Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kini Berwajah Baharu

by - September 25, 2016

Greetings and Assalamualaikum to all.

Memperkenalkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu
Dengan Formulasi Dipertingkatkan & Berwajah Baharu!

Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat. Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu merupakan produk yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan wanita khususnya dan masyarakat amnya. Sedia maklum, kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya kawasan intim. Ya, betul. Hari ni Shad nak up entry khusus buat semua wanita perhiasan dunia.


Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajdi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semulajadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi kita dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasikan dengan bahan semulajadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkatkan dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.


Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasikan daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua peringkat umur wanita dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai iaitu Orkid, Mawar, Floral, Musk, Gambir dan Fruity.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid - Haruman segar dari kumtuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar - Wangian Mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral - Kombinasi percikan aroma pelbagai bungaan memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk - Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir - Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Fruity - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Cara Penggunaan:
Tuangkan sedikit cecair pada tapak tangan dan bersihkan kawasan intim anda. Bilas dengan air sehingga bersih.

Perhatian/ Caution:
Hentikan penggunaan jika berlaku iritasi./ Discontinue usage if irritation occurs.

My review:
I love the refreshing fragrance from this SUMBER AYU Feminine Hygiene Wash with Betal Leaf, improved formulation. Tak terlalu strong sangat bau dia. Nice and sweety macam tu lah. Dan dari pengalaman guna pembersih kewanitaan Sumber Ayu dulu dan kini, tak pernah lagi berlaku iritasi. Hehe. Alhamdulillah. Harga pun affordable. Mampu milik gitu. Kalau sebelum ni anda belum pernah guna pembersih kewanitaan, mesti cuba ya. Rasai kelainannya ok. Untuk manfaat dan kebersihan diri kita juga. Tak ada ruginya nak spend sedikit duit untuk beli benda peribadi ini. Okkey.

Rangkain Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM3.60(90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkain penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.

*Sponsored post. Thank you for reading. 

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You