Jom Masak dan Tebus Wang Tunai | It's Simple

by - February 08, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

Jom Masak dan Tebus Wang Tunai | It's Simple


Jom Masak dan Tebus Wang Tunai | It's Simple. Di pagi yang indah ini Shad nak share dengan semua mengenai satu website/platform yang sangat menarik perhatian Shad untuk kita berkongsi resepi dan ianya sangat sesuai untuk semua termasuklah suri rumah, masih bujang, tukang masak, anda yang baru hendak belajar memasak, anda yang suka memasak, anda yang pakar dalam memasak dan semua yang berkaitan dengan memasak lah senag cerita. Website dengan tagline Let's Masak. It's Not That Hard tersebuat adalah http://letsmasak.com/.

Di samping membolehkan pengguna melihat dan mencuba resepi yang sedia ada, apa yang lebih menariknya adalah, bukan sahaja berkonsi resepi, malahan setiap individu yang mendaftar dan berkongsi resepi di Let's Masak berpeluang untuk menebus wang tunai. Menarik bukan. Sambil memasak dan share resepi, sambil menjana pendapatan. Tak payah cakap banyak, jom kita tengok macam mana cara nak daftar dan kumpul points untuk tebus wang tunai. Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA.

Cara untuk Mendaftar 

1. Klik untuk mendaftar [link]. Pendaftaran adalah percuma. Selepas anda klik pautan yang shad bagi tadi, akan keluar paparan seperti gambar di bawah ini. Terus tekan di bahagian [Register].


Kemudian, paparan seperti di bawah akan muncul setelah anda klik [Register] sebentar tadi. Anda boleh mendaftar melalui Facebook ataupun melalui nama pengguna/ username dan e-mail seperti yang ditunjukkan di bawah. Isikan detail yang diminta dan jangan lupa untuk tick di bahagian yang bertanda tick seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.


Selesai sahaja anda klik butang [Register], anda sudah boleh log masuk / log in ke dashboard anda. Log masuk dengan Facebook atau dengan e-mail dan kata laluan yang anda guna untuk mendaftar tadi ya. Selepas log masuk, anda bolehlah memuat naik gambar profile, gambar cover, mengemaskini maklumat dan sebagainya. Progress yang anda lakukan dapat dilihat seperti di bawah ini. 


Di bawah ni, shad punya dashboard. Walaupun shad ni tak pandai sangat memasak, apa lah salahnya jika kita belajar memasak dengan menggunakan resepi yang dikongsi rakan-rakan lain kan. Jom daftar jom. Klik untuk Daftar [KLIK]


Cara untuk Mendapatkan Points bagi Menebus Wang Tunai 

Ok, dah selesai daftar barulah boleh kongsi resepi dan tebus wang tunai. Bagi menebus wang tunai, anda terlebih dahulu perlu mengumpul points. 100 Let'sMasak(LM) Points bersamaan dengan RM1.00. Mengumpul points di Let's Masak tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Terdapat beberapa cara bagi membolehkan anda mengumpul points ini.


Submit a recipe/ Hantar satu resepi - 50 LM Points
Recook a recipe/ Masak semula resepi - 20 LM Points
Someone recooks your recipe/ Rakan lain masak semula resepi anda - 10 LM Points
Submit a tip / Hantar satu tip - 20 LM Points
Invite member to register/ Ajak rakan-rakan untuk daftar - 50 LM Points
Recipe selected as Editor's Choice/ Resepi anda menjadi Pilihan Editor - 100 LM Points


1. Submit Recipe / Hantar Satu Resepi Anda. (50 ML)

Anda tidak perlu risau bagaimana untuk menhantar/ submit resepi anda kerana Let's Masak sangat memudahkan anda dengan adanya borang/form Write Recipe yang telah disediakan. Anda hanya perlu memuat naik/ upload gambar masakan anda dan berkongsi resepi, bahan-bahan yang digunakan dan cara untuk membuatnya.


2. Recook Resepi / Masak Semula Resepi (20 ML). Jika anda masih terfikir-fikir apa yang nak dimasak untuk dinner/ lunch, apa kata kita buka website http://letsmasak.com/ dan masak semula resepi yang dikongsi rakan lain. Boleh kumpul 20 LM Points tu. Selain hantar resepi dan masak semula resepi, anda boleh juga kongsikan tips.


Selebihnya anda perlulah terjah dan menerjah ke website Let's Masak ni ya. Jujur Shad katakan, Let's Masak sangat-sangat menarik perhatian sampaikan Shad yang pandai masak ni pun rasa berkobar-kobar nak belajar masak. Yang dah mahir tu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendaftar dan menghantar resepi-resepi best anda untuk dikongsikan kepada semua. Sambil hantar resepi sambil menjana pendapatan. Menarik bukan. Shad dah daftar.

Berita baik buat blogger di luar sana, Let's Masak ada menganjurkan satu kontes yang sangat wow, awesome. Hadiah utamanya adalah i-Phone 6 Plus ya. Kontes tersebuat ialah LetsMasak Review Contest 2015. Maklumat lanjut di, [http://letsmasak.com/contest/review2015].

 

"Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com"

You May Also Like

25 Comment

  1. selamat malam..syira singgah sini..hehe..jom baca entry baru di blog syira :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam syira.. terima kasih visit sini.. will terjah ur new entry.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Kan, best sangat dia punya pendekatan.. sambil kita masak2 tu, submit
      resepi, pastu boleh tebus wang tunai.. yeay, shad pun dah register..

      Delete
  3. wah..menarik ye! share resepi dpt duit kalau lucky!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menarik.. setiap individu yang mendaftar, dan follow step/cara nak kumpul points
      mcm shad tunjuk kat atas tu, berpeluang untuk tambah pendapatan.. :D
      Jom daftar Dhiera nadhirah.. :D

      Delete
  4. Macam best jer.. submit resepi masak nasi putih jalal keluaran bumiputera pun boleh dapat point kan? haha..


    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... Ce Aretikz try submit resepi tu.. hehehe..
      Terima kasih singgah sini. shad terjah blog awak juga.. :D

      Delete
  5. Terbaik...saya sudah mencubanya kerana saya juga dari segmen yang sama [http://mohd-ridzwan.com/2015/02/08/fenomena-resepi-terhebat-lets-masak/]
    All the best ya!

    Ada masa join kontes ni juga. Hadiah terbaik --> [http://mohd-ridzwan.com/2015/02/09/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora/]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bestkan website tuu.. Siap boleh tambah pendapatan lagi.. mmg oshem sangat.
      Good luck untuk anda juga.. Semoga kita jadi antara senarai top 5 nanti. Amin.. :D

      Terima kasih share link dgn shad.. will join you.. :D

      Delete
    2. good luck sha.. akak dah daftar hihihi... baru kumpul point 70... xramai lagi joinya....

      Delete
    3. hehe, shad pun baru hantar satu resepi kak... hehe..
      terima kasih kak ekin, doakan shad dapat top-5 ya. :D

      Delete
  6. Replies
    1. Yeah.. wajib daftar dan cuba ya.. sama-samakita kongsi resepi sambil
      tambah pendapatan sampingan.. :D

      Delete
  7. CT save link dulu.. menarik ni.. eventho tak rajin memasak tapi macam best aje hehe..
    kekadang aje masaknya tapi boleh gak en share2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita, kadang2 saja masaknyee pun.. :D

      Delete
  8. Salam,sy dr Giveaway 7 Hari by Syira Lokman dtg n follow.Terima kasih.Slmt berjaya.
    Drpd:lensagrafik dan fotografi blog.

    ReplyDelete
  9. recook tu macam mana ye ? boleh terangkan lebih lanjut tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. recook tu kita masak semula resepi yang dah ada kat website letsmasak.
      Contoh : Kita view satu resepi dkt let's masak. then ada button recook dekat
      bahagian kiri bawah resepi yg kita view tu. Nanti, kita upload gambar masakan yang kita
      masak kat rumah dgn mgunakan resepi yang diberikan. :D

      Delete
  10. terlambat ke nak join ni eak..baru sempat jenguk sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, boleh lagi join.. :D
      Thank you for the visit.. :D

      Delete
  11. dah daftar ... tp lom complete 100 progress sbb favourite tak tau nak buat camane..
    camane nak dptkan point kat favourite tu ye...

    ReplyDelete
  12. hi,,
    perlukan tips mcamana nak dapatkan point dalam FAVOURITE

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You