Share Dan Menang Gold Bar Di Cmasa.my

by - June 26, 2020

Share Dan Menang Gold Bar Di Cmasa.my. Salam everyone. Adik, kakak, abang dekat rumah tu, mesti selalu beli barang online kan. Hari-hari abang posmen datang rumah hantar parcel. Yang dekat office pun sakan juga shopping online. Marilah sama-sama kita sahut saranan kerajaan, stay safe, amalkan norma baharu dan terus patuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Kiranya shopping online ni salah satu usaha murni juga laa, jaga jarak gitu. So, baru-baru ni, Shad ada layari satu platform e-commerce baharu iaitu Cmasa.my.
 

CMASA – Platform Beli Belah dari YaPEIM
CMASA, http://cmasa.my/ ini adalah platform beli-belah secara atas talian yang diperkenalkan oleh YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) melalui YaPEIM Entrepreneur Centre (YEC). Seperti semua maklum, YaPEIM merupakan yayasan yang berperanan membantu umat Islam bagi meringankan beban dan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi umat. Antara program yang diadakan termasuklah Ar-Rahnu YaPEIM, Skim Potongan Gaji, Khairat Nasional, SANTUN, Dana Inspirasiku dan banyak lagi.

Platform beli-belah online CMASA, yang merupakan program terbaru dari YaPEIM ini dibangunkan bagi membuka peluang perniagaan kepada peniaga tempatan yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas lagi di platform ini disamping memberi kemudahan kepada para pengguna yang mencari produk keluaran tempatan.


Produk Muslim dari Peniaga Tempatan
E-commerce baharu CMASA ini menawarkan produk dan barangan muslim dari peniaga tempatan. Kadang-kadang susah juga nak jumpa produk muslim di kedai-kedai runcit kan. Antara produk yang ditawarkan termasuklah produk makanan dan minuman seperti pes dan rempah masakan, barangan kecantikan dan kesihatan, pakaian, barangan perkakas rumah, keperluan haji dan umrah dan banyak lagi. Selain barangan produk muslim tempatan, CMASA juga ada menyediakan perkhidmatan E-Bazar. Alaa, macam bazar Ramadhan, pasar malam tu lah, ada jual pelbagai jenis makanan lazat, tapi di atas talian. Ini kalau teringin nak makan apa-apa, boleh search dan beli, boleh buat carian setiap negeri, dan tempat yang available.

Disebabkan e-commerce CMASA ini masih baru, pilihan barangan yang ada juga maasih sedikit. Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan sangat berpatutan.  Kepada peniaga tempatan, rebutlah peluang ini dengan mendaftar di CMASA dan mula berniaga di platform ini. Kepada pengguna, jom support peniaga tempatan, dengan membeli barang-barang yang dipasarkan disamping membantu kembangkan ekonomi peniaga kecil.


Peraduan Share dan Menang Gold Bar
Berita baik buat semua, CMASA sekarang tengah anjurkan satu peraduan best, Share dan Menang Gold Bar. Wow, best sangat ni. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? ‘Allah knows’. Sambil membeli tu, join sekali contest dari Cmasa.my ni. Mana tahu rezeki kan. Macam mana nak menang emas percuma ni, mudah saja.

LANGKAH 1:
Beli minimum 1 produk dari website e-commerce di https://cmasa.my. Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2:
Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebu, dan SILA PRIVATE MESSAGE di FB Page rasmi CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3:
Selepas anda selesai melakukan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan posting anda ditemui secara public.


Pemilihan Pemenang
Pihak CMASA akan memilih 6 orang yang mempunyai LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi dalam posting anda untuk CMASA hadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda! Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, CMASA ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda! Jumlah hadiah yang akan berikan terus kepada anda adalah sebanyak 16 hadiah! Tarikh tutup pencarian ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh mesej terus ke FB Page CMASA.

Dengan adanya platform online cmasa.my, ia membantu pengguna untuk mendapatkan produk keluaran muslim dengan lebih mudah, seperti tagline CMASA, Shopping Made Easy. Memudahkan, jimat masa dan tenaga. Sambil membeli sambil membantu peniaga-peniaga tempatan memasarkan produk keluaran mereka. Di harapkan, lebih banyak lagi platform sebegini ditubuhkan pada masa akan datang. Jom shopping dan menang Gold Bar di CMASA. Layari cmasa.my untuk maklumat lanjut.


UPDATE 1 Julai 2020 
*PERADUAN DILANJUTKAN SEHINGGA 17 JULAI 2020


CMASA

You May Also Like

9 Comment

  1. Menarik website cmasa ni..sng nak cari produk2 muslim dlm satu tempat je..

    ReplyDelete
  2. Wah menarik nie.. sempat lagi kan kalau sapa nak join peraduan kat sini..

    ReplyDelete
  3. best betul peraduan.. siap tawarkan emas lagi..

    ReplyDelete
  4. Pernah beli brg kat sini tapi x sempat plak masuk contest aishhh

    ReplyDelete
  5. Baru tau pasl website ni.. Bgus produk kita.. Siapa yang bertuah tu ye dpt emas

    ReplyDelete
  6. baru nak terjah web mereka.
    nak tengok apa yang menarik disitu..

    ReplyDelete
  7. menariklah hadiah Gold bar tu, nak join jugalah nanti

    ReplyDelete
  8. Wah bagus nyer boleh menang gold bar, nanti sis pun nak join.

    ReplyDelete
  9. Gold bar amat bernulai...boleh jadi kaya jika dapat banyak tu

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You