Greetings and Assalamualaikum to all.
Resepi Mudah: Udang Goreng Kunyit Planta. Salam Ramadhan 1438H buat seluruh umat Islam. Hari ni dah selesai hari ke-4 muslimin dan muslimat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan kali ini. Hiasilah bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kalau tak boleh buat banyak, sekurang-kurangnya ada. Semoga kita semua istiqamah, diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari-hari yang akan datang. Semoga dipinjamkan umur yang panjang hingga ke akhir Ramadhan. Semoga ibadah kita diterima Allah dan mendapat ganjaran di akhirat sana nanti. Amin.
Macam tazkirah pulak kan. Hehe. Ok sebenarnya hari ni Shad nak share resepi mudah tapi sedap. Ini budak umur 12 tahun pun boleh cuba belajar memasak, tolong mak dekat dapur, sebab bahan dan cara penyediaannya mudah sangat. Lagi satu kalau anda tengah cari menu yang cepat untuk masak, ini mungkin salah satu pilihannya. Penggemar makanan laut, mesti pernah try resepi ni. Shad memang suka seafood dan masak makanan yang simple dan ada rasa masam-manis sikit bila tiba Ramadhan. Okey, jom tengok betul ka simple dan mudah nak masak menu kegemaran Shad, Udang Goreng Kunyit Planta.
Resepi: Udang Goreng Kunyit Planta
Masa penyediaan: Kurang dari 15 minit (tak termasuk kopek dan bersihkan udang ye.heee). Sajian untuk 4-5 orang makan.
Bahan-bahan:
500g-600g udang segar
1 ulas bawang besar dipotong nipis
5 batang kacang buncis*
2 sudu makan Planta
Serbuk kunyit secukupnya
Garam halus secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam jawa (sikit je)** tak nak letak pun tak apa
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih udang dan toskan (dalam 5 minit) sebab kita tak nak time goreng nanti keluar banyak air.
2. Dah siap tos udang, kemudian gaul udang bersama serbuk kunyit dan garam halus.
3. Panaskan kuali dan masukkan planta. ***tak ada planta, pakai minyak masak biasa pun boleh.
4. Planta dah cair, terus masuk udang dan kacang buncis. Goreng sekejap (dalam 2-3 minit) bagi kacang buncis masak.
5. Masukkan gula
6. Lepastu masukkan bawang besar dan asam jawa.
7. Goreng sampai nampak udang masak****. Jangan overcook pulak ya, tak nak nanti udang jadi liat.
8. Agak-agak kalau macam tak masin, boleh tambah sikit lagi garam.
9. Siap untuk dihidang.
Nota Dan Tip:
*atau boleh letak sayur kesukaan anda contoh carrot, kobis bunga dan lain-lain.
****nak tahu udang dah masak bila dia dah bertukar warna seluruhnya dan bahagian ekor udang bertemu dengan kepala. Itu tandanya udang dah masak.
Siap menu simple tapi sedap ni. Ada rasa masam-manis udang dan asam jawa. Mudah sahaja kan. Sesuai sangat kalau nak hidangan yang cepat untuk dimasak. Selamat mencuba.
Makanan Kegemaran Shad ketika Berbuka
Haa, resepi dah ada, bahan-bahan macam mana? Mana nak cari Planta? Pasaraya ada jual. Tak pun boleh beli saiz besar punya dekat Lazada Malaysia. Boleh simpan stok buat biskut raya nanti. Sekarang ni tengah ada Marhaban Ya Ramadhan Sale dan Riang Ria Raya Sale dekat Lazada Malaysia. Bermula dari 16 Mei sehingga 27 Jun 2017. Dengarnya ada potongan harga sehingga 90%. Yang lagi bestnya, tiap-tiap hari ada flash sale tau.
Lazada Ramadhan Sale
Marhaban Ya Ramadhan & Riang Ria Raya Sale
19 Mei sehingga 30 Jun 2017
Jom tengok harga Planta dekat Lazada Malaysia. Shad screenshot harga semasa pada 30 Mei 2017. Riang Ria Raya Groceries
Planta Margarine 1kg RM11.90
Dah alang-alang nak memasak, teringin pulak nak cari frying pan baru. Kat rumah memang Shad pakai Tefal. Best Tefal ni sebab tak melekat bila menggoreng, sayur nampak fresh walaupun dah goreng dan senang dicuci. Lagi satu yang bestnya Tefal ni, dia tahan karat dan tak hitam belakang pan, tak jadi kerak jelaga macam kuali biasa tu. Menggoreng jadi lebih mudah sebab Tefal ada tangkai. Yeay!
Tefal Classic Wokpan 32cm RM65.00
Saya teringin nak shopping di Lazada, tapi saya tak ada online banking lah. Jangan risau ya, sekarang kita boleh shopping di Lazada dan buat bayaran secara tunai di 7-Eleven seluruh Malaysia menggunakan MOLPay Cash (boleh cari entry shad sebelum ni ya).
Siap shopping Planta dengan Tefal Pan di Lazada Malaysia. Bolehlah masak menu berbuka simple yang Shad share tadi dengan happynya. Udang Goreng Kunyit Planta siap! Hehe.
Berita baik untuk blogger semua, jangan ketinggalan untuk menyertai Ramadhan Raya Blogger Contest dari Lazada yang berlangsung selama 4 minggu bermula dari 19 Mei hingga 23 Jun 2017. Ramadhan Raya Blogger Contest kali ini menawarkan hadiah sebanyak RM10,000. Wow, bestnya. Untuk meklumat lanjut dan cara penyertaan boleh terus ke link in, http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ . Jom ramai-ramai memeriahkan contest ini. Thank you Lazada Malaysia.