Shiseido Tsubaki Damage Care | Product Review
Greeting and Assalamualaikum to all.
Shiseido Tsubaki Damage Care | Product Review. Selamat malam semua. Hari ni nak review satu produk rambut. Ni rasanya entry pertama review tentang hair care product. Baru-baru ni Shad dapat parcel dari Carmen Layrynn. Dapat Free Travel Pack Shiseido Tsubaki Damage Care. Dah ada kat Malaysia dah shampoo ni. Okkey, memang excited sangat nak try. Banyak dah shampoo yang Shad dah cuba, ni terasa nak try dari Shiseido pulak. Korang pakai shampoo apa? Best tak guna?
Well yes, rambut tu aset utama setiap orang kan, terutamanya wanita. Bagi yang bertudung, rasanya penjagaan rambut tu lagi crucial kot. Ok, contoh, pagi-pagi lepas mandi, confirm rambut basah, then korang keluar rumah bertudung nak pergi kerja, berkuap dan semua orang lari sebab tak tahan bau rambut korang. Yerrkkss. Oh noo. So, kena jaga rambut okey. Masalah rambut ni pulak, banyak. Kulit kepala berkelumumur, gatal, rambut gugur, rambut mengerbang dan macam-macam lagi lah. Solutionnya, kena jugak cari hair product atau treatment yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut kita.
Produk ini merupakan produk keluaran di bawah jenama Shiseido. Ada tiga jenis/ range shampoo ni, mengikut kesesuaian rambut anda lah ya. Hehe.
- Shining - Moisture and Shining for normal to dull hair type
- Damage Care - Repair & Shine for dry and damaged hair type
- Head Spa - Scalp Care & Shine for all hair type
Shiseido Tsubaki Damage Care ini mengandungi Camelia oil dan UV protection ingredients untuk memperbaiki rambut rosak dan memberikan kelembutan dan efek shininess kepada rambut. Shiseido Tsubaki Damage Care ni sesuai untuk dry and brittle hair - rambut kering dan rapuh. Macam rambut shad, kering and mengerbang yang ampun. Haha.
And I have a big problem on rambut gugur. Sehari boleh kata 10-20 helai rambut gugur. Gigih kan kira. Ada kajian kata purata normal rambut gugur sehari dalam 50-100. Tapi Shad memang rasa tak normal kalau bila pegang-pegang dan usap-usap rambut, lepas tu ada yang gugur, walaupun 20 helai sehari. Hurmm. Kalau anda ada yang jenis rambut gugur, then jumpa shampoo yang best, drop komen ya. Hehe.
Shampoo
Conditioner
Ok berbalik kepada Shiseido Tsubaki Damage Care tadi. Travel Pack dia dapat 40ml setiap botol tu. Ok lah, untuk penggunaan lima kali kan. Dah nama pun travel pack kan. Hehe. Bau shampoo dengan conditioner dia nice, tak over bau sangat. Shad paling suka conditioner dia, seriously rambut macam dah kurang mengerbang kot dan nampak macam agak shiny-shiny sikit. I like it. Rambut pun rasa lembut je. Dengan penggunaan yang berterusan, harapnya dapat lah a healthy hair inside and outside. Yang pasti akanku jejaki Guardian hujung minggu. Nak pi cari shampoo ni. Apa-apa pun, pilihlah shampoo yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut anda ya. Dan follow tips-tips penjagaan rambut. Taip kat google, banyak tips yang keluar, hehe.
- Shampoo untuk kulit kepala, menguatkan akar rambut dari dalam, dan conditioner untuk rambut, memberikan moisture. Time pakai conditioner tu, pastikan tak terkena kulit kepala ya, takut nanti kulit kepala anda jadi berminyak.
- Seelok-eloknya jangan terus sikat rambut yang basah untuk elakkan lebih banyak rambut gugur.
- Untuk yang mempunyai rambut jenis kering, elakkan mencuci/shampoo rambut setiap hari, ia boleh mengurangkan kelembapan rambut anda.
Product Information
Name : Shiseido Tsubaki Damage Care
Name : Shiseido Tsubaki Damage Care
Where to buy : Tsubaki are available in all Watson's, Guardian, Sasa, Aeon & Tesco outlet in Malaysia.
Price : Shampoo and Conditioner (RM38 - RM40app each for 550ml)
More info : https://www.facebook.com/tsubaki.my
12 Comment
shampoo ade ke..menarik..
ReplyDeleteaah, ni shampoo dengan conditioner.. shad pun pestime dengan shiseido ada keluarkan shampoo... :D
Deleteada dpt tester Shiseido ni... tapi lum sempat nk try... hi hi hi...
ReplyDeletehehe.. try jgn tak try.. kalau tak mo, kasik ke shad je. hehe
Deleteingatkan losyen..rupanya Shampoo
ReplyDeletehehe, shampoo kak jm.. :D
DeleteI'm currently using Himalaya shampoo~ The scent is kinda herbal-ish but I like it haha. Kenapa macam tak perasan shampoo Tsubaki botol warna putih >__< selalu nampak yang merah tu je
ReplyDelete- ieyra | ieyra h.
dia ada tiga, merah, putih dengan oren tak silap, tapi tu lah, banyak nampak yang merah jugakk.. hehe.. ouuhh, himalaya shampoo.. bau herba2 gitu ya.. :D
Deletetak pernah tengok lagi.. first time tengok nih..
ReplyDeletehehe, shad pun baru tahu gak kewujudan shampoo ni, hehe.. esok rasa nak g usha2 dekat guardian.. :D
Deletewoaaah dulu mask.. skrang shampoo pulak..
ReplyDeleteslalunya kalo mandi pagi mmg taklah CT nak basahkan kepaala.. x snggop..
i really like your content , thanks for sharing
ReplyDeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You