Passport LA Korea
Greetings and Assalamualaikum. Peace be upon you. Hari ni shad nak kongsi dengan korang pengalaman teruja buat passport. Umur 22 tahun ni baru lah berkesempatan nak jejakkan kaki ke Negara orang. You may say or feel in your heart, “Oh, I don’t care”, “Whatever”, “Do I care?”, and bla bla and bla.. But, I don’t even care too to whatever you may say. Haha. My blog kan. Ok enough nagging.
Kalau yang dah pernah pergi oversea tu maybe boleh abaikan kot entry ni. Entry ni penuh dengan rasa teruja kot (sebab korang yang dah pergi oversea mesti rasa macam ni kan for the first time ever). Dan kepada yang tak pernah pergi, jangan lah jeles pulak. I’m praying that some fine day, the time will come to you all too. Aminnn. Eh, lupa nak cakap, shad nak pergi Lawatan Antarabansa ke Korea (LA Korea). Setelah diputuskan. This is the fix place to go lepas Hong Kong kansel. Ini kira under university lah. Ni kalau tak masuk uni, kira mmg tak pergi la gamaknya ke Korea ni. Alhamdulillah. May Allah bless. Counting to November 2013. Can’t wait for it. Entry-entry berkaitan yang sebelumnya shad ada buat hikayat dah. Klik untuk baca, LA KOREA | KERTAS KERJA.
So, hari ni barulah merangkak-rangkak nak pergi buat passport (sebab hari ni je yang memang free from any lecture and tutorial class). Heading from Usim, Bandar Baru Nilai to Pejabat Imigresen Malaysia cawangan Kajang seawal jam 8.30 pagi. Of coz with the group members of 18 students from Quranic with Multimedia studies. (Org cakap the more the marrier kan, tapi kalau bab nak ke Negara org ni, rasanya senang kot nak handle jumlah yang lebih kecil. Budget makan dan pengangkutan pun murah. Kalau pergi reramai members, dah kena tempah bas pulak kan untuk ke satu-satu tempat kat sana. Kan mahal tu. So, kalau dalam 18 orang tu, naik je lah subway kan kat Korea nanti).Lagi jimat kot. And thrill ofcoz. Alaa, naik subway (kereta api) yang macam dalam K-Show Running Man tu. Huhu.
Sampai je sana dalam pukul 9.30 pagi macam tu, terus pergi photostad IC and ambik gambar ukuran passport. Then beratur ambil giliran. Agaklah ramai jugak manusia dekat Kajang tu. Sebelum sampai giliran tu, adalah jugak 100 nombor giliran kat depan. And, I keep thinking and wondering, tiap-tiap hari ada je kan orang buat passport. Ramai pulak tu sampai beratur ke luar pintu. Tiap-tiap hari pulak tu. Rakyat Malaysia ni banyak duit upenye. Baru sedar. Haha.
*CHEKLIST NAK BUAT PASSPORT PERSENDIRIAN*
Satu : Korang kena bawak Kad Pengenalan (Make sure korang dah tukar la IC korang yang zaman sekolah rendah tu ye. Kalau tak, memang stuck la kat situ. Dah nak kena pergi buat Kad Pengenalan sementara pulak). Buat satu salinan Kad Pengenalan korang depan belakang ye.
Dua : Sediakan dua keeping gambar passport. Gambar tu belakang dia background kaler putih ye. (untuk passport persendirian).
TIGA : Sediakan duit RM100 (harga pada 18.9.2013). Tak taulah in future naik pulak ke kan.
Siap, itu je. Passport ni ada dua jenis, nak buat persendirian or nak buat passport berkumpulan. Passport berkumpulan ni kira macam korang nak pergi ramai orang la. Kalau tak silap, dalam RM200 untuk 10 orang/20 orang. Tak sure gak yang tu. Tapikan, passport berkumpulan ni, untuk Negara-negara tertentu je boleh. Kalau nak ke Korea, kena buat passport persendirian. (In future tak tau lah boleh lagi ke tak/ wujud lagi ke tak passport berkumpulan ni). Maklumat lanjut boleh layari website Jabatan Imigresen Malaysia.
Okey, tunggu punya tunggu, akhirnya siap la jugak passport ni. Dalam pukul dua jugak lah siapnya. In the middle tengah tunggu tu siap, sempat makan tengah hari dan solat Zohor kot. Hehe. Dapat-dapat je passport. Senyum. “Haa, adik ni nak ke Korea jugak ye?”Abang dekat kaunter tanya. Ramah benar. Sah-sah lah kitorang datang reramai kan. Sangat obvious. Dah macam pergi buat lawatang pulak kat Pejabat Imigresen Malaysia cawangan Kajang tu. Memang happening lah. Senyum. Akak dekat kaunter tu siap cakap, Selamat Bercuti lagi. Memeng mesra pelanggan lah pekerja dia dekat Jabatan Imigresen Kajang tu.. Terbaik. Opps. Terpromot pulak. Hehe.
Done cerita pasal pergi buat passport. Next time nak cerita pengalaman pergi Korea la pulak kan. And sape setuju, shad buat Giveaway from Korea by Shad. Komen…. Hehe. Ok lah, terima kasih semua sebab sudi baca entry shad hari ni. Oh, dah macam diary lak ase. Hehe. Ha, sebelum terlupa, ada sesiapa tak nak bagi sponsor? Sikit pun jadilah.. hehe.. Klik untuk SPONSOR1 | SPONSOR2 | SPONSOR 3 | SPONSOR 4. Terima kasih semua... Doakan semuanya dipermudahkan ya.
5 Comment
bestnyerrrrrrrrr ade passs .......
ReplyDelete@aQU Sazz hehe. jom reramai wat passs.... hehe
ReplyDeletebestnya dapat prgi sana...krim salam kat org sana...hhehe
ReplyDelete@Puteri Syazwani alhamdulillah, rezeki.. hehe.. baik.. akan disampaikan salamnya.. :)
ReplyDeleteseronoknya jalan2 korea
ReplyDeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You