Malaysia Isytihar MH370 Satu Kemalangan

by - January 29, 2015

Greetings!

29.1.2015 | Malaysia Isytihar MH370 Satu Kemalangan


KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media di Putrajaya, hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. Pesawat jenis Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada radar ketika dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lalu. Laluan penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1, sebentar tadi.

"Kami secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan berdasarkan Standard of Annexes 12 dan 13 Chicago Convention," katanya.


Dengan pengisytiharan itu, kerajaan memahami ia suatu yang sukar kepada semua waris 239 penumpang dan anak kapal.

"Tanpa mengguris perasaan setiap ahli keluarga mangsa yang terkorban, pengumuman ini diharapkan mampu memberi bantuan yang mereka perlukan, termasuk proses pampasan.

"Kami juga memahami bahawa MAS bersedia untuk meneruskan dengan kadar segera proses pampasan, dengan kesediaan waris untuk mengambil tindakan," katanya.

Azharuddin berkata, bagi membolehkan setiap waris mendapat maklumat yang disahkan, laman web khas MH370. www.mh370.gov.my ditubuhkan, khusus untuk waris penumpang.

sumber : http://www.bharian.com.my/node/32252

========================================
Kita sering kali bertanya. "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?". 
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah,ayat216
=========================================

You May Also Like

2 Comment

  1. sedih mmg sedih.. dah hmpir setahun mh370 hilang.. harap keluarga tabah..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You