Day 2: Being Single Really Sucked? | Agree to Disagree

by - October 05, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge | Day2 | Being Single Really Sucked? | Agree to Disagree. Hi, I'm back with a new entry on the blogging challenge. Hari ni nak feeling bahasa budaya kita pulak. Nak menaip dalam Malay-rojak-English. Buleh ka lagu tu. Day 1 punya challenge, Why are you still SINGLE? [link]. Ok, soalan-soalan yang makin mencabar coming soon. Mencabar sebab nak reveal the truth! hehe. Betul mencabar sebab daku ni tersangatlah perahsia orangnya. Betul.

love pad lock

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge
2) Describe a moment or a day when being single really sucked.

First sekali, nak mintak maaf awal-awal, sebab entry ni macam teen-cheesy sikit. Hanya orang-orang yang single dan pernah merasa single ja kot faham. And, I'm confident semua pernah merasa single. Hehe. Being single really sucked? Adakah menjadi single itu sangat terrible, sangat mengerikan, awful, horrible? I'm agree to disagree on this. I don't really know, sebab secara jujurnya, I love being around in a single world. Bebas tanpa ada sebarang komitmen. Do you? Next entry will be full of happiness about being single. Hehe.

Some might really agree to this topic. Sangatlah tak best bila single ni katanya. To be balance, fair and square, here I'll state some of the reason why being single is really suck. This is based on my personal experience and people around me. Because, sometimes ada jugak terlintas kat hati, "Ish, kalau ada boyfriend suami ka, boleh jugak suruh jadi driver bila nak ke mana-mana?". But, please sisters, I am nicely wanna say that, COUPLE is not good though. Bercinta lepas nikah lagi sweet kot. Sebabnya, belum tentu orang yang kita couple tu nanti in future jadi husband kita. Ok, now, people might say that I'm conservative again. Haha. Biarlah macam tu, dari terbuat dosa-hati dalam tak sedar. **Ni mungkin boleh up lagi satu entry lain tajuk. hehe.

single woman

Being Single Really Sucked?

When you are in an emergency and no one can't help you. Dah gelabah dah waktu tu dan tak tau nak mintak tolong sapa. Memang waktu ni, seandainya ada suami ka, boleh calling-calling ask for help. "Ok, I still have my father and brother to come and help me", "I still have few 'good' friends to pick me up when my cars broken". Tapi kalau dah duduk jauh Kedah - KL, takkan nak call ayah mintak tolong pulak kan. And good friends always come and help, tapi takkan selalunya mereka ada sentiasa kan. Hehe. Be an independent person is the best! Berdiri atas kaki sendiri. Tapi bila ada someone beside us yang boleh dan sentiasa ada untuk kita, hadiah terbesar lah kiranya tu.

When people around you always ask and ask the same question. "Bila nak kawen kakak?", "Bila nak kawen kakak?". Mak ayah family kita kadang-kadang tak ada lah kisah pun benda ni, ini mak cik jiran sebelah taman yang sibuk-sibuk bertanya itu ini. Alahai, caring sangat lah pulak mak cik. Terima kasih sebab ambil berat ye. Ambil berat dan mendoakan yang baik-baik itu bagus, tapi ambik berat sebab nak pi canang cerita bukan-bukan kat orang, itu memang tak bagus. Apa korang rasa bila ada orang duk canang yang korang ni andartu tak laku. Weehh, tersayap hati kot. Jodoh pertemuan ni semua di tangan Allah. Mana kita nak tau kan. Tapi tu lah kan, manusia, bukan kita boleh tutup mulut dia.

And another thing, tak tau lah betul ke tidak. Kebanyakan single women, kadang-kadang orang lelaki takut nak dekat sebabnya, this single woman pakai kereta besar, ada kerja besar. Lelaki takut nak dekat. Sebab apa, lelaki ni ada jugak egonya yang tak nak pasangan dia lebih dari dia. Errkkk, I don't know the truth of this sort of story, kena mintak pandangan guys la kot kan. Ce jawab, betul ke tidak? Ke ada sebab lain.

be thankful

When you fell annoyed on 'too sweet-marriage-love' posting appeared on you Facebook timeline. Ok, this one macam agak sakit hati la jugak. Sikit lah. Tak, bukan nak dengki ka cemburu terlampau or else dengan kebahagiaan mereka itu. Tapi, mohonlah berpada-pada nak posting pun. Tahulah bahagia sangat sampai tak terungkap, sampai-sampai dah terlebih nak jadi menunjuk-nunjuk dan riak pulak kata bahagia sangat nak canang satu dunia. Orang lain pun ada jugak yang bahagia. Bukan dia sorang. Tercalar sekejap hati single daku ini baca posting yang terlebih lovey-dovey ni. Korang pernah rasa tak perasaan macam ni? Ke Shad sorang je? Hehe. Well, I am not so-good-polite-single-girl yang OK-LIKE-COMMENT-BESTNYE dekat posting orang yang macam tu. Kalau lah ada button UNLIKE, dah lama dah unlike. Besederhana itu sangatlah bagus dari segenap aspek. As a good friend, we always mendoakan yang baik-baik and happy ever after till jannah untuk kawan-kawan kita ni.

When you have a whatsapp group full of marriage people and they always talk about marriage life. Yang ni satu hal lagi. Aduhailah, terjebak sungguhlah. Dalam group whatsapp yang ada 30-40 orang macam tu, bila hari-hari nampak duk bercerita pasal masalah rumah-tangga bagai, korang rasa apa? Baca pun stress tau. Ya, sebagai kawan, memang kita sepatutnya bagi nasihat, bagi support untuk kawan yang ada masalah ni, tapikan kalau dah pakat berjemaah duk mengutuk suami-suami sendiri dalam group whatsapp yang ada ramai orang tu apa ka pekdahnye pulak?? Bila sayang, terlampau lah nak menunjuk up status kat fb bagai nak rak, bila gaduh sikit, mula lah buka aib sana-sini. Terdera jiwa bila pegang handphone pun. Last-last, aku leave gak group yang macam ni. Haha. Senang hati-jiwa raga single aku.

When you fell jealous toward your friend getting a teddy bear from their beloved  on their birthday. Yang ni macam lawak sikit. Sifat kebudak-budakan sangat bila tetiba rasa cemburu dengan kawan sendiri bila dia dapat hadiah birthday dari boyfriend dia. Hehe. Kadang-kadang terasa juga nak disayangi, ye dak. Ada orang ambil berat dengan kita. Bagi hadiah, bagi bunga bagai. Biasalah perempuan kan, suka sangat benda-benda touching gitu. Hehe. Padahal boleh je beli hadiah untuk diri sendiri sempena birthday sendiri. Hehe.

Being Single Really Sucked? Why? Come and leave you opinion in the comment box below. Hehe. Kita kongsi-kongsi story meh. Thank you for the visit.
With Love,
Shad

You May Also Like

5 Comment

  1. Saya rasa macam ni bila semua kawan saya tengah busy dengan boyfriends diaoarang. Rasa macam forever alone sangat. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaa, good point there, sangat betulll, setuju sangat-sangat. bila dah sensorang tu, mula lah, layan movie sensorang, tak pun layan running man..

      Delete
  2. Replies
    1. ahaaa, rasanya item no.2 ni memang ramai yang angguk bila baca.. tapi itulah yang banyak berlaku dlm masyarakat kita sekarang ni.. hurm..

      Delete
  3. Biasa jiran2 saudara mara ada yg sibuk bertanya bila nak kahwin... Bila dah kawen tnya bab anak pulak kalau belum.megandung lg kan.. Kalu ada anak sorg kalut tnya bila nak tambah.. Kalau anak.setahun seorg gak ckp beranak mcm kucing

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You