara. Sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh.
Manis Nombor 2
Dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik hati, memahami dan baik akhlaknya untuk bersama-sama dalam meniti liku-liku hidup seorang insan kerdil. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat for being with me all this time. Terima kasih kerana anda pernah dan akan sentiasa hadir di dalam hidup seorang Shad. Thank you friends. You know who you are.
Manis Nombor 3
Seoul, South Korea. Menghayati keindahan alam tanpa ada gangguan merupakan memori indah dan manis untuk dikenang selagi masih punya nafas. Siapa yang tak suka holiday kan? Dan jika berkesempatan dan ada rezeki suatu masa nanti, impian yang diharapkan oleh semua Muslim pastinya ialah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tercapai. Subhanallah. Allahuakbar.
Cukuplah tiga yang manis Shad coretkan di sini. Selebihnya biarlah ia terus menjadi rahsia daku selamanya. Acewah, gaya macam banyak sangat je ek? Hehe. Alhamdulillah, cukup untuk mewarnai hidup seorang insan.
Thank you all for reading.
1 Comment
INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA
ReplyDeleteKharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
Memiliki link alternatif : KharismaPoker.net.
CS nya banyak , jadi pelayanannya cepat.
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya.
Bonus CASHBACK 0,5% setiap minggunya.
Contact resmi kharismaPoker :
Telp :+85588278896
BBM;dc7cdd80
Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You