M.A.I.D karya Suri Ryana | Novel Review
Greeting and Assalamualaikum to all.
M.A.I.D karya Suri Ryana | Novel Review. Okey, kita bersiaran lagi dengan entry cerita pasal novel. Peminat tegar novel, boleh dikatakan ramai yang ada novel ni. Betul ke tidak? Kalau tak ada pun, mesti dah pernah baca novel ni kan. Novel M.A.I.D ini merupakan novel pertama karya Suri Ryana yang berada di pasaran pada April 2011. Novel ni memang sweet sangat. Jangan tak tau karya ni telah menjadi juara untuk Anugerah Popular Berita Harian 2012. Shad suka karya penulis ni. Memang kumpul koleksi novel dari penulis. M.A.I.D, Isteri Separuh Masa, Playboy Itu Suami Aku, dan yang terbaru ni Kimchi Untuk Awak (di pasaran pada Mei 2015).
Novel ni ada nilai sensitivity dia tersendiri, dan kadang-kadang tu bila ada drama adaptasi novel, macam antara nak tengok dengan tak tengok ja, sebabnya takut kita letak harapan tinggi, tapi tak kesampaian. Huhu. Dengarnya novel M.A.I.D akan menemui peminatnya tak lama lagi versi drama. Hehe. Pasangan serasi di kaca TV, Zul Arifin dan Ayda Jebat menerusi drama Rindu Awak 200% sekali lagi digandingkan dalam drama M.A.I.D ni. Waaahh, macam best je kan.
Sebelum ni novel Playboy Itu Suami Aku dan Isteri Separuh Masa karya penulis dah diadaptasi, kini tibalah masanya untuk novel M.A.I.D di kaca TV. Okkey, tak sabar nak tengok. Hopefully drama adaptasi nanti sweet lah jugak macam novelnya kan. Novel M.A.I.D ni Shad dah lama baca, pinjam kawan masa mula-mula tu. Memang novel-wajib-kena-beli lah masa baru-baru keluar tu. Novel yang ada dekat Shad ni cetakan ke-27 - Jan 2014. Pergh, laris amat kan novel ni.
Erk, sori, termembebel panjang lak kan. Okkey, jom la baca sepintas lalu sinopsis novel M.A.I.D karya Suri Ryana.
Sinopsis novel M.A.I.D karya Suri Ryana :
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar? - sumber
Baca Online Bab Awal Novel M.A.I.D
sumber - http://queenlpermaisuri.blogspot.com/ (blog Suri Ryana)
Review Shad
Novel ni mengisahkan tentang kisah cinta seorang maid a.k.a pembantu rumah dengan tuan rumah. Noorul ni jadi maid kepada Mr.Fussy aka lelaki hensem bernama Harris. Siapa tak jatuh suka bila pandang kan. Tapi bab cerewet tu, memang tak leh nak tolong lah. Cerewet betul Harris tu. Ada ja benda yang tak kena. Tak puas hati sesama sendiri tu memang dah asam garam dah. Tapi, biasalah bila dah lama-lama ni, boleh jatuh suka pulak kan. Sampai satu masa, ada orang tabur fitnah yang menyebabkan Noorul dengan Mr.Fussy ni terpaksa dikahwinkan. Maka bermulalah era suami-isteri ni masuk zaman yang ada marah, cemburu, sayang dan jatuh cinta semua-semua tu.
Watak Noorul yang clumsy kelam-kabut tu macam agak lawak la jugak. Comel. Dan Mr.Fussy dengan cerewetnya tu, boleh tahan jugak bikin sakit hati. Tapi sebenarnya Mr.F ni alahai sweetnya, romantik gitu. Haha. Watak-watak sampingan dalam novel ni tambahkan lagi rasa manis, masam, pahit, kelat novel ni. Overall, a nice piece of book to read on. Yeah, jalan ceritanya memang agak cliche, macam cerita cinta lain-lain jugak. Tapikan novel ni bagi Shad worth to buy sebab so sweet lah. Hehe. Bagi 4/5 bintang untuk novel ni. Ada yang pernah baca tak? Pendapat anda?
Information Corner
Judul Novel: M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM26 (sm) RM29(ss)
Bil. Muka Surat : 758
Where to Buy : Belian online di http://www.kakinovel.com/ atau boleh didapati
di Popular, MPH dan kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
16 Comment
wahhhh, bestnya. banyak drama sekarang adaptasi novel kan. hehehe. syg dh guna baucer buku. kalau tak mesti BV cari novel nie dulu. :D
ReplyDeleteaah, banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan gitu.. hehe..
DeleteSS tak boleh baca novel... Nanti SS pening... He He He...
ReplyDeleteahaaaa, asal pegang novel je pening kan.. hehehee
DeleteMacam pernah baca tapi tak ingat pula.
ReplyDeleteahaaa, novel ni dah lama ni... shad pun dah lama baca.. :D
Deletedah baca novel maid ni lama dulu, mmg bestt
ReplyDeletelong time agooo.. hehe.. sama lah kita.. novel latest dari penulis shad tak beli lagi.. hehe. Nak tunggu review org len lu, best baru beli. hehe
DeleteBanyak novel adapitasi la
ReplyDeletesangat banyak.. hehe :D
DeleteYup tu la banyk sangat
DeleteKAk ekin pun belum baca lagi novel ni
ReplyDeletehehe, tengok drama dia je lah pas ni.. hehe :D tapi tak tau best ke idok.. tayang dekat astro ni tak silap.. time bulan puasa ni..
DeleteAstro mana tu... selalu drama.astro ni pengarah sama dgn yg seblum ni..
Deletebanyak betul drama adaptasi sekarang nih..
ReplyDeleteBetul tu kak eyda... macam cendawan tumbuh lpas hujan...
DeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You