Pengalaman Seram Saya | Day 12

by - January 16, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

Pengalaman Seram Saya | Day 12. This is my first time bercerita tentang pengalaman seram. Yeah, Shad seorang yang penakut. I am not brave enough kalau ada orang challenge nak test berani ke tidak kalau you need to stay alone in a haunted house atau tempat-tempat sunyi. Macam cerita Detik 12 Malam tu. Sungguhlah, bukan saja-saja nak pergi berhuhu sensorang. Hari ni nak cerita kejadian dan pengalaman yang boleh dikatakan seram jugaklah untuk shad. 


Kejadian ini berlaku pada tahun 2008 semasa Shad di tingkatan 5 di asrama Maahad. Kejadian ni dah lama, tapi masih segar lagi di ingatan. Suatu pagi (dalam jam 2 pagi if I'm not mistaken) di bilik study tingkat bawah, Shad dan kawan baik Shad, Ainin tengah sedang elok study. Sebab dah nak dekat ujian percubaan SPM. Memandangkan hujung minggu, bilik study tingkat bawah tu memang always open kalau ada yang nak stay-up. Menganjak ke pukul 12 tengah malam, seorang demi seorang penghuni asrama yang berada di dalam bilik study naik ke bilik masing-masing. Sehingga akhirnya tinggallah Shad dengan best friend Shad ni. 

Jam menganjak ke pukul 1 pagi. Mata kami segar lagi masa tu. So, kami decided untuk stay lebih lama di bilik study tingkat bawah. Sambil-sambil mentelaah pelajaran, sambil-sambil discussion, selang2 la dengan menyembang sekali. Hehe. Sebab I can't bear the silence for too long dengan waktu pagi buta macam tu. 

Jam menganjak ke pukul 2 pagi. Suasana ketika itu sangat hening. Sunyi dan sejuk. Tengah-tengah kesunyian itu, tiba-tiba dengan kuatnya terdengar suara anjing menyalak. Kuatnya salakan anjing tu bagai ia berada betul-betul di hadapan pintu bilik study tingkat bawah. Shad dan Ainin berpandangan sesama sendiri bagai menyatakan "Benda apa tu? Apa nak buat ni?" di dalam hati. Ya, Allah. Nasib baik pintu tu awal-awal lagi kami dah tutup. Bayangkan kalau pintu tak bertutup, I can't imagine what I will saw back then. Shad dengan kawan Shad dah muka pucat dah waktu tu. Terus kami tutup buku. Lepastu berada dalam mood silent and beku. Tutup mata lepastu letak kepala dekat meja (gaya macam orang tertidur time study tuu). Duduk senyap tak bersuara. Dalam hati baca ayat-ayat yang patut. Lama jugak rasanya 'anjing' itu menyalak. Sumpah bulu roma semua dah berdiri waktu tu. Seram sejuk tambah takut yang amat. Jantung tak payah cakap lah, terkejut tak habis lagi campur takut. Macam mana boleh ada 'anjing' pulak dalam kawasan asrama yang berpagar sekeliling. 


Dah agak lama, lepas dah tak dengar suara salakan tu. Kami pun siap-siap kemas apa yang patut. Rasa macam nak berlari naik ke bilik laju-laju. Dan memang itu yang berlaku. Berlari laju tapi tak keluarkan bunyi. Ainin bilik lain. Shad bilik lain masa tu. Dua-dua tak bercakap apa pasal kejadian tu. Terus kami masuk bilik masing-masing. Ambil selimut kelumbus satu badan. Mulut tak berhenti mengalunkan ayat-ayat yang ustazah ajar untuk menghalau perasaan yang bukan-bukan. Sehinggalah tertidur dan terjaga semasa azan Solat Subuh. 

Habis cerita. The rest is history. Satu kejadian. Ada lagi kejadian yang lebih seram. Biasalah bila duduk hostel ni kan. Memang tak lari dari kena ganggu dan budak kena histeria. And I'd been there when my roommate sendiri yang kena. Don't dare to flashback again the memory. Biarlah ia menjadi memori kami yang berada di suatu masa itu. Thank you all for reading. Maybe pada orang lain, macam tak ada apa sangat cerita-cerita seram ni. But, when there is you in that scary story, you will know the feeling. Perasaan seram sejuk itu. Till then. See you next entry.

You May Also Like

1 Comment

  1. ya Allah,seramnya.. selamat Allah gerakkan hati korang tutup pintu tu dari awal..setakat ni belum pernah lagi la kena,tak mahulah ternampak pun.. huhu

    Semoga Allah melindungi kita semua dari gangguan syaitan,jin,iblis makhluk laknatullah,amin..insyaaAllah

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You