Tazkirah Jumaat 1.11.2013 : Kisah Abu Yazid Al-Bustami dan paderi gereja

by - November 01, 2013

Assalamualaikum and greetings to all. Say Alhamdulillah, Thank you Allah sebab kita masih dipanjangkan umur. Dah masuk bulan November dah ye. Cepatnya masa berlalu kan. Semoga bulan ni, lebih banyak amal kebaikan yang kita lakukan. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik, semoga dilimpahkah rezeki yang banyak. Amin..

Here we go. A story about Abu Yazid Al-Bustami dan paderi gereja. Kisah ni Ustaz shad cerita time dalam kuliah semalam. Terangguk-angguk and oooo je time dengar kisah ni. Hebatnya beliau. Allah. Jom sama-sama kita hayati, mana yang baik kita ambik, mana yang tak baik jadikan sempadan.


Abu Yazid Al-Bustami merupakan seorang ahli sufi. Diceritakan, bahawa dia telah bermimpi supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya berulang. Lalu dia bersiap lah untuk ke gereja tersebut.

Maka, dia pun masuk ke dalam gereja tersebut dan duduk bersama paderi-paderi lain tanpa diketahui sambil menunggu ketua paderi. Setelah ketua paderi datang, ketua paderi itu tidak dapat berucap. Dia ternampak salah seorang dari ahli-ahli di dalam gereja itu, mukanya bercahaya. Lalu ketua paderi itu berkata, "Aku tidak dapat memberikan ucapan pada hari ini kerana aku lihat ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini." Lalu paderi-paderi yang lain nyata terkejut dan ingin membunuh lelaki itu.

Lalu ketua paderi berkata, "Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Lalu, Abu Yazid Al-Bustani pun bangun tanpa rasa takut. Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan pertanyaan yang lain?” Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya, apakah kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

Subhanallah.. Hebatkan Abu Yazid Al-Bustami ni..


Antara pertanyaan ketua paderi. Dan jawapan Abu Yazid Al-Bustami :

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Perjalanan Nabi Musa a.s bersama Khidir a.s.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.


Dan sehinggalah yang ke lima puluh.. Boleh view SINI. Mana-mana info yang ada khilaf, mohon betulkan.

Info/credit: http://www.iluvislam.com/.

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You