Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara | Novel Review

by - May 04, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara | Novel Review. I'm back with another novel review. Ahaks.. Memang banyak giler masa Shad kan sekarang ni. Ya lah dah duduk rumah tak buat apa kan. Unemployed la katakan. Entah bila lah nak ada kesedaran ni, sungguh-sungguh nak cari keje. Pun tak tau lah. Bila keadaan dah terlampau memaksa nanti, mungkin kah akan tiba masanya nanti. Mencari ruang untuk membina peluang. Pergh, kenapa baku sangat ayat entry ni.

Okey, balik kepada tajuk entry, nak review novel Bukan Cinta Secondhand karya Ezza Mysara. Penulis ni lahir tahun 1990. Muda lagi kan. Shad memang kagum la dengan insan-insan yang Allah bagi talent macam ni. Sungguh Allah tu Maha Penyayang. Everyone ada kelebihan masing-masing kan. First Shad start kenal Ezza Mysara ni dari blog. Dari tahun 2011 lagi rasanya. Biasalah masa study dulu-dulu, memang banyak giler follow blog penulis-penulis novel ni. Siap tunggu tiap-tiap minggu lagi sebab nak baca e-novel bab seterusnya. Time tu, rasanya itulah bahan bacaan utama. Umur 18-23 kan, memang jiwa ke arah itu. Nak wat macam mana. Ni ha blog Sara, http://xsarasassygurlz.blogspot.com/

Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara review

Sinopsis Novel

​“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempura. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?- sumber

Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara

Review Shad

Novel ni bagi Shad sangat-sangat bermotivasi walaupun bila tengok tajuk pasal cinta kan, sebabnya penulis ni memang betul-betul terapkan unsur-unsur Islamik dalam penulisan novelnya. Sungguh ayat-ayat dalam novel ni macam waahh, Islamic betul. Dan sungguh, memang terkesan di hati bila baca. Terasa sinar keinsafan sambil tengah baca novel ni. 

Novel ni memang santai, tak complicated sangat bagi Shad. Just nice. Naira ni memang suka dekat Amril, memang dia kejar dila-gila cinta Amril. Tapi apakan daya, dalam hati Amril dah ada Dewi. She is the only one bagi Amril walaupun cinta Amril dan Dewi ni ditentang habis oleh mak Amril. Naira yang bertekad nak rampas cinta Amril dari Dewi hingga dia sanggup pergi cari Dewi, demi nak mintak hati Amril yang ada pada Dewi. Dasyat kan Naira ni. Bila Naira dah jumpa dan kenal dengan Dewi, lain pulak jadinya. Punya lah Naira ni semangat nak satukan Amril dengan Dewi pulak. Sungguh istimewa Dewi ni sebenarnya. 

Kehadiran Dewi kecil betul-betul mengubah hidup Naira dan Amril. Dua orang manusia ni memang sayang sangat dengan si kecil Dewi Illyani ni. Sayangnya melebihi dari sayang diri sendiri. Sampai ada part tampar-menampar antara Amril dengan Naira lagi kau. Dasyat betul. Diam tak diam, ada seseorang yang datang menghulur rasa cinta untuk Naira. Ahmad Qiuzi. Rasanya, ni lah manusia yang sungguh pikir positif setiap masa. Baik gila dia ni.  

Amril sayang Dewi. Naira suka gila dengan Amril. Qiuzi suka dekat Naira. Qiuzi baik sangat-sangat. Tapi Amril yang Naira cinta sangat dulu. Mana satu pilihan Naira ye. hehe. Kena beli and baca ye. Banyak kata-kata best jugak dalam novel ni. Shad bagi 4/5 bintang untuk novel ni.

Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara

Tajuk Novel : Bukan Cinta Secondhand
Penulis : Ezza Mysara
Terbitan : Gedebook
Harga : RM33
Where to buy : Beli online versi cetak dan versi e-book di
atau boleh dapatkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia

Ada yang dah baca novel ni? Amacam, berapa bintang awak kasi?

You May Also Like

9 Comment

  1. Akak novel boleh bc review jah beli hihihi tak dah kut... rasa kurang dah novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu lah.. shad pun dah jarang sangat dah beli, tapi tiap kali outing mmg akan singgah bookstore.. ada orang sudi belanja, mmg shad ambik jugak 2-3 biji novel.. hehe :D

      Delete
    2. Xada mood nak baca novel or beli hihhi... kalau novel RAM harus la kak p cari hahahha

      Delete
  2. macam best citer ni ^_^
    dah lama xbeli novel2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, watak naira dengan amril ni best, suka gaduh-gaduh.. hehe. shad pun dah jarang beli novel dah sekarang ni.. :D

      Delete
  3. salam shad.. ira da letak button follow.. hahah..sorry la.. ira baru wat blog tu..lupa plak letak button follow.. mujur shad tegur haha.. jemput singgah segmen newbie ira..
    http://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/05/newbie-blogwalking-2015-by-eyra-saha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, bereh sis.. done follow-mollow blog sis.. :D

      Delete
  4. belum pernah baca so x de bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tahi bintang ada tak.. hehe.. make a wish.. make a wish..

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You