My Third Boyfriend Mr.S | Random Thought

by - May 25, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

My Third Boyfriend Mr.S | Random Thought. Entry hari ni bajet nak merapu sekejap. Tak de idea kot nak update entry sejak dua menjak ni. Tah kenapa tah. Angin rajin dah makin jauh. Hari ni nak cerita pasal boyfriend nombor tiga. Perggh, nampak macam gatal ja kan ada boyfriend sampai 3 bagai. Actually ada lima sebenarnya. Haha. Hari ni nak introduce dengan boyfriend nombor tiga dulu.

blog akuvsdia
mr s

So, inilah boyfriend tu. Perkenalkan, Mr.S. My only Mr.S. Boyfriend yang ni cute je kan. Tak apalah, cute sesuai dengan tuan dia yang cute miut ni jugak. Hehe. Pakai je kereta kecik dulu kan, nanti dah keje baru fikir lain kalau-kalau teringin nak tukar baru. Kecik-kecik pun bukan bayar pakai daun kering apa. Kereta kecil tanpa hutang. Dah kurang satu stress nak bayar duit kereta kan. Lagipun Mr.S ni baru je lagi dengan Shad, sayang lagi dengan dia ni. Hari ni genap 6 bulan Mr.S dengan Shad. Thank you so much for being with me all this time. Cewaahh. Nanti raya kita tukar baju baru ye. Nak baju raya kaler apa Mr.S? Hehe.

mr s

Mr.S setakat hari ni, mood dia baik-baik saja. Semoga baik-baik selalu ya. Hehe. Memanglah baik kan mood dia, baru je servis organ dalaman dia. Haha. Thank you ayah sebab tolong jadi penasihat bab-bab kereta ni. Sumpah zero gila pasal kereta ni bila bab nak servis bagai. Dah tiba masanya untuk ambil tahu lebih banyak kot. Kang kat tengah-tengah highway, jadi pape, tak ke naya. I don't like people judge me. "Bawak pandai, nak servis tak reti". Well yes, perempuan kan. Mana lah pandai sangat bab-bab ni..

Ok lah, cerita boyfren nombor tiga ni sampai sini saja lah. Tak kira lah anda pakai kereta apa pun, sayangilah ia. Jangan abaikan dia, takut nanti dia mogok. Bila tak ada transport ni memang susah nak kemana-mana kan. Lainlah kalau anda hidup di pekan, ada lrt semua bagai kan nak pergi kerja and everywhere. Tapi perlu kot ada transport sendiri kan. In case emergency. Hehe. Skala perlu dan penting kenderaan? Sangat perlu dan penting. Setuju?

You May Also Like

16 Comment

  1. owhhh tiba-tiba rindu pada boyfriend akak yang lama yang adik beradik dengan yang ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... adik-beradik dia ramai kan kak farah.. hehe, kiut miut semua.. :D

      Delete
  2. setuju sangat. memang perlunya transport supaya nanti senang nak pergi mana-mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, ada transport tak payah dah nak susah orang lain nak hantar-ambil kita. hehe :D

      Delete
  3. Assalamualaikum shad, tlg bg kata2 semngat kat kyong spaya berani drive,ada kereta tp jd perhiasan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak yong.. lama tak dengar cerita.. hehe.. go go caiyok kak yong, yakin kan diri.. insyaAllah boleh.. untuk permulaan, kak yong kena pegang stereng hari2, bawak dekat laman rumah dulu.. sikit sikit makin jauh, jauh kakyong bawak.. insyaAllah boleh.. :D

      Delete
  4. alahai comel je bf dia. hehe. nak pinjam boleh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe.. oang lain ada boyfriend hensem, kita ada comel je.. hehe.. boleh2... :D

      Delete
  5. comel je eh..
    tapi kenape name nya mr S ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kecomelannya terserlah gitu kak kak.. hehe.. nama penuh dia mr.shin (ala-ala korea macam tu), jadi panggil mr.s je, hohoho.. nampak tak macam errrrkkk.. ada tak orang lain bagi nama dekat kereta.. hehe.. :D

      Delete
  6. Cik Mimie baru je dapat Lesen Kereta..hope dapat la sebijik Boyfriends baru lpas ni..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah2.. tahniah cik mimie dapat lesen keta.. vrooommm.. amin, semoga dapat sebijik boyfriend jugak.. hehe

      Delete
  7. pakai kereta kecik senang Shad.. nak cilok sana sini senang..
    parking senang.. u-turn senang.. hehehe.. sesuai utk orang prempuan..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You