DIY Circle Knot Keychain Guna Tali [Tutorial]

by - March 10, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

DIY Circle Knot Keychain Guna Tali [Tutorial]

Selamat hujung minggu semua. Salam Jumaat Barakah wa Rahmah. Kedah cuti hari ni. Memandangkan tengah ada masa terluang sikit, tengah rajin pulak tu, so hari ni Shad nak buat tutorial macam mana nak buat keychain menggunakan tali terpakai. Contoh, tali sport shoes atau kasut sekolah yang dah tak guna. Boleh guna tali kasut tu untuk buat keychain. Untuk tutorial ni Shad guna tali terpakai dari name tag, alaa yang AJK pakai bila ada program tu. Hihi. Dan juga tali terpakai lain. Boleh guna ya. 


Kalau nak buat keychain yang cantik-cantik, boleh guna Paracord. Very recommended. Paracord (Parachute Cord) atau nama lain 550 Cord [Cord - thick string (tali pintal)] memang famous di kalangan 'pencinta seni knot/simpulan' (okey, actually Shad tak tau apa orang panggil) untuk menghasilkan handmade craft seperti keychain, bracelet, necklace, tali jam tangan, belt dan banyak lagi. Asalkan pandai buat pelbagai knot, boleh bukak business you. 

Okey, cukup dulu intro. Jom sama-sama cuba buat keychain guna tali terpakai. Tutorial kali ni kita akan buat Circle Knot yang sangat mudah. Budak sekolah rendah pun pandai buat. Throwback memalam ni kan. Dulu-dulu masa Shad sekolah rendah memang femes buat benda alah ni. Ramai pandai buat Shad rasa. So, kepada yang baru nak try, selamat mencuba.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Tali terpakai 2 utas, warna yang berbeza. Setiap satu panjangnya 2ft(2 kaki). bersamaan dengan 60cm lebih kurang. Kalau anda guna tali yang diameter lebih kecil, boleh pakai tali yang lebih pendek.
2. Keyring (gelang kunci) terpakai. 
3. Gunting
4. Lighter

[Lihat Gambar] Cara-cara Membuat Circle Knot:


1. Sediakan tali. Kita akan mula membuat circle knot dari bahagian tengah tali. Korang bajet2 bagi sama panjang okey. Silangkan macam dalam gambar. Sekarang kita dah jadikan ia empat bahagian tali. A.B.C.D. Step dia simple saja. Asasnya kita akan gerakkan tali ikut step dari A -> B -> C -> D. 
2. Gerakkan tali A dan letak/tindan ke atas tali B dalam keadaan menegak atas.
3. Gerakkan tali B dan letak/ tindan ke atas tali A dan C dalam keadaan ke kanan.
4. Gerakkan tali C dan letak/tindan ke atas tali B dan D dalam keadaan ke bawah.
5. Gerakkan tali D dan letak/tindan ke atas tali C, kemudian masukkan ke dalam ruangan tali A. 
6. Dah siap, tarik semua tali bagi kemas dan ketat. Ulang step ke-2 hingga ke-5 banyak2 kali sampailah dapat satu Circle Knot. 

[Lihat Video] Cara-cara Membuat Circle Knot:


Dah siap circle knot kita. Finishing tali tadi boleh terus simpul (simpul biasa) supaya circle knot tak terungkai. Untuk tutorial ni, Shad nak bagi nampak lebih kemas sikit, so kita akan buat sikit step sahaja lagi untuk finishing knot. Boleh tengok gambar dan video di bawah okey. Nak explain pun macam tergeliat jari. Hehe.

[Lihat Gambar] Cara-cara Membuat Finishing Circle Knot:

Gambar No 1, 2 dan 3
Step pertama ni kita akan buat sama seperti kita nak buat Circle Knot tadi. Tapi jangan ketatkan dulu ya. Perhatikan lubang yang berada di tengah2 tu. Step seterusnya selepas ni akan menghasilkan tali A, B, C dan D terkumpul di bahagian tengah lubang tadi. 


Gambar No.4 dan 5
Ambil mana2 satu tali A/B/C/D. Contoh kita ambil tali A (warna biru). Gerakkan tali A ke bahagian bawah tali B (warna kuning), dan masukkan tali A tadi ke dalam ruangan circle knot yang kita tak ketatkan tadi dari bawah tarik naik ke atas ke bahagian lubang tengah. 

Gambar No.6 dan 7
Ulang langkah seperti di gambar No 4 dan 5 dengan tali seterusnya (tali B).
Kemudian ulang lagi langkah yang sama untuk tali C dan D. 

Gambar No.8 dan 9 
Bila semua tali tadi dah berada di tengah2 lubang. Boleh tarik bagi kemas2 supaya circle knot kita tak terungkai. 

Okey, sorry untuk explanation yang macam tak berapa jelas sangat tu. Boleh view video yang Shad tunjuk dekat bawah ni ok. Senang sahaja sebenarnya. Cuba dulu okey.

[Lihat Gambar] Cara-cara Membuat Finishing Circle Knot:


Dah hampir siap Circle Knot keychain kita ni. Kemaskan bahagian lebihan hujung (ekor) tali tadi. Gunting bagi sama panjang. Lepastu boleh halakan haba lighter sikit dekat dia, bagi tali tak berbulu. Last sekali boleh la letak gelang kunci dekat bahagian atas (kepala) Circle Knot keychain. Dah siap. Fuh, berpeluh buat tutorial ni. Selamat mencuba k. Next DIY keychain, Shad nak tunjuk Snake Knot pulak.. Wuhuu.. 


Thank you all for reading. Have a nice day and happy weekend.

You May Also Like

8 Comment

  1. dulu ade jugak buat guna reben tapi lama dah tak buat..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Sama kita. Bertahun dah tak buat kraf2 ni.. hehe..

      Delete
  2. Sorry for the blurry video. Kualiti memang out. First time edit video dekat smartphone..

    ReplyDelete
  3. nice!! Boleh letak dekat kunci!~ sangkut kt handbag pun boleh. Hehe.

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rajin datang, everything can happen.. ehehe..

      Delete
  4. Bertahun sudah CCL tinggal tutorial ni ..dulu time sekolah CCL rajin buat benda alah ni pakai reben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.. Bertahun2 jugak Shad tinggal.. Sekali buat, eksited lak nak letak kat blog. Heee 😘😘

      Delete
  5. Hermoso llavero, gracias por compartir el bricolaje. Agradezco los esfuerzos del autor al escribir un artículo tan asombroso. Me alegro de encontrarme con este gran blog. llaveros pulpo reversible

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You