In Memory : SKPK Princess Elizabeth

by - April 14, 2013

Assalamualaikum... Bismillah..

In Memory : SKPK Princess Elizabeth. Pengalaman yang kubawa bersama, diluahkan melalui tulisan ini. Perkongsian satu perjalanan ke SKPK Princess Elizabeth, Johor Bharu. Course Shad ada buat satu Lawatan ilmiah ke SKPK Princes Elizabeth ni untuk memenuhi syarat assigment subjek Aplikasi Braille dalam pengajian Quran dan Sunnah. Mungkin entry ini agak panjang sedikit, but This is a MEMORY. A memorable one.

Entry ini ku dedikasikan buat teman-teman seperjuangan Ecah, Eqin, Yaya, Ika, K.Nina, K.Ana, Adnien, Aina, Kodi, Yani, Kema, kak Dayah, KaK Sal, Ira, Tikah, Huda, Dayang, Hanim, Rasyid, Faaiz, Kerul, Din, Iju, Nuar, Ridwan dan semua kawan-kawan seperjuangan Qm sekalian. (*Ramai sangat nak tag*). Semoga coretanku ini dapat menjadi kenang-kenangan kita semua.

So, here we go,
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)Princess Elizabeth, Johor Bharu a Memory.


11 April 2013
Seawal jam 3.30 ptg, Shad bertolak dari USIM, Nilai bersama teman2 satu kos, Quranic with Multimedia studies (QM) menaiki bas Usim ke Johor Bharu. Dalam bas tu mula-mula happening la jugak. Excited la katakan. Last-last semua diam je. Pejam mata, melayari bahtera mimpi. Berhenti rehat dekat RNR + solat sekejap dan meneruskan perjalanan. Kitorang selamat sampai di Aok Valley Hotel pada jam 8.30 malam. Apalagi, punya lah teruja. This is my first ever after duduk hotel. Sejuk bangat. Untuk malam 11 April ni, memang kitorang buat kerja sendiri, makan dan rehat saja. Punyalah sejuk bilik hotel ni ha. Tahap beku dah. Ni belum fly pergi Korea lagi.


12 April 2013
Jam 6.00 pagi lagi dah bangun siap-siap, sarapan semua. Then bertolak ke SKPK P.E dan selamat tiba pada jam 8.30 pagi. Kami disambut mersa oleh guru besar, Puan Nafisah bt Ismail. Kami diberi taklimat oleh Guru Penolong Kanan Koko sekolah/Ketua Warden, Ustaz Azmi serba-sedikit menganai SKPK Princess Elizabeth. Mula ditubuhkan pada tahun 1945 dengan hanya beberapa orang murid. Sekolah ini mendapat bantuan dari kerajaan, untuk penambahbaikan infrasuktur dan mendapat pembiayaan kos sara hidup bagi setiap pelajar di SKPK P.E sepenuhnya oleh kerajaan sehingga ke hari ini. SKPK P.E dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik (Kategori Pendidikan Khas) pada tahun 2009. Pelajar terdiri daripada golongan totally blind (buta sepenuhnya) dan penglihatan terhad/ low vision/ rabun. Walaupun mereka begitu, tetapi pencapaian akademik, olahraga mereka memang osem.


Jam 10.15 pagi, kami dibawa oleh guru-guru sekolah melawat kawasan sekitar sekolah dan melihat infrasuktur yang disediakan termasuklah alat bantuan mengajar. Kami dibawa melawat ke perpustakaan yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah Brailler (mesin berupa mesin taip yang digunakan untuk menaip huruf-huruf braille), Olympia, Large Print (lembaran kerja dibesarkan saiz tulisan), CCTV (alat yang membolehkan pelajar rabun membaca buku (membesarkan huruf), Al-Quran Braille, buku-buku cerita dan buku pelajaran.



Kami juga dibawa melawat ke kelas-kelas pelajar. Dalam satu kelas tu, tak lebih dari sepuluh orang rasanya. Kemuadian kami dibawa melawat ke asrama pelajar, bilik percetakan yang menempatkan mesin Thermoform, bengkel membaiki brailler dan makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan terkini.


Kelas Diorang. cantik kan.
Sesi kedua 11.35 pagi - Khidmat masyarakat dan beramah mesra dengan pelajar. Dengan kudrat pinjaman Allah, dan khidmat yang tak seberapa ini, kami membantu membersihkan surau, mencuci tandas di asrama, mengemas dan membantu adik-adik mengemas loker baju. Di sini suka shad nyatakan, SKPK Princess Elizabeth ini bukan sekolah biasa-biasa, tetapi ini adalah sekolah pelajar-pelajar istimewa. Walaupun mereka kurang dari segi penglihatan, tetapi Allah kurniakan mereka begitu banyak keistimewaan. Subhanallah. 

Menitis air mata melihat kecekalan mereka. Betapa mereka kuat dan mampu tersenyum apabila diusik. Betapa mereka redha dengan ketentuan Allah kepada mereka. Seriously, mereka sangat peramah, cerdik budaknya. Tersentuh hati ini melihat mereka.


Sesi ketiga selepas makan tengah hari dan solat diteruskan dengan sesi beramah-mesra bersama adik-adik di dalam kelas petang sambil mengajar serba-sedikit huruf-huruf jawi, dan bercerita kisah-kisah sahabat dan anbiya'. Sangat teruja melihat mereka menaip tulisan braille dengan sangat pantas menggunakan brailler yang dibekalkan seorang satu kepada mereka. 

Allahuakbar. Ada di antara mereka yang dikurniakan suara yang sangat merdu ketika diminta menasyidkan satu lagu. Walaupun mereka kurang dari segi penglihatan, tetapi mereka mampu menghafal dengan lancar surah-surah di dalam al-quran seperti surah an-Naba' yang kadang-kadang kita yang celik ini pun tersangkut. Allahuakbar. Sayu hati ini apabila diminta oleh mereka untuk menyanyikan satu lagu. Betapa mereka menghargai kita yang datang melawat mereka.


Adik-adik ni memang sporting habis. Happening, friendly, and cheerful sampai kita yang celik ni pun menitiskan air mata melihat betapa mereka redha dengan ketentuan-Nya. Ya Allah, kuatkanlah hati mereka untuk menempuh dugaan-Mu ini Ya Allah. Lapangkanlah dada mereka Ya Allah. Berikanlah kejayaan, kegembiraan, rezeki yang melimpah ruah kepada mereka Ya Allah.


Sesi terakhir diteruskan dengan menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah dan sesi bergambar bersama guru-guru dan adik-adik. Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kesempatan kepadaku dan teman-teman untuk bersama adik-adik di SKPK Princess Elizabeth. Jutaan terima kasih buat pihak sekolah yang sudi menerima lawatan kami. Juga ribuan terima kasih buat Ustaz Adzam kerana memberikan kesempatan ini kepada kami untuk merasai betapa di dunia ini kita hanya hamba Allah. Sungguh hati ini dipenuhi keinsafan. Sungguh hati ini pilu. Sungguh hati ini menangis melihat adik-adik yang disayangi. Moga kamu semua kuat.

            


Credit Video kepada : Adnien
[Ain, Izzah, Fatimah, Amierah, Zulaikha, Iqbal, Ker Xing, Susan, Haikal, Rafik, Haziq, 
Irfan, Firdaus, Fatihah, Hakimi, Tufik, Aqwa and all. -always remember all of you-]

13 April 2013
Tiada apa untuk diceritakan. Kerana hati ini merintih sayu dan sedih menaip bait-bait kata di atas. Kami bertolak pulang ke Nilai dan selamat sampai pada jam 6.30 petang.

Ps:Maaf jika entry ini agak panjang. Maaf jika entry ini agak kelam-kabut sikit.
Credit gambar; Cik Eqin, Shad, Faaiz.
Credit Video; Adnien. Idea asal dan ditaip oleh; Shad.

You May Also Like

7 Comment

  1. seronok bt aktiviti mcm ne kan, rasa tenang n ikhlaas..

    ReplyDelete
  2. wasalam.. aktiviti khidmat masyarakat memang bagus untuk kita join. Baca entry kamu nie aida teringat kenangan masa PLKN selalu join program macam nie. Itu lah kan kadang2 malu dengan diri sendiri yang sempurna nie, depa yang kurang tu pun berjaya dari kita. amin.. moga mereka berjaya dunia dan akhirat. Best je tengok gambar2 dekat entry nie :)

    ReplyDelete
  3. @Cik FieAlhamdulillah.. program yang sangat bermanfaat.
    @Diari Si Froggie kan aida, setuju dgn fakta yg aida cakap tu. termalu sendiri. dan malu jugak dekat Allah, sebab macam kita krg bersyukur. Nikmat Allah bagi kat kita tak ternilai, tapi kita....
    @◕ D Y S H A S A H H I R ◕ betul2 kak dysha, serius buat kita insaf..

    ReplyDelete
  4. pengalaman hidup mengajar erti kedewasaan :')

    pengalaman hidup jugak mengajar erti syukur :'D

    Allah Allah <3

    miss u much.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt cik shad.. saya baru terjumpa dan baca entry ni.. selepas 6 tahun kot.. terima kasih atas coretan ni.. sebagai kenangan dan bukti.. boleh juga jadi panduan kpd junior2 utk buat program..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You