Perangai Manusia Yang Tak Disukai | Day 26
Greetings and Assalamualaikum to all.
Perangai Manusia Yang Tak Disukai | Day 26. Kalau boleh nak list kan semua perangai yang negatif. Yang negatif semua Shad tak suka. Kalau tanya manusia lain pun, rasanya inilah jawapan yang paling general dan boleh mewakili semua sifat buruk individu. What goes around come around. Right. Konsepnya mudah. Kalau kita tak nak orang buat something bad dekat kita, kita pun kena behave perbuatan kita juga. What you give is what you get. And if possible try not to blame other dengan segala yang berlaku. Sebab this is what we call life. Isn't. Everything happen for a reason thou. Jangan salahkan takdir. Ini ujian hidup kita sebagai seorang hamba. Kena terima dengan hati yang terbuka.
And, on behalf of the challenge, I'm just trying to list down some behavior that I dislike. Hopefully, I am not fall under these behavior that can cause people feel upset about me. I want to be a good person with a good heart coz I was hoping that a good person with good heart will come to me as a reward. Here are the list.
Perangai Manusia yang Shad tak Suka
Tak bertanggungjawab
Shad paling tak suka dengan manusia yang tak bertanggungjawab. Tak bertanggungjawab as in as sifatnya itu yang akan menyusahkan orang lain, yang akan membuatkan orang lain yang menderita. Contoh, seorang ayah yang tak ambil peduli tentang makan minum anak-anak, nafkah tak pernah bagi, lagi pulak selalu nak pukul-pukul isteri. Mintak berpisah secara elok, tak mau lepas. Kalau sayang buat cara sayang. Ni gantung tak bertali lepastu buat jugak sifat tak peduli tak bertanggungjawab tu. Tau nak mengikis harta bini saja! Fuh, berasap telinga cerita bab ni.
Penipu
Lagi satu sifat manusia yang Shad tak suka ialah penipu. Manusia yang menipu manusia lain untuk kesenangan diri sendiri is the worst. That's not a good attitude. Lagi-lagi kalau orang yang menipu tu orang yang memang kita kenal lama. Orang yang kita percaya. Rasa macam kena stab dua kali. Hanya mampu bersangka baik sahaja. Maybe dia ada masalah. Maybe dia ada reason tersendiri yang kita tak tau. Hikmahnya, mungkin kita akan nampak suatu masa nanti? Siapa tahu kan.
Mengambil Kesempatan
Juga tak berapa suka manusia jenis yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan yang kita taburkan. Macam dalam dua muka la lebih kurang. Ada dua personaliti. Depan kita pijak semput pun tak mati, belakang, tikam kita dari belakang. Kita buat baik dia balas jahat. Dia buat baik dengan kita sebab ada niat yang tersembunyi. Mungkin dalam sedar ataupun tak sedar. Tak pun memang itu perangai dia. Bukan yang muda-muda sahaja ada perangai macam ni, yang dah tua pun sama naik sahaja. Dah jadi tabiat agaknya. Pihak yang satu lagi ni, punyalah baik dengan dia, sahabat sampai penghujung nyawa lah kata. Kita buat baik dibalasnya dengan tahi pulak.
Dengki dan Khianat
Ini memang seram sikit sebenarnya. Manusia ni rambut sahaja hitam, tapi hati lain-lain. Hati yang baik suci murni tu, Alhamdulillah. Semoga berterusan. Hati yang kelam kelabu dikaburi rasa dengki itu InsyaAllah boleh kita ubah, kita kikis dan perbaiki ke arah yang lebih baik. Apa yang menakutkan adalah perasaan dengki dan iri hati manusia itu yang boleh membawa kepada perbuatan khianat kepada insan yang didengki.
Memang ada manusia yang tak suka orang lain dapat lebih darinya, lebih bahagia, lebih harta dan sebagainya sehingga ada yang sanggup menghantar santau dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik. Mintak simpang. Sebab itu kita kena hidup dalam keadaan yang sederhana, sungguhpun dalam bank ada duit berjuta lemon. Tujuannya inilah, bagi mengelak dari terjebak dengan manusia yang berperasaan iri hati dan dengki ini. Lagipun, memang tak baik kan nak menunjuk. Riak dan takbur apa tah lagi.
Memperlekehkan Manusia Lain
Ini lagi satu sifat manusia yang Shad kurang suka. Tak baik tau buat pandangan sinis, cakap ayat-ayat sinis memperlekehkan manusia lain. Boleh terguris perasaan tau. Siapalah kita nak menilai luaran manusia, siapalah kita nak menilai apa yang dia tak ada kita ada. Allah tak tengok pun semua benda-benda duniawi ni. Jadi, tak perlulah nak bermegah dengan apa yang kita ada sekarang, sebab semuanya itu dari Dia Yang Maha Pemurah yang memberikan rezeki kepada kita. Harta kekayaan, pangkat semua tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Tapi jika anda kaya, anda tak riak, anda besederhana, anda suka bersedekah, dan tak menunjuk-nunjuk, maka pahala untuk anda.
Itu sahaja yang Shad terfikir buat masa ni. Kita manusia, tak sempurna. Mana yang kurang elok, kita perbaiki. Mana yang dah elok, kita percantikkan dan mudah-mudahan berterusan. Hati manusia kan boleh berubah-ubah. Hari ni kita jahat, esok lusa kitalah yang paling baik. Yang sedia baik pulak, tak semestinya akan sentiasa baik, sebab itu kita kena rajin berdoa mintak pada Allah moga ditunjukkan jalan yang lurus. Amin ya rabbal alamin.
Thank you all for reading.
Credit image: Google
1 Comment
Perangai manusia mcm2 kan... kena berwaspada sahaja...
ReplyDeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You