Lynnity Botanic Health & Lynnity Relief Essential Oil Memang Best

by - November 26, 2017

Greetings to all.

Lynnity Botanic Health & Lynnity Relief Essential Oil Memang Best. Good day everyone. Ok, actually Shad baru sahaja balik dari travel dan convo my lil sis. Dari Jitra ke Nilai bukan jarak yang dekat. Seronok memang seronok, tapi sudah menjadi lumrah bila dah namanya berjalan jauh dan terlalu lama di dalam kenderaan, badan kita akan mudah terasa letih, lesu, lenguh-lenguh badan dan tidur yang terganggu. Ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu sekejap panas, sekejap hujan boleh mengundang sakit kepala dan selesema. Shad sangat gembira sebab Shad dah ada penyelamat yang boleh bantu selesaikan masalah ini iaitu dua produk dari Lynnity, Lynnity Botanic Health (Phyto Citrus Blend) dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil).

Sebelum Shad cerita lebih lanjut, eloklah kalau kita kenali serba sedikit mengenai Lynnity. Lynnity adalah gabungan makanan tambahan yang diperolehi daripada tradisional herba Cina yang menggunakan teknologi moden. Dengan tagline "Let the Farm be your Pharmacy", Lynnity sangat mengutamakan bahan semulajadi dalam setiap inovasi produk dengan jaminan kualiti tinggi. Semua produk Lynnity dihasilkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bertaraf GMP & HACCP. Ianya berkesan dan selamat untuk digunakan.


Lynnity Botanic Health (Phyto Citrus Blend)
RM138  - 15 paket | 20g setiap paket

Lynnity Botanic Health ialah minuman kesihatan yang dihasilkan daripada buah Manggis, Blue Green Algae, Orthosiphon (Misai Kucing) dan lebih daripada 30 bahan lain yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijian, vitamin & mineral serta amino asid sebagai bahan utama dalam menghasilkan Botanic Health yang bagus untuk kesihatan tulang, sendi dan jantung disamping memberi tenaga dan membantu mengawal kolestrol dalam badan seseorang individu. Tulang yang kuat, sendi yang baik serta jantung yang sihat sangat penting untuk penting untuk mengekalkan gaya hidup yang berterusan!

Secara umum, penuaan menyebabkan sendi dan pergerakan kita terbatas. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila bermulanya masalah osteoporosis, radang sendi atau osteoarthritis yang menyekat pergerakan setiap penghidapnya. Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan tulang dan sendi, dengan mengamalkan Botanic Health ia juga boleh membantu mencegah osteoporosis kerana minuman Botanic Health mmengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan dan meningkatkan kepadatan tulang.


Kandungan Penuh Lynnity Botanic Health:
Pomegranate, coarse rice, corn, soy bean, red bean, barley, mung bean, brown rice, almond, green bean, lotus seed, black soy bean, millet, black sesame, glutinous rice, flax seed, wheat, green pea, walnut, yam, mangosteen, pear, green apple, pineapple, kiwi, passion fruit, lemon, spinach, celery, cucumber, parsley, blue green algae, lithothamnion seaweed, Orthosiphon (Misai Kucing), turmeric, black ginger, ascorbic acid, oat bran, I-arginine, taurine, natural milk amino acid (alanine, arginine, aspartic acid, cystine, glutamic acid, glycine, histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylephrine, proline, serine, threonine, tryptophan, tyrosine, valine), vitamin & mineral premixed (thiamine, vitamin a, vitamin d3, biotin, folic acid, niacin, pantothenic acid, vitamin b12, b2, b6, vitamin c, calcium, iodine, iron, magnesium, selenium, phosphorus & zinc).

Kebaikan Lynnity Botanic Health: 
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi.
  • Membaik pulih dan mengekalkan kesihatan tulang dan rawan.
  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
  • Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal.
  • Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Cara pengambilan:
Campurkan satu paket 20 gram Botanic Health dengan 200ml air suam dan minum sewaktu sarapan pagi atau tengah hari atau pada waktu makan malam.

Lynnity Botanic Health

#ShadReview Lynnity Botanic Health
Secara jujurnya, Shad memang seorang yang sangat cerewet dalam memilih sesuatu makanan kerana Shad percaya apa yang kita makan, itulah kita. Pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Mencuba Lynnity Botanic Health yang sangat bagus untuk kesihatan tulang, bagi Shad ia sesuatu yang patut diteruskan. Didatangkan dalam bentuk serbuk di dalam paket, Botanic Health sangat mudah untuk disediakan, juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Rasanya light taste, tak ada rasa manis @sangat kurang (lidah Shad) dan tanpa gula tambahan, ada rasa macam plain oat, susu tepung lebih kurang. Jujurnya, rasa Botanic Health ni memang tak sesedap air milo ais, iyalah dah nama pun minuman kesihatan kan, hehe. Alhamdulillah, masih boleh telan lagi. Hehe. Warnanya hijau muda apabila dibancuh, dan kepekatannya sederhana

Melegakan sakit belakang dan lenguh-lenguh pinggang dan kaki
Setiap kali Shad travel dan masa banyak di dalam kereta sehingga berjam-jam lamanya terutama apabila memandu, memang akan terasa lenguh dan sengal badan, sakit bahagian pinggang dan belakang badan. Alhamdulillah, lepas Shad amalkan Botanic Health, Shad nampak perubahan yang sangat positif. Lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit belakang badan memang ketara sangat berkurang. 

Mengenyangkan
Shad suka minum Botanic Health sewaktu sarapan pagi sebab ia buatkan Shad merasa kenyang dalam masa lebih lama. Sebelum mengamalkan Botanic Health, tak sampai waktu lunch lagi, perut dah berdondang sayang mintak diisi. Lepas minum Botanic Health yang sememangnya kaya dengan serat (ada oat, beras perang), masa makan Shad jadi lebih teratur dan ikut timing. Memang terbaik kalau nak diet. 

Membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
Shad juga suka minum Botanic Health apabila pengambilan sayur dah buah-buahan kurang dalam diet pemakanan seharian Shad. Jika dilihat kepada bahan-bahan minuman Botanic Health ini, ternyata banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat membantu mengekalkan fungsi usus secara tetap. Sistem pencernaan yang baik akan hasilkan kulit yang sihat. 


Botanic Health merupakan formula baru dari Ireland dan keputusan boleh dilihat selepas 10 hari penggunaan. Ia bukan sekadar makanan tambahan yang membantu mengurangkan kesakitan atau menambah kalsium, ia juga membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang serta menggalakkan kesihatan tulang, mengekalkan tulang dan sendi, membaikpulih tulang rawan selain membantu menambahkan kolagen. Tanpa kesan sampingan dan memakan Botanic Health dalam jangka panjang akan membantu melindungi dan memperbaiki tulang dan sendi.

Lynnity Relief Essential oil

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil)
RM88 10ml

Lynnity Relief adalah essential oil yang dihasilkan daripada bahan terpilih terdiri daripada bunga-bungaan yang sangat bagus untuk membantu melegakan ketidakselesaan ringan/ sederhana. Lynnity Relief yang didatangkan dalam bentuk roll-on ini merupakan campuran eksklusif essential oil tulen yang diformulasikan untuk digunakan sebagai bau yang memberi kesegaran, memberi tenaga dan melegakan. Sangat mudah untuk digunakan, hanya sapu sahaja sama ada di dahi, pelipis atau leher, bila-bila masa, di mana sahaja yang diperlukan!


Bahan/ Ingredients Penuh Lynnity Relief:
Mentha piperita (Peppermint) oil, Abies balsamea (Balsam Canada) needle oil, Eugenia caryophyllus (Clove) bud oil, Cocos nucifera (Coconut) oil, Lavender Flower, Hawaiian Sandalwood, SunFlower, Eucalyptus Leaf, Clary Sage Flower, Roman Chamomile Flower, Cedarwood Wood, Ylang Ylang Flower, Geranium Plant.

Lynnity Relief sangat memudahkan dengan adanya fungsi roll-on dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk lelaki: Sangat sesuai digunakan untuk melegakan ketidakselesaan setelah seharian penat bekerja.
  1. Sapukan Lynnity Relief pada tangan, lengan, kaki & lutut sebelum dan selepas senaman.
  2. Gosok pada bahu & otot belakang selepas seharian mengangkat beban berat.
  3. Gosok di dada, pelipis, atau pergelangan tangan anda untuk meningkatkan mood kecergasan dan meningkatkan tenaga.
  4. Gosokkan pada pelipis sebelum memandu untuk membantu melegakan tekanan.
Untuk wanita: Lynnity Relief memberikan kelegaan dan keselesaan ketika datang bulan.
Sapukan Lynnity Relief pada perut untuk merasai kelegaan dan cooling effect (menyejukkan) pada kulit yang terasa panas. Ia juga boleh membantu menenangkan emosi. 

Untuk Bayi dan Kanak-kanak: Lynnity Relief merupakan essential oils yang dipilih dengan teliti untuk memberi kebaikan ketika anda ingin belajar dan menumpukan perhatian. Selain itu, Lynnity Relief membantu melancarkan pernafasan disamping meminimakan kesan daripada selesema dan batuk. Lynnity Relief boleh disapu di dada, belakang badan atau tapak kaki pada waktu malam untuk menenangkan deria dan mendapatkan tidur yang tenang dan nyenyak.
  1. Sapukan secara langsung dari telapak tangan, atau sapukan pada dada, leher atau kaki apabila selesema, sejuk atau batuk.
  2. Sapukan pada waktu tidur untuk tidur malam yang nyenyak. 
  3. Urut Lynnity Relief pada bayi (1-2 titis) atau kaki kanak-kanak sebelum tidur. 
  4. Sapukan pada pergelangan tangan atau belakang tangan dan hidu dengan mendalam untuk mendapatkan rasa tenang dan minda yang lapang/ clear mind. 

#ShadReview Lynnity Relief Essential Oil
Secara jujur, Shad memang sangat-sangat suka dengan Lynnity Relief essential oil ini. Dah lama sebenarnya teringin nak guna EO, akhirnya berpeluang. Dengan adanya roll-on applicator, ia mudah digunakan dan saiz yang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Yang penting ia berkesan. 

Bau yang segar dan menenangkan
Lynnity Relief terapi ini bau best sangat, bau lembut bunga-bungaan yang menenangkan. Boleh buat Shad relax dan menghilangkan tekanan/ stress. 

Membantu memudahkan tidur malam
Kalau nak tahu, Shad memang susah nak tidur malam. Insomnia tahap membimbangkan jugak. Bayangkan, dah siap baring pukul 11 malam, pukul 1 pagi belum tentu lagi Shad terlena. Alhamdulillah, sejak dua menjak lepas guna Lynnity Relief EO ni setiap malam, sekarang Shad dengan mudahnya dapat lelapkan mata. Indahnya, dengan bau yang menenangkan, Lynnity Relief sangat membantu memudahkan Shad tidur malam. 

Melegakan pening kepala
Sakit kepala dengan Shad memang tak boleh dipisahkan. Tak boleh kena panas sikit, mulalah nak pening kepala. Mungkin sebab kurang air putih, cuaca panas dan lain-lain lagi. Adanya Lynnity Relief Essential oil dengan bau yang menyegarkan, ia mampu mengurangkan dan melegakan pening kepala. 


Memulihkan batuk dan selesema
Balik dari travel, dengan cuaca yang tak menentu, Shad memang dah ada tanda-tanda nak demam selesema dan batuk-batuk. Cepat-cepat Shad sapu Lynnity Relief. Tak sempat nak selesema dan batuk teruk, alhamdulillah dah lega lepas sapu Lynnity Relief Essential oil.

Kesimpulannya, Shad memang suka dengan kedua-dua produk dari Lynnity yang Shad try ni. Minuman Botanic Health yang kaya dengan lebih daripada 30 bahan terpilih, mampu untuk meningkatkan kesihatan tulang dan sendi disamping menyihatkan jantung. Lynnity Relief Essential oil pula mempunyai bau bungaan yang menyegarkan dan mampu untuk melegakan ketidakselesaan ringan. Produk yang mudah dan berkesan tanpa kesan sampingan ini sewajarnya dicuba dan diamalkan.

Lynnity

You May Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You