Share Dan Menang Gold Bar Di Cmasa.my. Salam everyone. Adik, kakak, abang dekat rumah tu, mesti selalu beli barang online kan. Hari-hari abang posmen datang rumah hantar parcel. Yang dekat office pun sakan juga shopping online. Marilah sama-sama kita sahut saranan kerajaan, stay safe, amalkan norma baharu dan terus patuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Kiranya shopping online ni salah satu usaha murni juga laa, jaga jarak gitu. So, baru-baru ni, Shad ada layari satu platform e-commerce baharu iaitu Cmasa.my.
CMASA – Platform Beli Belah
dari YaPEIM
CMASA, http://cmasa.my/ ini adalah platform beli-belah secara atas talian yang
diperkenalkan oleh YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) melalui YaPEIM Entrepreneur Centre (YEC). Seperti
semua maklum, YaPEIM merupakan yayasan yang berperanan membantu umat Islam bagi
meringankan beban dan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi umat. Antara program
yang diadakan termasuklah Ar-Rahnu YaPEIM, Skim Potongan Gaji, Khairat
Nasional, SANTUN, Dana Inspirasiku dan banyak lagi.
Platform beli-belah online CMASA, yang merupakan program terbaru dari YaPEIM ini dibangunkan bagi membuka peluang perniagaan
kepada peniaga tempatan yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat
Ar-Rahnu YaPEIM untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih
meluas lagi di platform ini disamping memberi
kemudahan kepada para pengguna yang mencari produk keluaran tempatan.
Produk Muslim dari Peniaga
Tempatan
E-commerce baharu CMASA ini menawarkan produk dan barangan muslim dari peniaga tempatan. Kadang-kadang susah juga nak
jumpa produk muslim di kedai-kedai runcit kan. Antara produk yang ditawarkan termasuklah
produk makanan dan minuman seperti
pes dan rempah masakan, barangan kecantikan
dan kesihatan, pakaian, barangan perkakas rumah, keperluan haji dan umrah
dan banyak lagi. Selain barangan produk muslim tempatan, CMASA juga ada menyediakan
perkhidmatan E-Bazar. Alaa, macam
bazar Ramadhan, pasar malam tu lah, ada jual pelbagai jenis makanan lazat, tapi
di atas talian. Ini kalau teringin nak makan apa-apa, boleh search dan beli, boleh
buat carian setiap negeri, dan tempat yang available.
Disebabkan e-commerce CMASA ini masih baru, pilihan barangan yang ada
juga maasih sedikit. Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan sangat
berpatutan. Kepada peniaga tempatan,
rebutlah peluang ini dengan mendaftar di CMASA dan mula berniaga di platform
ini. Kepada pengguna, jom support peniaga tempatan, dengan membeli
barang-barang yang dipasarkan disamping membantu kembangkan ekonomi peniaga
kecil.
Peraduan Share dan Menang
Gold Bar
Berita baik buat semua, CMASA sekarang tengah anjurkan satu peraduan
best, Share dan Menang Gold Bar. Wow,
best sangat ni. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? ‘Allah knows’. Sambil membeli tu, join
sekali contest dari Cmasa.my ni. Mana tahu rezeki kan. Macam mana nak menang
emas percuma ni, mudah saja.
LANGKAH 1:
Beli minimum 1 produk dari website e-commerce di https://cmasa.my. Tak
kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah
EMAS PERCUMA ini.
LANGKAH 2:
Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce
cmasa.my tersebu, dan SILA PRIVATE MESSAGE di FB Page rasmi CMASA serta upload dan
kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.
LANGKAH 3:
Selepas anda selesai melakukan dua langkah di atas, sila buat satu
posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula
"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas
mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda
secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting
anda untuk memudahkan posting anda ditemui secara public.
Pemilihan Pemenang
Pihak CMASA akan memilih 6
orang yang mempunyai LIKE, KOMEN dan
SHARE paling tinggi dalam posting anda untuk CMASA hadiahkan EMAS SECARA
PERCUMA terus kepada anda! Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di
dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, CMASA ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda! Jumlah
hadiah yang akan berikan terus kepada anda adalah sebanyak 16 hadiah! Tarikh
tutup pencarian ini adalah sehingga 30
JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh mesej
terus ke FB Page CMASA.
Dengan adanya platform online cmasa.my, ia membantu pengguna untuk mendapatkan produk keluaran muslim
dengan lebih mudah, seperti tagline CMASA, Shopping Made Easy. Memudahkan, jimat masa dan tenaga. Sambil membeli sambil membantu
peniaga-peniaga tempatan memasarkan produk keluaran mereka. Di harapkan, lebih
banyak lagi platform sebegini ditubuhkan pada masa akan datang. Jom shopping
dan menang Gold Bar di CMASA. Layari cmasa.my untuk maklumat lanjut.
UPDATE 1 Julai 2020
*PERADUAN DILANJUTKAN SEHINGGA 17 JULAI 2020
CMASA
Website: http://cmasa.my/
Facebook: https://www.facebook.com/CMASA.YaPEIM/
Instagram: https://www.instagram.com/cmasa.yapeim/