Korea : Day 2 Part 2 : Hanyang Cyber Uni | Namsan | Namsan Tower | Teddy Bear Museum

by - November 29, 2013

Salam and greeetings to all. 

Kita sambung lagi kembara ke Korea ya. Stay tune. Entry yang panjang lagi mungkin. Selamat membaca ya.

Korea : Day 2 Part 2 : Hanyang Cyber Uni | Namsan | Namsan Tower | Teddy Bear Museum

Hanyang Cyber University(HYCU)

Main entrance, betul-betul connected dgn subway.
Hanyang Cyber University(HYCU), Global e-learning leader. Nak ke Hanyang University by Subway Station, ambik Line No.2 to Hanyang University Station, Exit No.2. Subway Station ni betul-betul connected dengan HYCU ni. Sampai je kat Hanyang University tu, huwaaaa! Subhanallah, besar giler University dia. Kalah Putrajaya. Dan cantik sangaaattt.

Cantik..
Padanlah dengan high quality education yang dia provide kan. HYCU is Korea’s recognized leader in cyber education. Memang oshem, mostly diorang ni belajar tak perlu pergi kuliah pun. Semuanya pakai internet. Sit for exam pun, On9. Memang Internet all over the world lah. Diorang pergi kampus pun, untuk discussion and jumpa lecturer untuk certain things je. Nak tau, courses yang dia provide ada berapa? More than 3000 courses kot. Gila banyak.

Serius besar dan luas universiti ni.
Why HYCU?

- Korea’s largest cyber university and graduate school.
- Educational infrastructure, hi-tech lecture room, beautiful spacious campus with lots of amenities.
- Experienced faculty educated and trained in prestigious universities at home and abroad.
- Consistently recognized as the best cyber university by domestic and foreign organizations
- Student-focused hi-tech educational system which can be accessed anytime and anywhere
- Lectures offered by professors from renowned universities abroad, and variety of educational programs.
- Collaborative relationship with leading organizations and companies at home and abroad
- Highest number of scholarship programs among domestic cyber university
- Overseas cultural exchange programs available to nurture future global leaders.


Done promote HYCU. Conclusion kat sini, HYCU ni memang daebak and awesome. Hanyang Cyber University(HYCU), Global e-learning leader. Done meeting, kitorang snap-snap picture lah lepas tu.

Lunch at Itaewon with Korean menu, Bibimbab

Menu makanan Korea halal yang lain
Ohmy, tak makan lagi hari ni, sarapan je pagi tadi. Terus kitorang cepat-cepat gerak ke Itaewon untuk lunch. Lunch la sangat kan, dah pukul 4 petang kot waktu tu. Belasah je lah. Untuk hari ke dua ni, Shad try Korean meal, Bibimbab. Cara makan dia, gaul je semua benda yang kat dalam mangkuk clay tu. Then makan. Huhu.

Bibimbab
Bibimbab kat Restoren Murree Muslim Food ni harganya 8Ribu Won. Tambah air Milky Coconut, 4Ribu Won. Sedap air dia. Total, 12Ribu Won sahaja. Kawan Shad yang sorang lagi makan Bul Go-Gi, dia macam bubur ke ape tah. Hehe.

Muka hepy. Jom makan jom.
Namsan

Seoul Tower
Done makan, solat and rest-rest kejap. Kitorang decide nak pergi Namsan malam tu jugak. Konon nak tengok night view of Seoul lah. Huhu. Dari Itaewon tu, kitorang naik teksi je, dalam 5-6 Ribu Won macam tu je. Okkey la kan, satu teksi naik 4 orang, sorang bayar dalam 1Ribu Won lebih je.

Night View of Seoul. Cantik Sangat.
Namsan ni merupakan sebuah gunung yang berada kat tengah-tengah Bandar metropolitan Seoul. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di sekitar Namsan ni. Dekat area kaki gunung Namsan ni ada Namsagol Hannouk Village, perkampungan tradisional orang-orang Korea. Shad tak sempat ke sana lagi. Memandangkan dah malam, terus kitorang decide nak naik ke puncak gunung Namsan ni. Ada tiga cara nak ke sana,

1. Naik Cabel Car
2. Naik Bas
3. Trek untuk berjalan kaki.

Shad naik cabel car je. Dia punya cabel car boleh tahan besar. Kalau korang pernah tengok cerita City Hunter, haa bayangkan macam tu lah ye. Tapi tak berapa selesa sangat, sebab memang dia sumbat ramai orang masuk dalam satu cabel car tu pun. Lagi best naik cabel car dekat Genting Highland, Malaysia lagi. Hehe. Apa-apa pun, memang teruja jugak la, sebab boleh tengok night view of Seoul. Tak terkelip mata ni pandang. Harga tiket naik cabel car 8 Ribu Won seorang (dewasa). Tapi kalau nak thrill, dan pergi waktu siang, boleh guna trek pejalan kaki. Macam best je. Boleh senaman sekali. Hoho.


Sejuk betul kat atas puncak ni ha. 4 ̊C awak. Sebab bulan November jugak kot, dah nak masuk winter. Kat atas puncak Gunung Namsan ni pun, ada macam-macam taw. Salah satunya, Namsan Tower, menara telekomunikasi Seoul. Macam dekat Malaysia la jugak, ada menara Kuala Lumpur. Kat atas sana boleh la nak tengok view of Seoul. Ada restoren jugak atas sana. Shad tak naik pun. Hoho.

Kunci-kunci hatiku. Hoho
Lagi yang best and femes dekat Namsan, ada love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci mangga yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan. So sweet kan. Serius banyak betul kunci mangga.

Nama siapa tu?
Kat puncak Gunung Namsan ni ada Teddy Bear Museum taw. Sapa suka teddy bear, boleh la masuk tengok. Nak beli pun boleh. Memang geram gila lah tengok bear-bear yang besar gedabak kat situ.

Sama tinggi dengan bear dah.
Tiap-tiap malam dekat puncak Gunung Namsan ni, ada pertunjukan lighting yang dipantulkan dekat menara. Dalam pukul 8.30 malam macam tu. Memang oshem. Dan kalau tak salah shad, siang pun ada pertunjukan jugak. Pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri Korea. Oshem kan.


Dah siap jelajah sana-sini. Kaki pun mintak rehat. Nak kena redah orang ramai lagi dekat subway tu ha. Esok pulak sambung kembara menjejak kota Seoul ni ye. Amacam, best kan Korea. Rasa macam tak percaya ja dapat jejak ke sana. 


You May Also Like

14 Comment

  1. daebak..haha...kat namsan tower tu ade jmpe x padlock Khuntoria WGM?hihi

    ReplyDelete
  2. @Erna Shafiqah Hehe.. tidak mampu saya nak mencari.. betapa banyaknya padlock di situ. hoho.. erna g korea jugak kan nanti,

    ReplyDelete
  3. besnye dpt g namsan tower..salah satu destinasi jgk nie bila ke korea nnti..btw, teddy bear museum tu msuk kena byr ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum,Wow, good when I can get there hehehe, eetings introductions, please visit my blog or directly to https://play.google.com/store/apps/details?id=air.PuzzleBarbie and https://play.google.com/store/apps / details id = air.KumpulanDongeng, there is the story of a nice puzzle from indonesia and to mkendidik and sharpen his wits, perhaps you consistently have a son, a brother, a nephew who was a boy, silhkan try FREE, hopefully useful, thanks

    ReplyDelete
  5. @Syuhada Salleh hehe.. teddy bear museum masuk ada bayaran.. hehe :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya gi Korea! Nad teringin juga nak ke sana :)

    ReplyDelete
  7. bibimbap tu rasa apa?
    eh sama tinggi dengan teddy, hihi comel! :D

    ReplyDelete
  8. @Nadratul Syazwana alhamdulillah, rezeki.
    @Fatin Diana bibimbab tu rasa macam nasik kita jugak, cumanya nak makan dia, kena gaul dulu semua bahan dalam tu.. boleh tahan sedap jugak la..hehe. teddy bear itu besar gedabak..

    ReplyDelete
  9. woohoo...mmg ohsem tgk view kota seoul dr atas puncak gunung..mlm2 pn still boleh naik ek cable car tu shad?Klu shad dtg busan nti boleh la naik ropeway (cable car) kt Tongyeong-si pulak..ropeway ni adalah yg terpjgn di korea,1975m!view dia pn mmg cantik sgt..:)

    klu shad dtg bln 12 mst dh boleh main snow kan..tgh bln 12 dh turun snow tau kt seoul..lg sejuk..hehe

    http://www.ummiaisys.blogspot.kr/2014/01/eksaitednya-bermain-snow.html

    ReplyDelete
  10. @ummiaisys malam2 pun ada kabel car jugak kak.. waahh.. kat busan pun banyak tempat menarik gak. kaannn, shad pegi awal bulan 11. next time nak planning pegi time winter.. nak main snow gak..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum shad. wahhh akak teringin nak makan kimchi. heeeeee

    ReplyDelete
  12. best laaa :) teruja tengok tambah pulak iraa ni peminat kpop. jelly gilaaaa. Eh, nanty klau pergi lagi, kirim laa ole-ole sikit :P *mukatakmalu.

    ReplyDelete
  13. ohh...rupanya Shad dah pernah ke Korea...ramai ahli rombongan :-)

    nak baca all entri pasal Korea ni lah

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You