Hikayat Cinta Si Pematah Hati

by - April 23, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

April 23, 2017. Happy weekends yang panjang to all. Hehe. Syoknya bila cuti kan. Boleh rest, boleh keluar jalan-jalan tenangkan fikiran, balik kampung, shopping, food hunting dan for me boleh teruskan misi mencari Mr.Right! Haha. Siapa sama please raise your hand. Ngee. Petang ni entry santai-santai saja. Nak bukak hikayat cinta satu dua perenggan. Boleh? Please share your kisah cinta with me, will you. Pretty please. Hehe. 

Bunga Belimbing

Hikayat Cinta Perigi Cari Timba

Maaf, istilah di atas mungkin boleh menyakitkan mana-mana hati yang tengah membaca entry Shad petang ni. But if anyone ever say this to me, I'll reply with a big smile. Bagi Shad, istilah Perigi Cari Timba dah tak releven lagi untuk diguna pakai dalam bab nak mencari jodoh zaman sekarang ni. Setuju? Ya lah, purata lelaki dengan perempuan jauh bezanya. Kalau perempuan tak ambil inisiatif sendiri, membujang sampai ke sudah lah jawabnya. Macam Shad. Sob sob. (Sebab hakak malu. Tutup muka dengan tapak tangan).

Kalau lelaki tu available bujang (duda pun boleh), baik, beriman, hormat orang tua, ada kerja nak bagi makan isteri bila dah kawen nanti, why not kita yang perempuan ni sekali-sekala jadi perigi kan. Tak rugi pun. Mana tahu kot-kot dalam banyak-banyak timba tu, ada satu timba yang berkenan dengan kita. Who knows. Belum cuba belum tahu, kan. Two better than one, right am I. 

Bunga Kuning

Hikayat Cinta Si High Maintenance

Girl: Sorry, I tak layan lah mamat meniaga dekat pasar malam macam you. Not my taste okey.
Guy: Aku pun tak hingin lah minah high maintenance macam kau. 

Kalau kau doctor, boleh kalau kau berangan nak cari doctor jadi calon suami kau. At least, hari-hari memang kau jumpa ramai doctor. Angan-angan yang boleh menjadi kenyataan. Tapi kalau kau minah kampung yang hari-hari bangun bila dah tengah hari, duduk goyang kaki tunggu makan tidur saja kat rumah tu, kau rasa ada ka doctor, arkitek yang nak dengan kau. Please wake up dan berpijaklah di bumi yang nyata. Makan pakai kau pun mak kau yang buatkan, ada hati nak cari suami yang kaya, hensem, kerja bagus. 

Untung mamat meniaga dekat pasar malam nak dengan kau. Jangan nak memilih sangat, jangan nak berangan hidup ni macam novel cinta yang indah-indah tu. Sungguh pun wujud hikayat cinta luar biasa Prince dengan Cinderella, girls please make yourself valuable to be owned for. 

Kulat liar

Hikayat Cinta Si Wajah Biasa-Biasa

Tak cantik tak handsome tak apa, boleh tutup lampu. Opss.. Hehehe. Sorry for the sensor. Cantik itu universal. Bila hati dah berkenan, rupa paras yang biasa saja pun boleh jadi cantik dalam hati, boleh jadi handsome dalam hati. Lagi bagus cari yang cantik dan handsome akhlak dan budi pekertinya. 

Sedangkan bunga pun layu, inikan pula usia kita. Dah tua nanti kedut jugak. Kalau Shad, lagi baik lelaki tu tak handsome sangat, just sedap mata kita memandang sahaja. Sebab yang ada rupa ni selalunya ramai yang nak berebut! What a life bila hati kita tak tenang sebab memikir ada orang nak rampas kebahagiaan kita hanya disebabkan rupa paras. So redho jelah kalau dimadukan. Tak apalah, dapat payung emas kan. Apa-apa pun ini semua perancangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Ya, ada hikmah semua ni berlaku. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa dalam bab ni. Benda dah nak jadi. 

Bunga kertas

Hikayat Cinta Mak Ayah Pilihkan

Masih ada lagi kah jodoh pilihan keluarga zaman sekarang ni? How sweet macam gula. Manis gula terasa kalau bahagia lah. Kalau tak bahagia, rasa pahit lah. Boleh gitu. Orang cakap, restu mak ayah ni boleh bawa bahagia. Kan. 

Apa nak buat bila jodoh sampai dengan situasi macam ni. Satu, bawak bertenang dan pertimbangkan dulu. Kecik hati mak ayah kita kalau kita terus manyinga tak tentu hala cakap mak ayah menyibuk lah nak carikan codoh bagai untuk kita. Kenal-kenal dulu ka, kan. Kalau kita dan dia suka dan berkenan, boleh teruskan ke perancangan seterusnya. Andaikata hati macam tak ngam je, cakap baik-baik. Mungkin bukan jodoh kita dengan dia. Tapi kalau umur kakak dah 35, dia pun berkenan sangat dengan kakak, mak ayah dia pun baik, dia pun baik, kakak rasa kakak patut beri peluang padi dia dan diri kakak. Mana tahu, itu yang terbaik kan. 

Semalu

Hikayat Cinta Zaman Main Pondok-Pondok

Ok ni pun sweet jugak. Kawan jadi teman hidup. Cinta monyet zaman sekolah dulu membawa bahagia hingga ke anak cucu. Apa yang best? Best sebab memang kita dah kenal hati budi dia, segala perangai dia kita dah boleh hafal. Di situ boleh membina persefahaman. 

Ok, tak boring ke kalau dah kenal lama, lepastu nak hidup dengan orang yang sama lagi lepas kahwin. Kalau hati dah kata sayang, tak akan ada istilah bosan. Kan. Hari-hari fall in love. Macam kita dengan mak ayah kita. Forever rasa kasih sayang dari kita kecik sampailah dah besar. Bosan ka dengan kasih sayang dari mak ayah? Tak, kan. Hari-hari kita dahagakan kasih sayang yang tulus ini. 

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Okey, yang ni cerita novel. Hehe. "Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku". Cewaahh. Dari mata turun ke hati. 

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”

Isteri orang jangan berani nak kacau. Tunang orang pun jangan kacau. Kalau baru kekasih? Oppss. Siapa yang suka dirinya digelar sebagai perampas kan? No one love that. Tapi untuk kisah novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati ni, Shad memang suka kalau Rayyan rampas Warfeen dari Daniel. Haha. Sebab? The best man win right. Dah kalau Daniel tu pun macam tak bersungguh nak memperisterikan Warfeen, macam nak tak nak je dengan Warfeen, baiklah kalau Warfeen pilih Rayyan yang memang dari dulu lagi suka dengan Warfeen. Tak gitu. You make a good choice Warfeen. 

Girls, kalau suami orang? Boleh nak kacau daun tak. Hehe. Baiklah cari yang bujang dulu ye kakak-kakak semua. Kalau kita sebagai perempuan ni tak sanggup nak dimadukan, cuba bayangkan apa perasaan bila seorang isteri yang juga seorang perempuan bila kita cuba nak rampas suaminya. 

Bunga pokok inai

Maaf andai lembaran hikayat cinta buatkan hati anda terguris dan tersakit hati. Ini hanyalah pendapat peribadi dari saya seorang gadis yang masih single. Suka duka di alam rumah tangga hanya anda yang sudah bekeluarga yang tahu. This is life. Dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja. Tempat untuk kita mengumpul amal dan bekal untuk kehidupan yang kekal di akhirat sana. Perjalanan kita di atas muka bumi ni segalanya berlaku dengan izin Allah. Kita kena percaya pada Qada kan Qadar. Everything happened for a reason. Right. 

Okey, chill. Habis dah entry petang ni. Maaf andai ada salah silap bicaraku.

Shad
April 23,2017 5.59pm

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You